Bikesrepublic

Harley-Davidson X440 Didedahkan Di India

Harley-Davidson dengan rasminya mendedahkan Harley-Davidson X440 hasil kerjasama dengan gergasi motosikal India, Hero MotoCorp. 

Ini bukan kali pertama Harley-Davidson X440 didedahkan kepada umum namun perkongsian kali ini datang dalam beberapa foto rasmi yang memaparkan secara jelas rupa model baharu itu. 

Pertamanya, X440 kelihatan diinspirasikan daripada beberapa model sedia ada Harley-Davidson terutamanya Nightster menerusi tangki bersegi, panel meter bulat, handlebar lebar dan panel badan yang minimal.

Bahagian lampu depan pula menampakkan tulisan Harley-Davidson sementara lampu isyarat kiri dan kanan pula memaparkan logo kecil Harley-Davidson. 

Bagaiamnapaun, tidak dapat dipastikan apakah jenis skrin yang diguna pakai pada panel meter X440 ketika ini. 

Walaupun dibangunkan Hero MotoCorp di India namun rekaan keseluruhan X440 seakan mengikut acuan sama dengan X350 dan X500 yang dihasilkan QJ Motor di China. Senario itu sedikit sebanyak memberi bayangan ketiga-tiga model ini dihasilkan mengikut lakaran oleh Harley-Davidson sendiri. 

Menurut laporan di India, X440 ini dikuasakan enjin satu silinder 440cc yang dijangka menawarkan 30hp. Namun angka kuasa itu hanya akan didedahkan pada pelancaran rasmi yang dijadualkan pada Julai ini. 

Antara ciri ditawarkan termasuk fork depan USD, ABS dwi-saluran dengan kaliper brek Bybre, rim 18-inci depan dan 17-inci belakang serta kerangka jenis tubular. 

Kami menjangkakan X440 ini akan memberi saingan pada beberapa jenama terkemuka di India antaranya Royal Enfield 350 namun pastinya dengan harga yang lebih premiun.  

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube