Bikesrepublic

Supermoto Elektrik Axiis Liion Didedahkan – 134HP, 720NM

Axiis merupakan syarikat berpangkalan di Portugal yang pakar dengan mesin CNC.

Meskipun kurang dikenali namun Axiis sudah berada dalam pasaran agak lama dan bertanggungjawab menghasilkan komponen CNC khas bagi jentera perlumbaan terutamanya supermoto.

Bagaimanapun, memasuki tahun 2022, Axiis julung kalinya memperkenalkan motosikal sulung, dinamakan Liion.

Menggunakan pengalaman dalam arena supermoto, Axiis Liion merupakan motosikal jenis supermoto yang digerakan enjin elektrik.

Selain dibangunkan dengan komponen CNC dan gentian karbon, Axiis Liion ini juga didatangkan dengan bateri 12kWh.

Menurut Axiis, Liion menawarkan 134hp dan 720Nm serta mampu merekodkan kelajuan maksima hingga 200km/j.

Kombinasi komponen CNC dan gentian karbon termasuk penggunaan swingarm aluminium jenis ‘single-sided’ juga menyaksikan Axiis Liion ini hanyalah seberat 134 kilogram.

Bagaimanapun, buat masa ini supermoto elektrik ini masih lagi dalam peringkat akhir pembangunan dan belum lagi bersedia untuk ujian litar mahupun jalan raya. Namun, Axiis menjangkakan Liion akan memasuki pasaran sekitar awal 2023.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube