Bikesrepublic

18 Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya pada Malam Hari Raya

Sejumlah 18 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan pada malam Hari Raya Aidilftri semalam (Selasa). Ia juga merupakan hari kedua pelaksanaan Op Selamat ke-22.

Jumlah itu merupakan peningkatan daripada 14 kematian yang direkodkan pada hari pertama op berkenaan (Isnin).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkongsikan infografik di laman Facebook hari ini turut memaklumkan sejumlah 1,631 kes kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di seluruh negara pada hari yang sama.

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan pengguna jalan raya supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan ditetapkan, selain memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

Op Selamat ke-22 dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ berlangsung mulai 8 hingga 13 April di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pengguna jalan raya diingatkan memandu dengan sabar, berhemah dan bertanggungjawab sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Beliau turut menasihatkan pengguna yang merancang pulang ke kampung ataupun bercuti supaya menanamkan sifat berkenaan ketika memandu kenderaan demi insan tersayang serta menjamin keselamatan mereka di jalan raya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube