Bikesrepublic

Berita Terkini

Nampaknya CFMOTO sekali lagi melangkah ke hadapan dengan melancarkan CFMOTO 250SR Lite di PETRONAS Malaysia MotoGP 2025.

Jelas bahawa motosikal sport ringan (maka namanya “Lite”) ini berkongsi DNA reka bentuk yang sama dengan model SR yang lebih besar, walaupun sebahagian ciri rekabentuknya menyerupai KTM 250 Duke. KTM ialah rakan teknikal CFMOTO, dan CFMOTO menggunakan KTM RC 250 GP untuk bertanding dalam kategori Moto3, tetapi dengan warna dan logo CFMOTO. Justeru, perbandingan antara kedua-duanya pasti akan wujud.

Daripada segi harga, 250SR Lite jauh lebih unggul dengan harga hanya RM9,988, iaitu lebih rendah daripada beberapa motosikal sport 150cc di pasaran, sambil menawarkan prestasi yang lebih tinggi.

Ciri-ciri utama:
  • Kuasa dijana oleh enjin 249 cc satu silinder, 4 lejang, sejukan cecair, DOHC yang menghasilkan 27.1 hp (20.5 kW) pada 9,750 RPM dan tork 22 Nm pada 7,250 RPM.
  • Kuasa enjin ini dipindahkan melalui klac ‘slipper’.

  • Untuk sistem suspensi, motosikal ini menggunakan fork teleskopik di bahagian hadapan, dan monoshock di bahagian belakang.
  • Sistem brek pula menggunakan cakera 292mm di hadapan yang dicengkam oleh kaliper dua piston, dan cakera 220mm di belakang.

  • Tinggi tempat duduknya hanya 780mm, yang pasti memberikan keyakinan kepada penunggang baharu.
  • Tangki minyaknya memuatkan 12 liter bahan api.

  • Keberatan basah CFMOTO 250SR Lite hanya 165 kg.
  • Ciri-ciri lain termasuk paparan meter digital sepenuhnya, pengecas USB, dan pencahayaan LED sepenuhnya.

  • Motosikal ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu Nebula Black, Gem Black, dan Zephyr Blue.
  • Setiap pembelian CFMOTO 250SR Lite dilindungi oleh waranti dua tahun tanpa had mileage dan akses kepada alat ganti tulen untuk pembelian dalam talian melalui CFMOTO Malaysia.

Galeri foto

 

Siapa kata Honda membosankan? Boon Siew Honda bukan sahaja mempunyai ruang pameran yang memukau di MotoGP Malaysia tahun ini, malah mereka turut mengambil peluang untuk melancarkan koleksi pakaian terbaru mereka.

Dan ia bukan sekadar koleksi pakaian motosikal biasa; koleksi pakaian terbaharu Boon Siew Honda adalah hasil kerjasama dengan jenama fesyen jalanan (streetwear) Malaysia, iaitu Pestle & Mortar.

Bagi mereka yang belum tahu, Pestle & Mortar, atau lebih dikenali sebagai PMC dalam kalangan peminat, diasaskan pada tahun 2010 dengan cogan kata yang hebat—“The Pride of South East Asia”—serta misi untuk menceritakan kisah-kisah Asia Tenggara dan Malaysia.

Nama Pestle & Mortar itu sendiri diilhamkan daripada alat memasak biasa yang boleh didapati di setiap rumah Malaysia, dan ini melambangkan gabungan kemahiran berbeza pengasasnya dan adunan budaya tempatan.

Syarikat itu telah bekerjasama dengan entiti antarabangsa seperti XLarge, Space Jam 2, Ghostbusters, The Shining, malah ikon tempatan seperti KFC Malaysia, Royal Selangor, AirAsia, dan Majlis Olimpik Malaysia.

Bagi kerjasama mereka dengan Boon Siew Honda pula, ia menandakan lembaran baharu yang menarik untuk jenama Jepun itu, yang mempunyai sejarah yang berwarna-warni di Malaysia sejak tahun 1957.

Boon Siew Honda telah menggerakkan rakyat Malaysia selama berdekad-dekad, dan kerjasama baharu ini menandakan hala tuju yang lebih muda dan bertenaga untuk syarikat itu.

Adakah ini bermakna kita akan menyaksikan babak baharu yang lebih menarik untuk Boon Siew Honda? Adakah ini termasuk model-model baharu yang akan menarik minat penonton yang lebih muda? Kami semestinya berharap demikian.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) telah melancarkan model Honda RS-X Winner dalam warna ikonik Honda Tricolor kepada orang ramai sempena acara sulung Honda Thanks Day. Perekaan warna yang menawan ini merupakan penghormatan kepada warisan sukan motor Honda yang dibanggakan, melambangkan semangat sebenar kelajuan dan persaingan.

Untuk menambah baik pengalaman pemilikan, RS-X Winner Tricolor Edition bukan sekadar menonjol dengan warna khas, malah dilengkapi dengan aksesori premium RCB, dan terhad kepada hanya 800 unit:

  • RCB Brake Caliper S-26 Series (Edisi Ulang Tahun Ke-30).
  • RCB Handle Grip Nagamaki.
  • RCB Lever Guard.

Selain penampilan baharu yang berani dan aksesori premium, RS-X Winner Tricolor Edition menawarkan nilai lebih baik dengan jaminan pengilang 2 tahun atau 20,000km (mana-mana yang terdahulu). Pemilik juga boleh memilih perlindungan tambahan 1 tahun tanpa had kilometer yang baru dilancarkan tanpa kos tambahan di bawah kempen Honda X-tend. Promosi ini boleh didapati sehingga 31 Disember 2025.

RS-X Winner Tricolor Edition dijangka boleh didapati di semua dealer IMPIAN X dan pengedar autor Honda di seluruh negara mulai 1 Disember 2025, dengan harga RM10,298.00 (Harga Runcit Disyorkan, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran).

Bagi mereka yang menggemari sentuhan lebih tersendiri, warna khas Kuning masih lagi tersedia, menawarkan aksen warna terang yang memancarkan kuasa dan keyakinan, dengan harga RM10,298.00.

Sementara itu, untuk penunggang yang menghargai penampilan lebih klasik, pilihan warna standard Hijau, Kelabu Matte, dan Biru terus ditawarkan pada harga RM9,998.00.

Mengenai Honda RS-X Winner
  • Enjin: Dipacu oleh enjin 150cc DOHC, penyejuk cecair yang menghasilkan 11.8 kW pada 9,000 rpm dan 13.6 Nm pada 7,000 rpm.
  • Sistem Penghantaran: Enjin digabungkan dengan transmisi 6-kelajuan.
  • Kecekapan Tenaga: Disahkan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), menggabungkan prestasi kuat dengan kecekapan fuel yang cemerlang dan pelepasan lebih rendah.
  • Klac Assist & Slipper: Memberikan tarikan klac yang lebih ringan semasa bergerak, dan mengelakkan gelinciran tayar belakang terutamanya semasa menurunkan gear secara agresif.
  • Sistem Gantungan: Gantungan monoshock belakang memastikan perjalanan yang lancar dan stabil.
  • Keselamatan: Ditingkatkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) roda hadapan.
  • Sistem Kunci Pintar: Dilengkapi dengan Penggera Anti-Kecurian dan ciri ‘Answer Back’ yang menggabungkan kemudahan dan keselamatan.
  • Pengecasan: Penunggang juga boleh kekal berhubung dengan port pengecasan USB kalis air.
  • Sistem Pencahayaan: Sistem Pencahayaan All-LED menawarkan pencahayaan lebih terang dan tahan lama untuk penglihatan yang lebih baik dalam semua keadaan.
  • Gaya: Gaya Sportif Agresif—ditonjolkan oleh muffler sporty dan roda tuangan rekaan baharu—mencipta rupa yang berani dan aerodinamik.
  • Kawalan: Reka Bentuk Suis Pemisah Membenarkan akses mudah kepada kawalan.
  • Rantai: Rantai O-ring tertutup meningkatkan ketahanan dan mengurangkan penyelenggaraan.
  • Penarafan: Disahkan dengan Penarafan 5-Bintang di bawah Program MyMAP, RS-X Winner menyampaikan keseimbangan sempurna kuasa, gaya, dan keyakinan pada setiap perjalanan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Impian X rasmi di https://boonsiewhonda.com.my/product/rs-x-winner/ atau lawati Honda Impian X yang terdekat. Pelanggan juga boleh menghubungi BSH melalui nombor talian bebas tol mereka di 1-800-88-3993.

Hampir semua jenama Eropah telah menghasilkan model berharga rendah, contohnya BMW, KTM, Triumph, dan menyaksikan jualan yang memberangsangkan, tetapi tidak bagi Ducati, walaupun menghadapi tekanan semakin meningkat daripada penunggang semasa – baik baru mahupun veteran – yang beralih kepada motosikal lebih kecil ini.

Dalam satu wawancara dengan MCN, Ketua Perhubungan Produk Ducati, Giulio Fabbri, berkata syarikatnya telah membuat keputusan itu “bertahun-tahun lalu.”

Namun, keputusan itu bukan didorong oleh tujuan mengekalkan reputasi “premium” jenama tersebut. Sebaliknya, ia disebabkan oleh dorongan untuk melengkapkan motosikal mereka dengan teknologi dan komponen terbaik, justeru menetapkan harga yang lebih tinggi.

Sebagai makluman, Ducati pernah menghasilkan model 400cc pada masa lalu.

Salah satunya ialah Monster 400 dari 1997 hingga 1998. Ia pada asalnya ditujukan untuk Jepun, Singapura, dan Itali tetapi kemudiannya dieksport ke Thailand, Taiwan, Indonesia, dan Filipina yang mengenakan cukai tinggi untuk motosikal lebih besar. Walau bagaimanapun, Ducati berada di bawah Kumpulan Cagiva pada masa ini.

Pengurusan Ducati semasa menghasilkan Scrambler Sixty2 400cc dari 2016 hingga 2022. Dan ya, kejatuhannya adalah disebabkan harga yang lebih tinggi berbanding pesaing.

“Tunggak kami adalah gaya, kecanggihan dan prestasi,” kata Fabbri. “Jika anda menggabungkan ketiga-tiga ini, dan ingin menghasilkan motosikal kecil, harganya pasti akan terkeluar dari pasaran. Jadi, inilah sebabnya anda tidak akan pernah melihat Ducati kecil.”

Beliau menekankan lagi bahawa Ducati mengambil pendekatan berbeza terhadap penunggang muda. Daripada menawarkan mesin murah berkapasiti rendah, syarikat itu menggunakan meskin berprestasi berkubikran lebih rendah untuk menarik darah baru kepada jenama tersebut.

“Ini juga salah satu sebab kami memutuskan untuk memasuki motocross dan memperkenalkan 698 Mono, (kerana) kami perlu mengambil berat tentang penunggang muda.”

Polis Kuala Lumpur menegaskan orang ramai supaya tidak mengadakan aktiviti yang mengganggu laluan, acara dan ketenteraman awam sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berlangsung.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tiga perkara itu perlu dipatuhi dan jika ada mana-mana pihak melanggarnya ia boleh dianggap melakukan kesalahan jenayah di mana polis akan mengambil tindakan tegas.

Menurutnya, mana-mana pihak yang merancang untuk mengadakan perhimpunan ketika tempoh persidangan itu perlu mematuhi sepenuhnya garis panduan keselamatan.

“Saya ingin mengingatkan mana-mana pihak yang bercadang untuk mengadakan perhimpunan supaya jangan ganggu acara berkenaan.

“Tidak boleh ada sebarang aktiviti yang menjejaskan acara, laluan atau ketenteraman awam. Tindakan sedemikian akan dianggap sebagai satu kesalahan jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Fadil berkata, kerjasama orang ramai bersama agensi penguat kuasa dan jabatan kerajaan amat penting bagi memastikan kejayaan sidang kemuncak berkenaan.

“Ini adalah acara penting untuk Malaysia kerana seluruh dunia akan melihat bagaimana kita menguruskan ASEAN.

“Sebagai agensi penguat kuasa utama bersama agensi kerajaan lain, kami akan memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara sepanjang tempoh sidang ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai supaya memberi perhatian dan mengelak daripada menggunakan laluan yang terbabit atau lencongan yang diwujudkan sempena Sidang Kemuncak ASEAN.

“Jalan alternatif yang disediakan boleh digunakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.

“Kami menjangkakan cabaran trafik sepanjang acara besar ini, jadi kami memohon kerjasama orang ramai untuk mengelak laluan berkenaan dan merancang perjalanan lebih awal,” katanya.

Katanya, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, sila susun aktiviti anda dengan baik sepanjang tarikh sidang kemuncak dan patuhi arahan anggota trafik yang bertugas di lokasi.

“Kenderaan komersial juga perlu mematuhi waktu perjalanan terhad.

“Orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam bagi membantu mengurangkan kesesakan, katanya.

Pada 18 Oktober lalu, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Operasi) Bukit Aman, Datuk Fisol Salleh berkata, lebih 10,000 pegawai dan anggota polis daripada pelbagai unit termasuk Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Cawangan Khas serta Unit Tindakan Khas (UTK) telah digerakkan di bawah Op ASEAN 47 menjelang sidang kemuncak berkenaan.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 26 hingga 28 Oktober ini dengan penyertaan kesemua 10 pemimpin negara anggota ASEAN serta rakan dialog dan tetamu termasuk dari Amerika Syarikat, China, Jepun dan India.

Dalam pada itu, sebanyak enam lebuh raya dan 25 jalan utama di sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat.

Penutupan jalan dilaksanakan bermula 23 hingga 28 Oktober membabitkan laluan masuk dan keluar ke lokasi-lokasi utama khususnya ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Istana Negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

2028 telah dijadualkan untuk menjadi tahun yang penting untuk MotoGP kerana akan berlaku banyak perubahan signifikan kepada motosikal kelas MotoGP. Namun, ia bukan satu-satunya kelas yang akan mengalami perubahan ini, kerana kelas pelapis Moto3 juga akan terjejas. Kini timbul khabar angin bahawa Yamaha mahu menjadi pembekal enjin eksklusif untuk Moto3 mulai tahun 2028.

Formula Moto3 semasa membenarkan pengeluar berbeza untuk bersaing. Oleh itu, kita telah melihat pengeluar seperti Honda dan KTM bersaing untuk mengejar kemenangan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pengeluar lain telah “menyewa” motosikal KTM RC250GP dan meletakkan nama mereka (seperti CFMoto) untuk tujuan penjenamaan.

Bagi mengawal kos, peraturan menetapkan bahawa pasukan boleh menggunakan sehingga enam unit kuasa sepanjang musim penuh, dengan had kos dilaporkan sebanyak €60,000 (MYR295,302.00). Casis juga dihadkan kepada sekitar €85,000 (lebih kurang MYR418,344.50).

Namun, kos pembangunan yang ditanggung oleh Honda dan KTM sudah tentu tinggi, kerana tiada siapa yang suka kalah. Oleh itu, wujud perbincangan untuk mengubah Moto3 menjadi perlumbaan satu pengeluar seperti Moto2 – di mana satu pengeluar membekalkan enjin, manakala pasukan menyewa atau membeli rangka, casis, dan komponen lain daripada menyewa motosikal lengkap.

Sekiranya khabar angin ini benar, kita mungkin akan melihat motosikal Moto3 menggunakan enjin 689cc, dua silinder daripada Yamaha R7. Enjin-enjin ini tentunya akan diubahsuai untuk perlumbaan.

Turut dilaporkan bahawa terdapat pengeluar lain yang berminat untuk membekalkan enjin: Honda, KTM, dan CFMOTO.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube