Bikesrepublic

sic

 

Susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini, penjualan tiket bagi GP Malaysia turut terjejas.

Perkara ini disahkan sendiri Dato Razlan Razali ketika sesi temu bual secara strim langsung bersama media hari ini.

“Berdasarkan keadaan semasa jualan tiket terjejas, saya dimaklumkan tiada penjualan tiket langsung selepas pandemik Covid-19 berlaku,” jelasnya.

Ini kerana pandemik ini turut memberi kesan terhadap penganjuran MotoGP secara menyeluruh dengan aksi pembukaan MotoGP di GP Qatar dibatalkan – hanya Moto2 dan Moto3 beraksi – sebelum GP Thailand, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan (terbaru) Perancis turut ditunda ke tarikh baharu.

Litar Mugello kini dijadualkan bakal menjadi venue seterusnya namun turut dijangka akan ditunda atau dibatalkan susulan situasi runcing pandemik itu di Itali.

Sementara itu, Razlan turut mendedahkan Dorna ketika ini berdepan kekangan untuk menyusun semula jadual musim ini.

“Sukar untuk Dorna merancang kalendar MotoGP setakat ini kerana tidak tahu apa yang akan berlaku.

“Tetapi diharapkan GP Malaysia tidak akan terjejas kerana tarikh penganjuran masih jauh (1 November). Setakat ini tiada perancangan dari Dorna untuk ubah GP Malaysia ke tarikh baharu,” tambahnya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Last weekend was supposed to be one hell of a motorsports fest with Malaysia Speed Festival (MSF), Desmo Cup, and several track day events were supposed to take place but due to the worrying growth of Coronavirus or COVID-19 cases here in Malaysia, all events planned at the Sepang Circuit are either postponed or cancelled until further notice. (more…)


Kenyataan itu disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dato Razlan Razali, susulan pembatalan beberapa venue awal MotoGP musim ini ekoran wabak Covid-19.

Aksi pembukaan kelas premier MotoGP di Qatar dibatalkan sebelum Thailand, Amerika Syarikat dan terbaru, GP Argentina turut mengikut langkah sama.

Baru-baru ini Razlan mengemukakan persoalan adakah wajar untuk Litar Antarabangsa Sepang menganjurkan dua kali MotoGP musim ini di laman Facebook miliknya dan rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan tersebut.

Bagaimanapun, Razlan kini mengesahkan senario itu tidak akan berlaku setelah mengambil kira pelbagai faktor terutamanya kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia.

“Saya mahu mengambil peluang ini untuk menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga keselamatan dan berharap perlumbaan diminati ini dapat diteruskan seperti biasa,” katanya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Susulan penularan wabak Covid-19, FIM membuat satu lagi pindaan terhadap kalendar MotoGP 2020 dengan membatalkan GP Amerika.

Senario itu sekaligus bakal menyaksikan MotoGP musim 2020 bakal bermula di Argentina.

Sebelum ini GP Amerika dicanang sebagai pembuka tirai MotoGP 2020 tatkala aksi pertama di Litar Losail, Qatar dibatalkan sebelum Thailand membuat keputusan sama susulan kebimbangan Covid-19.

GP Amerika turut mengorak langkah sama tatkala bandar Austin mengumumkan darurat bagi mengambil langkah drastik dalam menangani penularan coronavirus apabila melarang sebarang acara yang melibatkan lebih daripada 2,500 pengunjung.

Ini bermakna, GP Argentina berkemungkinan menjadi hos kepada pembuka tirai MotoGP musim ini dari 17 hinggga 19 April.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta, turut memberi bayangan bahawa aksi pembuka tirai mungkin akan berlangsung lebih awal dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) antara venue yang dicadangkan.

“Mengikut kontrak dengan FIM, kami perlu mengadakan 13 perlumbaan tetapi kami mensasarkan untuk menganjurkan kesemua 19 perlumbaan. Kami akan berusaha keras untuk melaksanakannnya,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, rata-rata netizen menyokong agar SIC menganjurkan dua kali MotoGP musim ini susulan pembatalan tiga pusingan melibatkan Qatar, Thailand dan Amerika.

Ini berdasarkan keputusan undian yang dikemukakan CEO SIC, Dato Razlan Razali di laman Facebook-nya baru-baru ini.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Rata-rata netizen bersetuju agar Litar Antarabangsa Sepang menganjurkan dua kali MotoGP musim ini.

Cadangan itu dikemukakan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC),Dato Razlan Razali menerusi undian yang dijalankan menerusi akaun laman sosial Facebook miliknya.

Setakat ini, lebih 768 undian telah pun diterima dengan 95 peratus bersetuju agar Sepang menganjurkan MotoGP dua kali musim ini.

Senario itu tercetus susulan beberapa venue telah membatalkan aksi MotoGP antaranya GP Qatar – meskipun Moto2 dan Moto3 diteruskan – dan GP Thailand ekoran kebimbangan penularan wabak Covid-19.

Tatkala tiket GP Malaysia sentiasa habis dijual saban tahun, penganjuran dua kali MotoGP bukan satu kebimbangan kerana SIC tidak pernah gagal dalam menarik pengunjung.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

The folks from SIC (Sepang International Circuit) showed their support for Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) Corruption Free Pledge (Ikrar Bebas Rasuah) yesterday with the official pledge signing ceremony yesterday at the world-renowned circuit. (more…)

Sepang International Circuit (SIC) telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekaligus membuktikan komitmen dalam memerangi rasuah di negara ini.

Ikrar tersebut disaksikan sendiri Pengarah Pendidikan Masyarakat SPRM, TPj. Haji Razim Mohd Noor, Ketua Cawangan Sosio Budaya Bahagian Pendidikan Masyarakat PKPj Samsul Salip, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Dato Razlan Razali dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) SIC, Caroline Lee.

Menurut SIC, memerangi rasuah bukan sahaja menjadi tugas SPRM sebaliknya patut menjadi tanggungjawab semua pihak dan orang awam terutamanya mereka yang berkhidmat untuk kerajaan.

“Terdapat lebih 6,000 kes dilaporkan kepada SPRM namun hanya 1,300 kes berkait dengan rasuah ini kerana orang ramai belum memahami sepenuhnya kuasa SPRM. SPRM hanya boleh menjalankan siasatan dan tidak boleh mengenakan tindakan terhadap sebarang pihak dan organisasi, tugas itu dipikul Pejabat Peguam Negara,” jelas Samsul Salip.

Ikrar tersebut dibacakan Dato Razlan Razali sebelum sesi tandatangan yang disaksikan sendiri Caroline Lee.

Usaha ini dilihat akan mempertingkatkan integriti SIC dalam sebarang urusan.

“Ini membuktikan komitmen kami dalam memastikan kami bebas daripada sebarang unsur rasuah. SIC sangat mementingkan profesionalisme dan integriti. Inilah kami semua tekankan,” jelas Razlan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah memihak kepada Sepang International Circuit (SIC) berhubung kes penajaan oleh M7 Racing Sdn Bhd (M7).

Keputusan itu menyaksikan M7 Racing – anak syarikat milik Mutiara Motors Group of Companies – harus menyelesaikan tunggakan tajaan pasukan Moto3 sebanyak RM3.32 Juta kepada SIC.

Sementara itu, SIC dalam satu kenyataan meluahkan rasa lega namun akur isu tersebut terpaksa diselesaikan di peringkat mahkamah.

Bagaimanapun, SIC menegaskan mereka sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama bersama syarikat tempatan dan antarabangsa dalam membangunkan sukan permotoran di Malaysia asalkan kedua-dua pihak kekal komited dalam menghormati perjanjian ditetapkan.

M7 Racing merupakan pemegang hak nama DRIVE M7 Energy Drink dan merupakan penaja utama DRIVE M7 SIC Racing Team yang telah membuat penampilan di Kejuaraan Dunia Moto3 selaku pasukan Malaysia dari 2015 hingga 2016.

Jangan lupa ikuti kami di Youtube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Remember the time when M7 Racing sponsored the SIC Racing Moto3 squad back in 2015 and 2016? Drive M7 Energy Drink was the main sponsor and it turned out that they’ve not been paying their part under the sponsorship agreement and SIC has filed a lawsuit regarding the matter. (more…)

Meskipun Shell Malaysia MotoGP baru sahaja berakhir beberapa bulan lalu, Shell Malaysia membuka kalendar 2020 dengan tawaran istimewa bagi sesi Ujian Rasmi Sepang MotoGP sempena musim perayaan ini.

Shell Malaysia menawarkan promosi Early Bird bermula 25 hingga 31 Januari sempena Tahun Baru Cina dan ketika Winter Test MotoGP yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 3 hingga 9 Februari 2020.

Selain daripada menyaksikan setiap pasukan menguji jentera masing-masing, orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan tiga pasukan Monster Energy Yamaha, Suzuki Ecstar dan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team mendedahkan warna pasukan bagi musim 2020.

Berikut harga tiket ditawarkan sempena promoso Early Bird:

  • RM310 (Premier Roving)
  • RM255 (Marc Marquez Tribune)
  • RM200 (Main Grandstand)
  • RM160 (VR46 Tribune)

Tahun lalu, SIC menerima kunjungan lebih 170,778 pengunjung dengan lebih 103,850 pengunjung hadir ketika hari perlumbaan.

Shell Malaysia MotoGP dijangka akan membuka tirai pada 30 Oktober hingga 1 November, 2020.

Setiap pasukan perlumbaan mengharapkan keajaiban berlaku di litar lumba, bagaimanapun, berbeza bagi Lynk & Co Cyan Racing Team yang mengharapkan hujan lebat turun di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Pengarah Urusan Geely Group Motorsport, Alexander Murdzevski Schedvin, mengakui pasukannya mengharapkan hujan lebat turun di litar esok bagi saingan terakhir kalendar FIA World Touring Car Cup (WTCR) sekaligus menyukarkan keadaan pasukan lain untuk mengutip mata.

“Saya harap esok hujan turun dengan lebat agar perlumbaan dibatalkan dan kami akan menjuarai kutipan mata pasukan.

“Ketika di Macau, kami singgah ke kuil terdekat dan minggu itu kami memenangi tiga perlumbaan.

“Sejak itu kami telah jadikan satu tradisi untuk ke kuil setiap venue perlumbaan agar mengharapkan nasib baik menimpa pasukan kami,” jelasnya.

Lynk & Co Cyan Racing Team ketika ini mendahului kejuaraan pasukan dengan kelebihan 65 mata berbanding pesaing terdekat, BRC Hyundai N Squadra Corse dengan 532 mata.

Meskipun baru setahun jagung dalam kalendar WTCR namun Lynk & Co Cyan Racing Team berjaya menempatkan diri dikalangan pasukan terbaik dengan mempertaruhkan Thed Bjork, Yvan Muller, Yann Ehlacher dan Andy Priaulx.

 

“Kami sangat berpuas hati dengan prestasi tahun pertama kami. Meskipun pasukan ini menggabungkan pelbagai unsur yang berbeza namun kami berjaya melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai mustahil,” jelas Schedvin.

Pada masa sama, selaku pengeluar kereta, Schedvin yakin kejayaan Lynk & Co Cyan Racing Team di pentas WTCR dapat meningkatkan lagi penjualan kereta Lynk & CO O3+ – yang merupakan jentera digunakan di WTCR.

“Perlumbaan ini medan terbaik untuk menjual kereta O3+ dan cara paling efektif adalah dengan merekodkan kejuaraan pasukan,” tambahnya.

 

Tahun baru semakin hampir dan hajat untuk merasai motosikal berkuasa besar dan kereta idaman belum kesampaian? Apa kata datang ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini.

Sempena Races of Malaysia (ROM) 2019 yang akan berlangsung hujung minggu ini di SIC, terdapat juga sesi tunggang uji yang akan dijalankan di Kompleks SIC.

Triumph Street Triple RS 2020

Sesi tunggang uji tersebut melibatkan beberapa jentera Triumph, Harley-Davidson dan Moto Guzzi.

Moto Guzzi V85TT

Pada masa sama, sesi pandu uji turut ditawarkan bagi model Perodua, Hyundai dan Mitsubishi.

Hyundai Santa Fe

Kedua-dua sesi ini terbuka kepada orang ramai yang hadir di ROM 2019 pada 14 dan 15 Disember ini.

Sesi tunggang/pandu uji ini bertujuan untuk merealisasikan impian menaiki jentera idaman di samping membantu membuat keputusan pembelian pada masa akan datang.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan di SIC sempena ROM 2019 di samping menyaksikan pelumba negara, Hafizh Syahrin dan Azlan Shah Kamaruzamn beraksi!

ROM 2019 bakal menyaksikan dua kateogri jentera dipertandingakan, World Touring Car Cup (WTCR) dan Sepang 8 Hours!

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube