Bikesrepublic

MotoGP: Gagal Ujian Doping Di Sepang, Iannone Digantung

Pelumba Aprilia Racing Team Gresini, Andrea Iannone, telah digantung daripada segala aktiviti berkaitan sukan permotoran setelah gagal dalam ujian doping.

Menurut kenyataan FIM, Iannone gagal ujian doping setelah mendapati terdapat unsur penggunaan bahan terlarang jenis steroid.

Exogenous Anabolic Androgenic Steroids (AAS) merupakan antara bahan terlarang yang terkandung dalam Senarai Bahan Terlarang 2019.

Sampel urin pelumba terbabit telah diambil ketika sesi ujian doping yang dijalankan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) ketika di GP Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang pada 3 November 2019.

Bagaimanapun, pelumba berusia 30 tahun itu masih dibenarkan untuk memohon membuat ujian sampel B.

Sekiranya keputusan ujian sampel B kekal positif, Iannone masih boleh membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Kes gagal ujian doping bukan perkara baharu dalam dunia sukan, tatkala dua ikon negara, Datuk Lee Chong Wei dan Sazali Samad masing-masing pernah digantung susulan gagal ujian doping sebelum ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube