Bikesrepublic

Isle of Man TT 2017 – Guy Martin Menarik Diri Dari Perlumbaan TT Senior Terakhir

Sumber imej: Grimsby Telegraph

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Penunggang Honda Racing, Guy Martin, telah membuat keputusan untuk menarik diri dari perlumbaan TT Senior terakhir dalam Isle of Man TT 2017.
  • Disebabkan masa yang terhad diluangkan dalam pembangunan motosikal beserta dengan cuaca yang buruk dan kemalangan superbike Martin pada hari Ahad, keputusan itu dibuat untuk kebaikan semua pihak.
  • “Kami tidak mencatat masa yang diperlukan untuk menjadi cukup kompetitif di sini, kami memerlukan lebih masa untuk mengatur cara motosikal ini dan melakukan hanya enam pusingan (TT Senior) tidak akan mencapai apa yang kami ingin lakukan.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pasukan Honda Racing yang kini berada di perlumbaan Isle of Man TT tahun ini telah mengesahkan bahawa bintang mereka, Guy Martin, tidak akan mengambil bahagian dalam perlumbaan TT Senior superbike terakhir. Perlumbaan yang telah dijadualkan untuk memulakan enam pusingan mengelilingi Haluan Gunung awal semalam telah pun ditunda oleh kerana keadaan cuaca yang buruk serta keadaan litar.

Sumber imej: Grimsby Telegraph

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebab utama Guy Martin mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari perlumbaan itu adalah kerana mereka hanya dapat meluangkan jumlah masa yang singkat untuk memahami jentera perlumbaan Honda Fireblade SP2. Kekurangan pengalaman dan pembangunan bersama pasukan dan motosikal dan dengan keadaan cuaca yang sentiasa tidak menentu, dan juga kemalangan yang berlaku kepada Guy Martin pada awal minggu merupakan faktor utama yang menyumbang kepada keputusan itu. Tontonilah video di bawah untuk menyaksikan kemalangan berkenaan.

Menurut Guy Martin dalam satu laporan yang dibuat oleh Visordown, dia menyatakan “Saya kembali ke TT pada tahun ini untuk berlumba dan cuba memenanginya bersama Honda Racing. Saya telah melakukan pelbagai pengujian dan pasukan juga telah memberikan segalanya yang termampu, sebelum kami tiba di sini di acara ini. Tetapi kami tidak mencatat masa yang diperlukan untuk menjadi cukup kompetitif di sini, kami perlukan lebih masa untuk mengatur cara motosikal berkenaan dan melakukan enam pusingan tidak akan membantu kami mencapai apa yang kami ingin lakukan dan saya sentiasa berpendapat yang ini bukanlah tempat untuk menunggang secara suka-suka, jadi sebagai satu pasukan kami bersetuju yang ianya tidak sesuai untuk kami meneruskan dalam perlumbaan TT Senior. Dengan keadaan cuaca dan kemalangan yang saya alami, saya telah banyak berfikir dan mengulangkaji pilihan yang ada.”

Sumber imej: www.todocircuito.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Guy Martin bernasib baik telah terselamat dalam kemalangannya semasa perlumbaan Superbike pada hari Ahad yang lalu yang telah disebabkan oleh ‘false neutral‘ pada Honda Fireblade baru itu. Walaupun mereka telah menarik diri dari acara utama Isle of Man TT, pasukan ini sudah pun giat dalam usaha mereka memastikan Guy Martin dan jenteranya bersedia bagi perlumbaan Southern 100 dan Ulster Grand Prix yang akan datang.

Sumber imej : MCN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengurus pasukan Guy Martin, Jonny Twelvetrees, berkata yang ” Kami merasa kecewa kerana tidak dapat mengambil bahagian dalam TT Senior hari ini, keputusan yang disebabkan kurangnya masa di litar bagi Guy di atas Fireblade itu. Kami datang ke sini untuk berlumba dan kesemua dalam pasukan – yang telah bekerja keras selama beberapa bulan – ternanti-nanti untuk menyaksikan kebolehan motosikal ini. Guy telah maklumkan kepada saya yang dia tidak akan berlumba dalam acara Senior, dan ia merupakan keputusan yang sukar untuk dibuat tetapi saya boleh fahaminya memandangkan kurangnya waktu latihan yang kami dapat.”

Teruskan kekal setia bersama MotoMalaya untuk segenap berita dunia permotoran.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube