Bikesrepublic

Hanya Duduk Rumah Sejak Kembali Dari Qatar – KIP

Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi hanya menghabiskan masa di rumah sejak kembali dari GP Qatar.

Sejak pelumba PETRONAS Sprinta Racing itu kembali dari Qatar, dunia telah memulakan langkah sekatan pergerakan termasuk Malaysia menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, itu tidak menyekat Khairul Idham daripada memastikan tubuh badan berada dalam keadaan terbaik.

“Saya menjalankan latihan dalam rumah menggunakan basikal untuk melakukan kayuhan di samping melakukan angkat berat bagi mengekalkan kekuatan saya.

“Saya akui merindui latihan di luar kerana tidak pernah lagi saya berlatih tanpa perlu keluar rumah lebih sebulan!” jelasnya.

Menariknya, Khairul turut mengakui melakukan beberapa kerja rumah lain antaranya mencuci dan memasak.

Ketika di Qatar, Khairul menamatkan aksi di tempat ke-26 selepas berbulan tidak menunggang ekoran mengalami kecederaan tangan musim lalu.

“Saya bergelut ketika di Qatar tetapi masih dalam jangkaan kerana terlepas beberapa aksi sebelum itu. Bagaimanapun, perasaan kembali semula beraksi cukup mengujakan,” katanya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube