Bikesrepublic

Blancpain 2019: Tunku Abdul Rahman Bakal Buat Penampilan Sulung

Kredit foto: Facebook Jazeman Jaafar

Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, akan membuat penampilan pertama sebagai pelumba di siri Cabaran GT Dunia Blancpain Asia 2019 di Litar Antarabangsa Sepang pada 6 hingga 7 April ini.

Tunku Abdul Rahman bakal memandu jentera Mercedes-Benz AMG GT3 bagi pasukan Johor Motorsports Racing, yang dikendalikan oleh Triple Eight Race Engineering.

Jentera Mercedes Benz AMG GT3 itu turut menampilkan tulisan Johor dibahagian sisi dalam satu majlis yang dirasmikan Sultan Ibrahim di Dataran Bandaraya, malam tadi.

“Memetik laporan The Star, Tunku Abdul Rahman – yang akan digandingkan bersama pelumba negara dan anak jati Johor, Jazeman Jaafar – tidak dapat menyembunyikan keterujaannya dan berazam untuk melakukan yang terbaik dalam siri kali ini.

“Saya berasa bangga dengan saat ini kerana allahyarham datuk saya, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, juga merupakan bekas pelumba yang berjaya memenangi GP Johor 1960 dengan memandu jentera Mercedes,” katanya.

Sementara itu, Jazeman turut meluahkan rasa bangga kerana dapat bergandingan dengan Tunku Abdul Rahman.

“Saya pernah beraksi bersama jentera Mercedes-Benz AMG GT3 pada 2016 di mana saya muncul naib juara dalam siri Endurance Blancpain.

“Saya berasa lega dapat kembali bersaing bersama jentera yang sangat kompetitif. Saya dapat berasakan kami mampu memberi saingan musim ini,”jelasnya.

Cabaran GT Dunia Blancpain Asia 2019 merupakan siri perlumbaan melibatkan jentera segment GT3 dan GT4.

Sepang menjadi tuan rumah bagi pusingan pertama sebelum ke Buriram Thailand (11-12 May), Suzuka (22-23 Jun) dan Fuji (6-7 Julai) di Jepun.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube