Bikesrepublic

Berita Terkini

KM 78 Jalan Gua Musang-Lojing (dari Gua Musang menghala ke Tanah Tinggi Cameron) , berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, di sini, ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataan berkata, jalan terbabit ditutup bermula hari ini kepada semua kenderaan sehingga diberitahu kelak akibat berlaku kejadian lubang benam di kawasan itu.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif yang di cadangkan dan sentiasa berhati-hati serta merancang perjalanan.

“Pengguna laluan boleh menggunakan laluan alternatif Gua Musang ke Sungai Koyan, Pahang, melalui Ringlet, Tapah dan Ipoh, Perak,” katanya.

Dalam kejadian lubang benam terbaharu pada 12 September lalu adalah lubang benam ke lima di laluan terbabit sehingga menyebabkan laluan dari Gua Musang Ke Tanah Tinggi Lojing terpaksa di tutup satu lorong.

Kejadian lubang benam pertama di lokasi terbabit di kesan pada 23 November tahun lal, sehingga menyebabkan laluan terbabit ditutup kepada semua kenderaan.

Seterusnya pada 12 Disember tahun lalu, lubang benam kedua dengan kedalaman sembilan meter berlaku di lokasi sama pada jarak lima meter dari lubang benam pertama.

Selain itu pada 15 Mac lalu satu lagi lubang benam, iaitu yang ketiga sejak November tahun lalu, dilaporkan berlaku di lokasi sama.

Pada 27 Mac lalu pula laluan terbabit dibuka kepada semua kenderaan ringan sempena sambutan Aidilfitri.

Memilih minyak enjin yang betul untuk kenderaan kita sudah pun merupakan satu tugas yang mencabar, apatah lagi dengan tambahan kebimbangan sama ada pengeluar minyak benar-benar boleh menepati saranan mereka, mahupun sama ada minyak itu asli. Inilah sebabnya mengapa pensijilan sangat penting. Di sinilah peranan SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia), yang merupakan pihak berkuasa pensijilan piawaian yang dipercayai di Malaysia. Sangat sedikit minyak motosikal di pasaran yang disahkan oleh SIRIM, tetapi kini Castrol telah menerima pensijilan SIRIM untuk semua rangkaian produk minyak enjin mereka.

Oleh itu, kita akan menemui label SIRIM (yang termasuk huruf “KPDN”) pada produk minyak enjin Castrol, yang dapat menghilangkan kerisauan kita. Malah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyatakan bahawa mereka akan mula menguatkuasakan peraturan baharu untuk mensijilkan minyak enjin mengikut piawaian terkini bagi mengekang kegiatan pemalsuan mulai Oktober 2025.

DARIPADA KENYATAAN MEDIA

Berita baik untuk para pemilik motosikal dan pengguna Castrol!

Castrol, jenama pelincir global yang terkemuka dan dipercayai, dengan bangga mengumumkan bahawa keseluruhan rangkaian produk minyak enjinnya yang dijual di Malaysia telah diperakui secara rasmi oleh SIRIM QAS International di bawah Piawaian SIRIM 58 – Skim Pensijilan Produk Tulen (Minyak Enjin untuk Kenderaan Motor). Pensijilan ini mengukuhkan kepimpinan berterusan Castrol dalam aspek kualiti dan perlindungan pengguna, sekaligus menonjolkan pematuhan proaktifnya terhadap piawaian peraturan terkini yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Dalam bulan-bulan yang akan datang, keseluruhan rangkaian produk minyak enjin Castrol akan ditandakan dengan sijil rasmi SIRIM. Pembungkusan yang dikemaskini akan dilancarkan secara berperingkat di seluruh negara untuk membantu pengguna mengesahkan keaslian produk dengan mudah dan menikmati ketenangan minda yang lebih tinggi ketika membuat pembelian.

Memacu Kualiti. Menyampaikan Kepercayaan.

Pensijilan baharu oleh SIRIM ini adalah sebagai respons kepada perlindungan kawal selia yang dipertingkatkan oleh KPDN bagi memerangi produk pelincir tiruan serta meninggikan lagi piawaian kualiti industri. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen Castrol terhadap jaminan kualiti dan mengukuhkan dedikasinya yang berterusan kepada pemandu dan bengkel-bengkel rakan kongsi.

“Pensijilan ini lebih daripada sekadar keperluan kawal selia; ia merupakan peneguhan semula janji kami kepada pengguna dan pelanggan. Castrol sentiasa berdiri atas prestasi yang boleh dipercayai, dan kini, kepercayaan tersebut diperakui secara rasmi oleh SIRIM,” kata Gan Wee Kiong, Pengarah Jualan Pasaran Castrol Malaysia dan Singapura.

Lebih Daripada Sekadar Label – Satu Komitmen terhadap Kecemerlangan

Dikenali dengan formulasi canggih dan perlindungan enjin yang terbukti, pensijilan SIRIM oleh Castrol bukan sekadar Label SIRIM, ia adalah tanda integriti produk yang tidak berkompromi. Label ini membantu melindungi pengguna daripada produk tiruan dan memastikan mereka membeli pelincir yang mematuhi piawaian keselamatan dan prestasi Castrol. Dengan memperoleh pensijilan ini pada peringkat awal pelaksanaannya, Castrol terus menetapkan penanda aras industri, memperjuangkan bukan sahaja prestasi produk, tetapi juga pendidikan pengguna, akauntabiliti peruncit, dan ketelusan rantaian bekalan.

Castrol menggalakkan pengguna untuk memerhatikan Label SIRIM pada produk minyak enjinnya seiring dengan pelancaran pembungkusan yang dikemaskini, dan terus mempercayai jenama yang menawarkan prestasi terbukti, kini diperakui secara rasmi.

Yamaha NVX SP (2025) dan Yamaha NVX ABS (2025) kini telah tiba, dengan kedua-dua model menawarkan beberapa ciri yang menarik.

2025 Yamaha NVX SP – Cyber Blu

Yamaha NVX SP sebenarnya dikenali sebagai Aerox Alpha Turbo di Indonesia. Istilah “turbo” untuk model ini bukan merujuk kepada pengecas turbo mekanikal, tetapi merupakan mod kuasa yang memberikan tambahan tork dan kuasa apabila dihidupkan. Hong Leong Yamaha Motor menggelarnya sebagai “Prestasi Tulen” hasil daripada fungsi “Downshift” (dalam bahasa kiasan, “drop gear”).

2025 Yamaha NVX ABS – Violet Rush
Ciri-ciri utama
  • Enjin 155cc, piston tunggal, sejukan cecair, Yamaha Blue Core dengan Variable Valve Actuation (VVA).
  • Ia menghasilkan 15.1 hp (11.3 kW) pada 8,000 RPM and 14.2 Nm pada 6,200 RPM.
  • Tork dan kuasa enjin disalurkan kepada transmisi Yamaha Electric CVT (YECVT).

  • YECVT inilah yang membolehkan fungsi Downshift untuk memberikan pecutan yang lebih kuat seakan ada pengecas turbo.
  • Varian NVX SP mempunyai dua mod kuasa iaitu Town Mode (T/Mod Bandar) dam Sport Mode (S/Mod Sukan). Skuter ini merupakan yang pertama di dalam kelasnya yang mempunyai mod tunggangan.
  • Skrin TFT baharu bagi kedua-dua varian, tetapi varian SP mempunyai beberapa fungsi lain.

  • Apapun, kedua-dua varian SP dan ABS boleh disambungkan kepada telefon pintar melalui fungsi Yamaha Y-Connect. Bezanya, varian SP mempunyai fungsi navigasi Google Map.
  • Kedua-dual model menggunakan brek cakera di depan dan belakang, yang disokong oleh ABS.

  • Ciri-ciri lain termasuk Emergency Stop Signal (ESS), Keyless Start, Stop-Start System, dan port pengecas USB-C.
  • Yamaha mengatakan berat basah SP ialah 130 kg, manakala varian ABS seberat 127 kg.
Harga
  • Yamaha NVX ABS (2025) boleh didapati dalam dua warna iaitu Electric Yellow, and Violet Rush, dan harga jualannya ialah RM11,998 (bukan atas jalan).
  • Yamaha NVX SP (2025) boleh didapati dalam dua warna iaitu Gunmetal Grey, and Cyber Blu, and dan harga jualannya ialah RM14,498 (bukan atas jalan).
2025 Yamaha NVX ABS – Electric Yellow
Galeri foto

Suzuki Hayabusa dilahirkan di tengah-tengah perlumbaan senjata di kalangan pengeluar untuk menghasilkan hyperbike terpantas dunia. Pada ketika itu, perlumbaan ini pada asasnya hanya melibatkan Honda dan Kawasaki, sebelum kemunculan ‘Busa yang mengalahkan mereka semua pada tahun 1999. Kemudian, apabila keadaan makin menjadi-jadi, Kesatuan Eropah (EU) menghadkan motosikal jalanan pada kelajuan tertinggi 299 km/j atau berhadapan dengan larangan jualan, yang memaksa pengeluar bersetuju untuk berbuat demikian. Oleh sebab itu, Suzuki Hayabusa kekal menyimpan rekod sebagai motosikal jalanan terpantas.

Motosikal ini menjadi semakin agresif serta diperhalusi selama bertahun-tahun, dan kini hadir Suzuki Hayabusa Special Edition untuk 2026, mengikut jejak langkah edisi ulang tahun ke-25 tahun lalu.

Edisi Khas ini dilengkapi dengan badan motosikal dihias khas, sementara bahagian lain dikekalkan dari segi mekanikal (dan elektronik). Enjin 1340cc, empat silinder selari masih menghasilkan 190 hp dan 150 Nm. Kawalan traksi dan ABS pula dikawal oleh unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi. Tangki yang besar memuatkan 20 liter untuk perjalanan jarak jauh (pada kelajuan yang tinggi), dan berat motosikal ini adalah 264 kg (berat basah).

Terdapat emblem Edisi Khas di tangki bahan api, ditambah dengan pelekat khas. Garisan putih pada fairing depan bukan dicat, sebaliknya ia adalah diacuan dalam warna putih. Penutup tempat duduk pembonceng disertakan bersama motosikal, dan melengkapkan kesemuanya ialah peredam bunyi ekzos khas.

Suzuki tidak menerbitkan harga bagi Suzuki Hayabusa Special Edition ini, tetapi harga edisi standard kini ialah RM111,200.

Galeri gambar

 

Polis menumpaskan kegiatan sebuah syarikat pengangkutan yang menggunakan kad Touch n Go (TnG) yang dipercayai digodam untuk membayar tol sejak lebih setahun lalu. Syarikat itu mempunyai 160 buah lori.

Polis mengatakan bahawa kad-kad TnG yang dirampas adalah asli, namun digodam seorang lelaki dengan memasukkan nilai sehingga RM300 sebelum menjualnya kepada syarikat berkenaan pada kadar RM150 ke RM200 sekeping.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, susulan aduan daripada pihakk TnG, polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan isterinya seorang wanita warga China di daerah ini, pada 9 September lalu.

Pada 18 Julai lalu pihak TnG mengenalpasti tiada keseimbangan hasil kutipan dan tuntutan daripada beberapa plaza tol sebelum menjalankan siasatan dan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) plaza tol terbabit.

Beberapa lori milik sebuah syarikat dipercayai melakukan transaksi tidak sah. Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Seremban membuat serbuan di sebuah syarikat di daerah ini,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Beliau berkata, pemilik syarikat seorang lelaki berusia 43 tahun dan seorang wanita warga China berusia 33 tahun ditahan kerana disyaki menggunakan kad TnG yang digodam dengan tambah nilai tidak sah.

Turut dirampas adalah tiga telefon bimbit, 304 kad TnG, seunit CVTV dan wang tunai berjumlah RM400,000.

Hasil siasatan awal mendapati kad TnG digodam dengan tambah nilai tidak sah untuk kegunaan syarikat bagi mengelak membayar kos tol sepanjang perjalanan lori syarikat,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai modus operandi, beliau berkata, kad berkenaan dibeli daripada seorang lelaki tempatan yang masih bebas yang mana menggunakan perisian khas yang boleh dibeli secara atas talian.

Kad ini adalah asli, namun digodam menggunakan dua perisian khas oleh lelaki berkenaan. Kami tidak nafikan yang suspek ini mungkin menjual kad ini kepada pihak lain juga.

Sebanyak 213 kad disahkan pihak TnG dengan jumlah kerugian mencecah RM59,920 bagi Julai dan Ogos akibat syarikat ini sahaja, namun masih terdapat kerugian lain yang sedang disiasat,” katanya.

Menurutnya, suspek lelaki adalah pemilik syarikat, manakala suspek wanita berperanan memeriksa kad yang diterima sekiranya ia bermasalah sebelum diedarkan kepada pemandu lori bagi melepasi plaza tol.

Alzafny berkata, pihaknya sedang memburu pembekal kad berkenaan, manakala dua suspek direman selama empat hari bermula 10 hingga 13 September bagi siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Pihak polis mengingatkan kepada orang awam sebarang penggunaan kad TnG yang digodam adalah salah di sisi undang-undang.

Ini adalah kes kedua seumpama ini di negara ini,” katanya.

Sekali lagi platform media sosial menjadi tempat mengadu dan meng-viral-kan “isu.”. Media sosial merupakan platform untuk mengongsi pendapat, pengetahuan, dan mengadu perasaan, namun pengongsian masalah yang boleh diselesaikan secara baik malangnya menjadi isu yang diperbesarkan sehingga khabar angin dan fitnah menjadi sesuatu yang difikirkan sebagai “fakta nyata.” Kami bukan berkata seseorang pemilik motosikal harus berdiam diri jika ia menghadapi sesuatu masalah, khususnya ketika kenderaan itu masih baharu. Kami sebagai pembeli turut bersetuju yang kita memang wajib membuat aduan jika tidak berpuas hati dengan apa yang kita beli dengan wang kami. Perbezaannya jika sesuatu keluhan membawa segala tomahan yang tidak berasas dan mengundang pelbagai komen yang tidak sepatutnya termasuklah memainkan isu perkauman. Begitulah terjadinya terhadap suatu masalah yang dihadapi oleh seorang pemilik sebuah Benda LFC 700 PRO yang diedarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Menurut syarikat itu di dalam satu siaran media, mereka telah berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemilik motosikal tersebut. Mereka juga mengaku bahawa kes telah dibawa ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan telah dibicarakan mengikut prosedur, serta mendapatkan keputusan.

MForce turut membangkitkan isu mengenai hebahan di sosial media yang tidak berasas, seperti apa yang kami katakan tadi.

Berikutnya ialah siaran media tersebut:

Mforce dengan ini mengesahkan bahawa kami adalah pengedar rasmi motosikal jenama BENDA di Malaysia, termasuk model LFC 700PRO.

Baru-baru ini, terdapat hantaran di media sosial berhubung ketidakpuasan hati seorang pengguna terhadap kualiti motosikal model LFC 700PRO. Pihak kami ingin menjelaskan bahawa isu tersebut telahpun ditangani mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.

Antara langkah yang telah diambil adalah seperti berikut:

  1. Motosikal berkenaan telah dibaik pulih sepenuhnya kerana masih dalam tempoh jaminan.
  2. Pemilik motosikal tersebut telah membuat laporan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), dan kes telah dibicarakan mengikut prosedur serta keputusan telah pun diperoleh.

Dengan ini, pihak kami menegaskan bahawa isu tersebut telah selesai melalui saluran yang sah.

Walau bagaimanapun, kami kesal kerana perkara ini telah dihebahkan di media sosial dengan cara yang tidak wajar sehingga boleh menjejaskan nama baik syarikat serta jenama yang kami wakili. Oleh itu, pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi reputasi syarikat serta memastikan pengguna menerima maklumat yang tepat serta perkhidmatan selepas jualan yang baik seperti yang dijanjikan.

Mforce sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik serta memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami. Kami juga ingin menegaskan bahawa semua produk di bawah pengedaran Mforce adalah dilindungi oleh jaminan sah, dan sebarang isu teknikal akan ditangani secara profesional.

Terima kasih,
Pihak Pengurusan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube