Bikesrepublic

AGV Pista GP RR Futuro MotoGP Dilancarkan – Dengan ‘Forged Carbon’, 1.4KG

Jenama AGV tidak asing lagi dalam dunia pembuatan helmet dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Jenama ini mempunyai reputasi yang baik dalam aspek aerodinamik tanpa menjejaskan keselesaan dan keselamatan pengguna.

Malah, helmet buatan AGV diuji di litar lumba dan dibangunkan bersama nama besar seperti Giacomo Agostini dan legenda MotoGP Valentino Rossi.

AGV baru-baru ini memperkenalkan Pista GP RR Futuro yang diperbuat daripada “forged carbon fiber” dengan kemasan matte.

Helmet edisi khas Pista GP RR Futuro ini menampilkan cangkerang baharu untuk perlindungan optimum dengan reka bentuk spoiler bermata tajam yang menyumbang kepada aspek aerodinamik.

AGV menyatakan bahawa kemasan matte “carbonio forgiato” yang terdapat pada Forturo memberikan imej perlumbaan kepada sang pemakai.

Kelebihan paling utama helmet ini adalah ianya sangat ringan dan mempunyai ciri penyerapan tenaga yang lebih baik terhadap impak.

Melihat kepada aspek keselamatannya pula, Futuro telah memperoleh pengiktirafan homologasi FIM untuk pertandingan kejohanan dunia.

AGV turut menyatakan beberapa ciri pada helmet ini yang membantu pengudaraan dan menjamin keselesaan pengguna iaitu; Integrated Ventilation System (IVS) dan Adaptive Fit System.

Berat keseluruhan AGV Pista GP RR Futuro adalah 1450 gram (1.4kg).

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan