Bikesrepublic

MotoGP: Joan Mir Kekal Bersama Suzuki Hingga 2022

Suzuki akan terus mempertaruhkan Alex Rins dan Joan Mir selepas kedua-duanya menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2022.

Mir mengesahkan tempatnya bersama Suzuki selepas Rins turut membuat keputusan sama minggu lalu.

“Saya mengumumkan bahawa akan kekal bersama Suzuki bagi musim 2021 dan 2022.

“Kami telah mempamerkan kemajuan setiap kali ujian jadi saya yakin kami berpotensi besar.

“Sasaran saya adalah untuk menjadi antara pelumba terbaik MotoGP bersama Suzuki, kerana itulah saya memilih untuk kekal,” jelas Mir dalam satu kenyataan.

Mir muncul pelumba keenam untuk mengesahakn tempat di grid bagi musim depan dan hanya pasukan kedua yang telah melengkapkan barisan pelumba selepas pasukan factory Yamaha.

Sementara itu, pengurus pasukan, Davide Brivio meluahkan rasa gembira dengan persetujuan dicapai bersama Mir.

“Saya mahu berterima kasih kepada Mir kerana memberi kepercayaan kami dan seluruh Suzuki Motor Corporation yang sering menyokong kami.

“Kejayaan mengekalkan kedua-dua pelumba memberi harapan besar kepada kami,” katanya.

Sementara itu, MotoGP musim 2020 masih lagi terkandas susulan pandemik Covid-19 dengan terbaru, tiga pusingan telah pun dibatalkan melibatkan GP Jerman, Belanda dan Finland.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube