Bikesrepublic

Pakar Bedah MotoGP: “Saya Tidak Faham Bagaimana Marquez Boleh Menang Kejohanan”

  • Marc Marquez sedang menjalani tempoh pemulihan enam minggu selepas menjalani pembedahan pada bahu kirinya.
  • Pakar bedah MotoGP, Dr. Xavier Mir kagum dengan bagaimana penunggang berkenaan berjaya memenangi kejohanan dengan kecederaan pada bahu kirinya itu.
  • Sesi ujian pra musim HRC akan berlangsung dari 1 hingga 3 Februari 2019.

Marc Marquez telah mengharungi satu lagi musim MotoGP yang menakjubkan pada tahun 2018 namun apa yang lebih penting lagi adalah dia telah berjaya merangkul kejohanan musim berkenaan.

Dia kemudiannya telah menjalani satu pembedahan bagi membetulkan bahu kirinya yang pada mulanya telah terkehel pada tahun 2013 selepas sesi ujian pasca musim di Valencia dan Jerez. Doktor Xavier Mir, pakar bedah MotoGP, mendapati yang kecederaan yang telah dialami Marquez memerlukan pembedahan yang rumit untuk diperbetulkan. Dr. Mir telah dipetik selepas pembedahan menyatakan, “Saya tidak faham bagaimana Marquez mampu memenangi kejohanan dunia dengan kecederaan seperti itu.”

Marquez kini sedang berusaha keras bagi memperolehi kecergasan penuh sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan enam minggunya. Dia perlu berada dalam kecergasan yang baik bagi ujian pra musim HRC 2019 yang pertama yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 Februari 2019. Ujian pra musim rasmi pertama (Ujian Musim Sejuk) adalah dari 6 hingga 8 Februari 2019. Kedua-dua ujian ini akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.

Juara Dunia lima kali berkenaan kini sedang dibantu oleh ahli fisioterapi Carlo Garcia yang merupakan ahli pasukan perubatan Clinica Mobile.

Marquez telah mengalami kecederaan bahu terkehel yang terjadi berulang kali sepanjang musim 2018, termasuklah sewaktu Scott Redding mengucapkan tahniah kepadanya ketika sambutan kemenangan di Motegi.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan