Bikesrepublic

KLBS’23: QJMotor SRK600RC Dilancarkan – 81HP, RM39,888

MForce Bike HJoldings selaku pengedar rasmi jenama QJMotor di Malaysia telah merasmikan pelancaran QJMotor SRK600RC untuk pasaran tempatan di Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS’23), pada Khamis. 

QJMotor SRK600RC  merupakan varian tertinggi bagi model SRK600RR namun dibezakan dengan penggunaan komponen yang lebih premium serta livery yang diinspirasikan daripada pasukan QJMotor Gresini Racing di Moto2. 

Jika SRK600RR datang dengan pakej suspensi KYB, SRK600RC pula hadir dengan fork depan jenis USD dari Marzocchi dan monoshock (preload adjustable) juga dari Marzocchi. 

Pakej brek juga tampil premium dengan Brembo master-cylinder dipadankan bersama kaliper brek 4-pot berkembar Brembo M4 di depan dan kaliper brek 2-pot Brembo di belakang. Sistem brek juga menampilkan ABS dwi-saluran bersama cakera brek 320mm depan dan 260mm belakang. 

Sementara itu, bahagian enjin pula menampilkan platform 4-silinder 600cc 16valve dengan sistem penyejukan cecair yang menawarkan 81hp pada 11,000 rpm dan 51Nm pada 10,500rpm. Kuasa enjin pula disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • panel meter TFT
  • tayar 120/70-17 depan
  • tayar 180/55-17 belakang
  • ketinggian tempat duduk 800mm
  • berat 225kg
  • tangki 16.4L

Menurut pihak MForce, QJMotor SRK600RC ini datang dengan dua warna pilihan. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan