Bikesrepublic

Shawn Lee, Shukri Yahya Dan Diana Danielle Dominasi Aksi Pertama Promotional Class

Shawn Lee mendominasi segmen Promotional Class dalam aksi pertama Toyota Vios Challenge di Toyota Gazoo Racing Festival, yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.

Shawn – yang beraksi dikalangan pelumba amatur di kategori Sporting Class musim lalu – menggunakan pengalaman yang ada untuk menamatkan perlumbaan di hadapan pencabar, Shukri Yahya dan Diana Danielle.

Diana – yang turut selaku pertahan juara – menampilkan aksi konsisten untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga sekaligus memastikan peluang untuk mempertahankan kejuaraan masih terbuka memasuki perlumbaan kedua yang akan berlangsung hari ini.

Sementara itu, dua muka baharu, pelakon lelaki dan wanita, Syafiq Kyle serta Ain Edruce berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-8 dan ke-9.

 

Dalam perkembangan lain, aksi Super Sporting Class menyaksikan pelumba Laser Motor Racing, Mark Darwin memenangi perlumbaan 22 pusingan itu selepas berjaya mengekang asakan wakil negara, Tengku Djan Ley.

Meskipun gagal mencuri tempat pertama namun Tengku Djan meluahkan rasa puas hati atas prestasinya selepas menjuarai musim pertama sebelum membuat keputusan untuk berehat di musim kedua.

“Perbezaan ketara musim (ketiga) ini adalah kelompok 9 terbaik merekodkan hanya satu saat perbezaan masa. Semua pelumba mempamerkan aksi kompetitif musim ini,” jelasnya.

Sementara itu, tempat ketiga jadi milik Bendon Lim dari Tedco Racing.

Terdahulu, segmen Sporting Class menyaksikan Kenneth Koh (Panglima City Racing Team) muncul juara diikuti Clement Yeo (Distinctive Model) kedua dan Dato Ken Foo (Kulim Topwheels) ketiga.

Perlumbaan kedua Toyota Vios Challenge bakal bersambung hari ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube