Bikesrepublic

Triumph TR6 Trophy Dari Filem “The Great Escape” Diperagakan

  • Babak di mana watak Steve McQueen melompat pagar Stalag Luft III menggunakan motosikal telah diabadikan dalam filem “The Great Escape”.
  • Motosikal yang telah digunakan dalam penggambaran tersebut adalah motosikal Triumph TR6 Trophy.
  • Salah sebuah daripada motosikal tersebut kini diperagakan di fasiliti Triumph Factory Visitor Experience.

Filem yang telah dikeluarkan pada tahun 1963, “The Great Escape”, telah disanjung ramai sebagai salah sebuah filem genre peperangan terbaik sepanjang zaman. Namun, babak di mana watak lakonan Steve McQueen, bergelar ” The Cooler King”, melompat pagar kem tahanan perang setinggi 12 kaki menggunakan motosikal Triumph TR6 Trophy juga telah menjadikan “The Great Escape” ini antara sebuah filem motosikal yang paling hebat.

Terdapat tiga buah motosikal yang telah digunakan dalam filem ini; ke semuanya motosikal Triumph TR6 Trophy, dihias menjadi BMW R75 yang digunakan oleh Wehrmacht (Tentera Jerman). Oleh kerana tidak ada banyak motosikal R75 yang masih berfungsi pada waktu itu, dan babak melarikan diri tersebut memerlukan sebuah motosikal yang lebih ringan, lebih pantas, dan dengan pengendalian yang lebih baik. Motosikal TR6 Trophy memenuhi ciri dengan sempurna sekali, jadi, penerbitnya telah mendapatkan beberapa buah dan menyediakannya, dari segi rupa paras dan spesifikasi, untuk filem berkenaan.

https://youtu.be/6zwW7iWinrk

Bagaimana pun, ketiga-tiga motosikal Triumph tersebut hilang selepas penggambaran, seperti mana kedua-dua motosikal Easy Rider yang digunakan dalam filem keluaran tahun 1969. Motosikal ini didapati telah dijual kepada seorang petani, yang menggunakannya untuk mengembala lembu peliharaannya.

Dean Shepherd telah membelinya dari seorang pekerja ladang yang telah mewarisinya setelah kematian petani tersebut dan mengembalikannya semula pada rupa asal seperti dalam filem.

Motosikal “The Great Escape” ini kini diperagakan di “Triumph Factory Visitor Experience, berhampiran ibu pejabat Triumph Motorcycles Ltd. di Hinckley, Leicestershire. Ia akan diperagakan di Salon Privé Concours d Elegance di Blenheim Palace, berdekatan Oxford. Menurut Auto Classics, motosikal ini akan disertakan dalam acara Class B bagi motosikal istimewa yang dibina dari tahun 1940 hingga 1979.

Triumph Motorcycles Akan Membuka Pusat Visitor Experience Serta Lawatan Kilang

Kami akan mengunjungi UK untuk melawat ibu pejabat Triumph Motorcycles LTD. dan “Triumph Factory Visitor Experience pada bulan Oktober yang akan datang ini, dan kami berharap dapat melihat sendiri motosikal TR6 Trophy “The Great Escape” ini dengan anak mata sendiri!

Motosikal Tr6 Trophy ini ada penggantinya dalam rangkaian model klasik semasa pengeluar berkenaan, dan ia datang dalam bentuk Bonneville Street Scrambler. Ianya cukup menyeronokkan untuk ditunggang dan ada masanya kami terasa bagai dirasuk jelmaan Steve McQueen dan terasa ingin sangat untuk melompat penghadang kaki lima.

TESTED: Triumph Street Scrambler – “Escapism”

Sebelum kami akhiri artikel ini, satu lagi trivia filem: watak Chris Pratt dalam Jurassic World telah menunggang motosikal Street Scrambler.

https://youtu.be/A5ho6ht3EK4

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube