Bikesrepublic

SPYSHOT: Aprilia RSV4 2021 Didedahkan!

Setelah peminat motosikal seluruh dunia disajikan dengan Aprilia RS660 yang bakal dipasarkan pada 2021, pengeluar motosikal dari Noale itu membuat satu lagi kejutan.

Kali ini, tular di laman media sosial apabila Motomaniaci memuat naik imej sebuah jentera didakwa sebagai Aprilia RSV4 2021.

Berdasarkan gambar tersebut jelas menampakkan seolah-oleh jentera RS660 yang telah disuntik steroid dan hasilnya sebuah jentera yang lebih besar dan tampak berkuasa.

Ini sekaligus memberi bayangan bahawa rekaan RS660 merupakan platform sama yang diterapkan pada ‘abang besar’ RSV4.

Walaupun imej tersebut tidak sejelas yang disangka – mungkin Motomaniaci berasa gementar atau terlalu teruja dengan kehadiran jentera terbabit – namun perbezaan paling ketara adalah penggunaan ‘side exhaust’ berbanding ‘underbelly’ yang terdapat pada RS660.

*Aprilia RS660 2021

Walaupun tiada maklumat terperinci ketika ini namun dijangka enjin tersebut mematuhi Euro 5 di samping penggunaan lampu LED.

Jika dinilaikan daripada rupa jentera yang langsung tidak disembunyikan dengan pelitup ‘camo’ maka dijangka Aprilia bakal memperkenalkan RSV4 2021 ini tidak lama lagi.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube