Bikesrepublic

Honda Sedang Membangunkan Helmet Berteknologi Pengenalan Muka

  • Honda telah memfailkan paten bagi sebuah helmet berteknologi pengenalan muka.
  • Ia berfungsi sebagai ‘kunci’ keselamatan penghidup motosikal.
  • Seberapa segerakah akan kita dapat lihat teknologi ini di pasaran?

Bermula dengan kunci mekanikal, kemudiannya kunci elektrik, diikuti dengan kunci yang diterapkan dengan cip mikro, dan kini, muncul sebuah helmet berteknologi pengenalan muka.

Ia berfungsi seperti kunci proksimiti yang sedia ada – atau lebih dikenali sebagai sistem tanpa kunci. Sistem keselamatan ini boleh didapati pada pelbagai jenis motosikal, dari skuter hinggalah ke motosikal tourer.

Namun, ia bermakna yang kita masih memerlukan sebuah ‘fob’ kunci. Di samping itu, pencuri kini mempunyai kebolehan untuk mengimbas isyarat kunci yang khusus bagi sesebuah motosikal itu, memudahkan mereka untuk mencurinya.

Helmet berkenaan akan dilengkapkan dengan kamera yang diterapkan di lapisan dalaman helmet. Pemakai akan melihat ke dalam helmet sewaktu memakai helmet, dan kamera pengenalan muka akan menghantar isyarat ke unit kawalan dalam helmet. Dari situ, satu lagi isyarat akan dihantar ke unit kawalan keselamatan motosikal yang akan membuka kunci palang pemegang.

Ianya satu idea yang amat menarik sekali, tetapi, ia juga bermakna anda tidak boleh lagi menyimpan helmet di ruang simpanan bawah pelana skuter. Namun, ini tidak menjadi satu masalah kerana anda boleh menyimpannya dalam ‘top case’ yang menggunakan kunci yang berlainan.

Seberapa pantaskah akan ia muncul di pasaran? Tiada sebarang maklumat yang jelas mengenainya buat masa ini, namun, Honda senantiasa membangunkan teknologi yang baharu dan mereka sering memasarkan teknologi terbaru mereka dengan kadar yang segera.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube