Bikesrepublic

Norton Motocycle Company Meterai Kontrak Jepun Bernilai £5 Juta

  • Norton Motocycle Company telah memeterai kontrak bernilai £5 juta bersama dengan pengedar di Jepun.
  • Perjanjian ini akan menyaksikan penghantaran 1,000 buah motosikal dalam tempoh lima tahun.
  • Perjanjian ini membolehkan Norton untuk menambah bilangan tenaga kerjanya.

Pengeluar Norton telah memeterai perjanjian perniagaan bernilai £5 juta di Jepun.

Menurut perjanjian tersebut, Norton akan membekalkan 1,000 buah motosikal dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

Diumumkan sewaktu Perdana Menteri Jepun melawat UK, perjanjian ini dijangka akn mengurangkan sedikit kebimbangan yang berkaitan dengan Brexit yang sedang melanda perniagaan di UK dan dikatakan akan membantu 200 pekerjaan di ibu pejabat Castle Donington.

Norton Atlas Ranger

Ketua Jualan Antarabangsa Norton, Kay Johnson, telah berkata, “Norton telah mempunyai persetujuan dengan pengedar kami, PCI Limited di Jepun, yang akan berjalan selama limat tahun bagi mengeluarkan lebih daripada 1,000 buah motosikal dan akan mencapai nilai anggaran sebanyak £5 juta.”

“Kami amat berharap dapat menambah tenaga kerja kami bagi menyokong permintaan untuk motosikal-motosikal ini di rantau ini, dan dengan itu, terus membina hubungan perdagangan yang teguh dengan Jepun.”

Norton Dominator

Berita ini disiarkan beberapa minggu selepas Norton mengalukan para pemilik pertama bagi model superbike terkini mereka, V4SS, ke kilang bagi mengambil jentera mereka.

Tawaran rangkaian semasa Norton termasuklah V4SS, Dominator, dan Commando Sport serta Café Racer. Pengeluar itu turut memperkenalkan tiga buah motosikal ringan baharu di Motorcycle Live, termasuklah model Superlight 650 (secara asasnya separuh daripada enjin sebuah V4SS bagi mematuhi peraturan Isle of Man TT Lightweight TT) dan Atlas serta Ranger yng merupakan motosikal naked yang diinspirasikan oleh motosikal café racer/scrambler.

Norton Commando Sport

Sumber: Visordown

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube