Bikesrepublic

Perintah Kawalan Pergerakan: Kadar Kemalangan Menurun 50 Peratus

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, kadar kemalangan jalan raya turun lebih 50 peratus.

Perkara itu disahkan sendiri Pengarah, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias.

Menurut laporan Harian Metro, sebanyak 612 kes direkodkan pada hari ketiga PKP berbanding 1,500 kes – yang merupakan jumlah purata dalam sehari.

“Tujuh kemalangan maut direkodkan berbanding 16 hingga 17 jumlah kematian yang direkodkan sebelum ini,” jelas Azisman.

Sementara itu, Azisman mendedahkan pihaknya menjangkakan jumlah kenderaan berada di atas jalan akan menurun sehingga 75 peratus sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP.

Dalam perkembangan lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menerima bantuan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mengawal pergerakan orang awam bermula esok.

Langkah tersebut diambil bagi memastikan orang ramai mengikut arahan PKP sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri, Tan sri Muhyiddin Yasin bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Setakat ini, 1030 kes telah pun disahkan dengan 3 kematian direkodkan.

(SUMBER: Harian Metro)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube