Bikesrepublic

KTM RC 8C Versi ‘Road-Legal’ Mula Jalani Ujian Jalan Raya

Beberapa bulan lalu, ramai yang teruja apabila KTM melancarkan RC 8C edisi terhad.

Bagaimanapun, majoriti peminat jenama itu kecewa apabila KTM memaklumkan bahawa RC 8C adalah jentera yang dikhaskan untuk litar lumba sahaja selain hanya terhad kepada 100 unit seluruh dunia.

Namun, peminat jenama itu boleh bersorak kerana KTM disahkan bakal memperkenalkan RC 8C versi jalan raya menenerusi beberapa foto ‘spy shot’ yang telah dikongsikan media Jerman, motorradonline.de.

Berdasarkan gambar tersebut, jelas versi jalan raya ini tampak mengekalkan ciri yang sama terdapat pada RC 8C kecuali beberapa perkara antaranya penggunaan kerangka dan ‘swingarm’ daripada 890 Duke berbanding kerangka khas (teknologi Moto2 dan Moto3) yang digunakan pada RC 8C.

Radiator juga telah diperbesarkan sesuai bagi sebuah motosikal untuk kegunaan jalan raya.

Sementara itu, bahagian rekaan keseluruhan tampak tak jauh beza dengan RC 8C kecuali bahagian depan yang kini menempatkan lampu LED.

Bagaimanapun, secara keseluruhan sukar untuk membayangkan rupa sebenar model baharu ini termasuk spesifikasi yang akan diguna pakai sehinggalah hari pelancaran nanti yang akan diumumkan kemudian. – Motorradonline.de

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube