Bikesrepublic

Honda CBR250RR Sah Masuk Malaysia Tahun Ini!

Setelah sekian lama menanti, akhirnya pasaran motosikal Malaysia akan diserikan dengan Honda CBR250RR.

Kami memperoleh pengesahan itu daripada orang besar Boon Siew Honda (BSH) sendiri ketika pelancaran Honda Rebel 2020 di Litar Antarabangsa Sepang, malam tadi.

Difahamkan, model yang bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia merupakan model terkini (2020) yang telah pun dilancarkan di Jepun tahun ini dan akan ditawarkan pada harga yang sangat ‘kompetitif’.

Perlu diingatkan, ini BUKAN 10 unit yang ditawarkan untuk perlumbaan MSBK 2021 bagi program Boon Siew Honda 250cc Racing Support tetapi ini adalah merujuk kepada unit yang akan dipasarkan untuk orang ramai, hujung tahun ini.

Kami menjangkakan harga Honda CBR250RR akan ditawarkan sekitar RM30,000.

Honda CBR250RR 2020 kini menawarkan 41hp pada 13,000rpm dan 25Nm pada 11,000rpm di samping didatangkan dengan pelbagai ciri menarik lain antaranya fungsi quickshifter dan assist/slipper clutch.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • ride-by-wire
  • tiga mod tunggangan
  • paparan LCD
  • lampu LED
  • fork depan USD 37mm
  • ABS dual-channel

Akhirnya penunggang motosikal di Malaysia terutamanya mereka yang enggan menaik taraf ke enjin B (full) boleh merasai jentera berprestasi tinggi.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube