Bikesrepublic

Suzuki Lancar Avenis Dan Address 125 2023 Di Eropah

Suzuki melancarkan dua skuter kompak untuk pasaran Eropah selepas memperkenalkan Avenis 125 dan Address 125 di UK.

Kedua-dua skuter ini sebelum ini telah pun diperkenalkan di India sebelum Suzuki memutuskan untuk turut memasarkan kedua-duanya di Eropah.

Menariknya, kedua-dua skuter kompak ini dikuasakan enjin 125cc yang sama iaitu, enjin silinder tunggal 124cc DOHC dengan penyejukan udara yang menghasilkan 8.7hp dan 10Nm.

Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi CVT.

Sebagai skuter kompak, kedua-duanya turut dilengkapi ciri Suzuki Eco Drive Illumination (SEDI) yang menawarkan penjimatan petrol sehingga 52.6km bagi setiap liter.

Ini sekaligus menjadikan Avenis dan Address 125 skuter kompak yang sesuai untuk tunggangan dalam bandar.

Meskipun berkongsi enjin sama, Avenis tampil dengan rekaan moden dan sporty sementara Address 125 lebih retro.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • tangki 5L (Address 125) dan 5.2L (Avenis 125)
  • berat 105kg
  • ketinggian tempat duduk 770mm (Address 125) dan 780mm (Avenis)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan