Bikesrepublic

 Covid-19: Tiket MotoGP Malaysia 2020 Tak Terjual

 

Susulan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini, penjualan tiket bagi GP Malaysia turut terjejas.

Perkara ini disahkan sendiri Dato Razlan Razali ketika sesi temu bual secara strim langsung bersama media hari ini.

“Berdasarkan keadaan semasa jualan tiket terjejas, saya dimaklumkan tiada penjualan tiket langsung selepas pandemik Covid-19 berlaku,” jelasnya.

Ini kerana pandemik ini turut memberi kesan terhadap penganjuran MotoGP secara menyeluruh dengan aksi pembukaan MotoGP di GP Qatar dibatalkan – hanya Moto2 dan Moto3 beraksi – sebelum GP Thailand, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan (terbaru) Perancis turut ditunda ke tarikh baharu.

Litar Mugello kini dijadualkan bakal menjadi venue seterusnya namun turut dijangka akan ditunda atau dibatalkan susulan situasi runcing pandemik itu di Itali.

Sementara itu, Razlan turut mendedahkan Dorna ketika ini berdepan kekangan untuk menyusun semula jadual musim ini.

“Sukar untuk Dorna merancang kalendar MotoGP setakat ini kerana tidak tahu apa yang akan berlaku.

“Tetapi diharapkan GP Malaysia tidak akan terjejas kerana tarikh penganjuran masih jauh (1 November). Setakat ini tiada perancangan dari Dorna untuk ubah GP Malaysia ke tarikh baharu,” tambahnya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube