Bikesrepublic

Ducati Streetfighter V4 Rekaan Officine GP Design

  • Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali telah mengatakan sebelum ini bahawa akan ada lebih banyak model V4 yang akan diperkenalkan.
  • Para penggemar Ducati mengharapkan yang salah sebuah daripadanya adalah Streetfighter V4 baharu.
  • Buat masa ini, Officine GP Design telah membina Ducati Streetfighter V4 ini.

Angkat tangan anda sekiranya anda adalah salah seorang antara ramai peminat yang rindukan model Ducati Streetfighter dan ternanti-nantikan sebuah model yang baharu. Buat masa ini, jamulah mata anda dengan Ducati Streetfighter V4 rekaan Officine GP Design ini sementara kita nantikan kemunculannya.

Penantian bagi kemunculan sebuah model Streetfighter janaan V4 baharu menjadi semakin hangat apabila Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali, mengatakan bahawa akan ada lebih banyak model Ducati V4 pada masa yang akan datang. Ianya satu berita yang disambut gembira oleh ramai kerana Ducati pada masa ini tidak mempunyai model motosikal lumba ‘naked’ yang sejati, kecuali untuk model Monster 821 yang semasa.

Bagaimana pun, firma rekaan dari Itali, Officine GP Design, tidak sabar menunggu dan telah membina motosikal Streetfighter mereka sendiri. Mereka akan menghasilkan sepuluh buah jentera yang menakjubkan ini. Ianya dibina tanpa bantuan pihak pengilang berkenaan, menunjukkan potensi platform kerangka dan enjin V4 untuk diterapkan pada motosikal yang lain.

Selain daripada ketiadaan panel reraup badannya itu, ciri yang paling menonjol adalah fork ‘girder’ yang menggantikan unit Öhlins yang standard. Fork girder tersebut dibekalkan oleh FG Racing dan ianya dicanai dari billet. Roda Jonich SX menambahkan lagi penarik keseluruhan pakej ini.

Tangki dan kerangkanya bukan sekadar dicat, sebaliknya ianya diliputi dengan saduran tembaga bertekstur yang dibuat khas. Lampu hadapannya telah diambil dari sebuah Ducati Diavel. Paparan instrumennya adalah standard namun ianya dipasang di atas pemaut yang dicetak 3D.

Pelana kulitnya adalah buatan Foglizzo dengan logo V4 Penta. Bahagian ekor motosikal ini juga telah direka semula. Komponen-komponen yang lain kebanyakannya dari Rizoma.

Harap-harap motosikal ‘naked’ Ducati V4 akan tampak sebaik ini, atau lebih baik lagi.

Sumber imej: MCN

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube