Bikesrepublic

PDRM

Rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu kereta jenis Proton Saga bukan sahaja mencuri perhatian warganet malah pihak berkuasa.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/753766838800923

Ketua Polis Daerah Rembau, Negeri Sembilan, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam, mengesahkan pihaknya kini sedang mengesan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut.

“Kami akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video tular,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Rakaman berdurasi 54 saat itu menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki memakai baju biru dengan selamba memandu kereta jenis Proton Saga.

Kanak-kanak tersebut turut memberitahu bahawa bapanya yang mengajar cara memandu kereta tersebut. – Sinar Harian

Penggunaan telefon bimbit semasa memandu kereta atau menunggang motosikal merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan kompaun RM300.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Facebook, mana-mana individu yang didapati menggunakan telefon bimbit semasa memandu akan dihadapkan terus ke mahkamah.

https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/posts/3451088151568134

Ini kerana, bermula 6 Julai 2020, kesalahan di bawah kaedah 17A, LN166/59 telah dikategorikan sebagai saman tidak boleh dikompaun dan kes perlu diselesaikan di mahkamah.

Pelaku juga akan berdepan denda sehingga RM1,000 atau penjara tiga bulan bagi kesalahan pertama manakala sabitan kali kedua akan dikenakan denda RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Bagi meringankan beban orang ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun 50 peratus bagi bayaran saman terpilih.

Tempoh diskaun bayaran saman itu akan bermula 18 hingga 21 Mei.

Bagi memudahkan pembayaran saman selain di kaunter pembayaran saman ibu pejabat polis daerah, orang ramai boleh menyelesaikan saman secara atas talian di MyEg dan Rilek.

Sementara itu, bagi ibu pejabat PDRM di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), perkhidmatan kaunter akan dibuka dari Isnin hingga Rabu dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Manakala kaunter di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan dibuka pada Isnin, Rabu dan Ahad dari 9 pagi hingga 2 petang.

Pada masa sama, orang ramai diingatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.- BH

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

View of KL on the 27jun 2013. All most with out haze. Taken at tasik Titiwangsa.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membenarkan pergerakan antara negeri dilaksanakan pada 1 hingga 3 Mei ini.

Kebenaran tersebut hanya dibenarkan bagi orang awam yang terkandas di kampung dan hendak pulang ke rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, hanya yang layak boleh membuat permohonan untuk pergerakan antara negeri mulai 26 April (esok) menerusi aplikasi Gerak Malaysia.

Sementara itu, bagi yang tiada aplikasi tersebut, orang awam perlu memndapatkan kebenaran bertulis di balai polis berhampiran namun Datuk Huzir menjelaskan keutamaan akan diberikan kepada pengguna aplikasi tersebut.

Bagi permohonan yang diterima, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi:

  • Tiada kemudahan makanan disediakan di Rehat dan Rawat (R&R) bagi Pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
  • Surau ditutup dan aktiviti solat berjemaah tidak dibenarkan
  • Hanya fasiliti tandas awam dibuka
  • Pemandu yang meletakkan kereta di parkir R&R untuk berehat tidak dibenarkan berada di luar kenderaan.
  • Stesen minyak hanya beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Kenyataan media mengenai tatacara pendaftaran menerusi Gerak Malaysia akan dikeluarkan hari ini.- Bernama

 

Pasangan kekasih cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa apabila didapati bersiar-siar diluar waktu yang dibenarkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Difahamkan, pihak polis menemui pasangan itu di dalam kereta jenis Perodua Kancil pada lewat malam.

Ketika polis cuba menghampiri pasangan terbabit mereka bingkas melarikan diri lantas mencetuskan adegan kejar-mengejar yang membabitkan tiga kenderaan polis.

Insiden itu turut dimuat naik ke laman Facebook milik Mohd Amirul Aizad.

Bagaimanapun, pasangan terbabit berjaya ditahan namun setakat ini belum diketahui punca mereka berada di luar waktu dibenarkan.

Orang ramai dinasihati untuk menghormati PKP yang telah pun berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

The second stage of the MCO (Movement Control Order) which has started from yesterday until 14 April 2020 will see PDRM being stricter than ever. This warning was stated by Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Minister of Defense, as there were still many folks disobeying the rules imposed during this difficult period of time. (more…)

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menutup empat jalan utama di Petaling Jaya selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19.

Jalan tersebut melibatkan:

  • Jalan 5/46 Gasing Indah
  • Jalan Persiaran Mahogani, Seksyen 9, Kota Damansara
  • Jalan Persiaran Jati, Seksyen 8, Kota Damansara
  • Jalan Persiaran Sungai Buloh, Kota Damansara

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

Nik Ezanee meminta agar pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif lain seperti NPE, Jalan Persiaran Kenanga-Kota Damansara, Jalan Persiaran Surian-Palm Spring Kota Damansara dan Jalan Persiaran Tropicana-Casa Tropicana.

Langkah tersebut diambil bagi memastikan PDRM dapat melaksanakan sekatan jalan dengan lebih efisien di samping mengatasi masalah segelintir individu yang cuba mengelak sekatan.

Bagaimanapun, laluan ditutup itu masih boleh diakses pihak penguatkuasa dan ambulans.

(SUMBER: Malaysiakini)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Sumber: IPD Petaling Jaya

Sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, pihak berkuasa tempatan berdepan pelbagai karenah orang awam yang masih ingkar.

Ketika PKP dilaksanakan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sekatan jalan raya di seluruh negara bagi mengawal pergerakan orang awam.

Bagaimanapun, dalam situasi tersebut pihak berkuasa berdepan dengan pelbagai situasi antaranya alasan yang tak munasabah daripada orang awam yang ditahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner, Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah mendedahkan ada segelintir yang berpendapat jalan raya kosong adalah masa terbaik untuk meninjau Kuala Lumpur.

“Ada yang tinggal di Kajang tetapi sanggup ke Kuala Lumpur membeli makanan.

“Ada juga yang mendakwa dalam perjalanan ke bank meskipun waktu sudah melebihi 11 malam,” jelasnya.

Sementara Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Mohd Mustafa Bidin mendedahkan pihaknya telah mengarahkan sebuah kereta untuk berpatah balik kerana membeli alasan untuk bersiar-siar di sekitar pulau.

Seorang lelaki juga disekat daripada memasuki pulau gara-gara mengidam nasi kandar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sendiri memaklumkan terdapat orang awam yang melanggar PKP gara-gara untuk membeli pemutar skru demi projek DIY.

PDRM telah merekodkan lebih 1,796 kes ingkar PKP dengan 695 kes telah pun diambil tindakan.

Pelaksanaan PKP merupakan langkah kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19.

PKP yang sepatutnya berakhir 31 Mac ini telah dilanjutkan sehingga 14 April tatkala terdapat segelintir orang awam yang masih ingkar.

Setakat ini, kes positif Covid-19 telah pun mencecah 2,031 dengan 23 kematian direkodkan sementara 215 telah pun pulih.

(SUMBER: The Star)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pun memasuki hari keenam semalam namun masih ramai pengguna jalan raya yang ingkar terutamanya mereka yang berada di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, tindakan mereka tidak kesampaian tatkala disekat pihak berkuasa yang mengadakan sekatan jalan raya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Hanya segelintir yang dibenarkan melepasi sekatan susulan mempunyai alasan kukuh sementara ribuan lagi diarahkan untuk patah balik selaras dengan PKP yang dikuatkuasakan.

Menurut laporan The Star, sekatan jalan tersebut turut menyebabkan berlakunya kesesakan jalan tatkala ramai yang cuba mengakses jambatan Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner, Soffian Santong menjelaskan sekatan jalan itu bukan bertujuan menyusahkan orang ramai sebaliknya mahu memastikan pelaksanaan PKP berjalan sepertimana yang dikuatkuasakan kerajaan dalam usaha membendung Covid-19.

“Kami mengharapkan orang ramai mematuhi peraturan dan tidak kemana-mana tanpa alasan kukuh.

“Duduk dirumah, dengan cara ini kami dapat meminimumkan kesesakan jalan,” tegasnya.

(SUMBER: The Star)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, kadar kemalangan jalan raya turun lebih 50 peratus.

Perkara itu disahkan sendiri Pengarah, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

Menurut laporan Harian Metro, sebanyak 612 kes direkodkan pada hari ketiga PKP berbanding 1,500 kes – yang merupakan jumlah purata dalam sehari.

“Tujuh kemalangan maut direkodkan berbanding 16 hingga 17 jumlah kematian yang direkodkan sebelum ini,” jelas Azisman.

Sementara itu, Azisman mendedahkan pihaknya menjangkakan jumlah kenderaan berada di atas jalan akan menurun sehingga 75 peratus sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP.

Dalam perkembangan lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal pergerakan orang awam bermula esok.

Langkah tersebut diambil bagi memastikan orang ramai mengikut arahan PKP sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yasin bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Setakat ini, 1030 kes telah pun disahkan dengan 3 kematian direkodkan.

(SUMBER: Harian Metro)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula Rabu, masih terdapat orang awam yang mengabaikan arahan tersebut.

Terdapat beberapa perkongsian video yang dimuat naik di media sosial yang memaparkan terdapat orang awam termasuk peniaga yang tidak mengendahkan arahan.

Meskipun seramai 8,600 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun dikerahkan sepertimana yang disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Bagaimanapun, bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan berjalan dengan efisien dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan turun membantu pihak polis bermula Ahad ini.

Langkah itu turut mendapat sokongan netizen yang beranggapan penglibatan ATM adalah wajar dalam mengekang sesetengah individu yang masih bersikap sambil lewa.

Sehingga hari ini, sebanyak 1,030 individu telah pun disahkan menghidap Covid-19 dengan lebih 1455 dalam siasatan sementara tiga lagi telah pun meninggal dunia.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengerahkan lebih 8,600 anggota seluruh negara dalam usaha memastikan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan.

Perintah Kawalan Pergerakan telah pun diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Setakat ini, hanya 60 peratus orang awam yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan tersebut.

Bagi memastikan orang ramai patuh arahan untuk berada di rumah, PDRM mengadakan sekatan jalan di seluruh negara di samping melakukan rondaan di kawasan perumahan, kedai dan pusat membeli-belah.

Menurut laporan The Star, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mahu orang ramai mengikut arahan yang telah dikuatkuasakan itu.

“Kami mengharapkan orang ramai memberi kerjasama kerana kami enggan virus itu merebak,” jelasnya.

Setakat ini, lebih 504 sekatan jalan telah pun dilaksanakan bagi menjalankan semakan dan memberitahu orang awam untuk berada di rumah.

Pada masa sama, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan bahawa jika senario bertambah runcing, pihaknya akan membuat penahan terhadap individu yang ingkar perintah tersebut.

(SUMBER: The Star)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Archive

Follow us on Facebook

Follow us on YouTube