Bikesrepublic

BMW Motorrad Akan Memperkenalkan Sistem Aero Automatik

– Syarikat-syarikat motosikal telah menawarkan bantuan sistem elektronik yang lebih baik, aerodinamik yang lebih liar, dan apa sahaja yang mereka fikirkan untuk menjadikan motosikal ini lebih pantas di trek perlumbaan.

– Cadangan terbaru BMW Motorrad? Aerodinamik aktif yang boleh dipasangkan pada M atau S 1000 RR.

– Cadangan paten BMW untuk mengambil winglet aerodinamik statik tradisional yang akhir-akhir ini telah dipasangkan pada superbike dan menjadikannya aktif secara automatik.

– Idea tersebut adalah bahawa winglet statik baik untuk membantu menstabilkan motosikal semasa motosikal menegak dan untuk mengurangkan wheelie, yang pada gilirannya memberi lebih cengkaman kepada pemandu.

– Tetapi aerodinamik statik tidak membantu dalam selekoh di mana aliran udara menjadi aneh, menyebabkan pelbagai masalah bagi rider dan mereka di belakang mereka.

– Dengan bahagian dinamik ini, jurutera BMW dapat mengurangkan masalah penyaliran udara tersebut sambil mengalirkan ke mana mereka mahu meningkatkan daya tekan keseluruhan motosikal melalui selekoh, tanpa mengorbankan kestabilan di sepanjang trek.

– Dalam satu paten yang baru, sistem aero yang ditunjukkan berfungsi seperti biasa tidak kira bagaimana motosikal  bercondong, winglet itu akan sentiasa kekal selari dengan permukaan jalan.

– Ini kemudian menjaga semua daya tekan dan mengarah ke arah yang betul.

– Teknologi yang dicadangkan adalah untuk membantu BMW bersaing dalam WSBK, bukan untuk kami yang gemuk makan donut jelly.

– Ya, ada kemungkinan besar yang sistem ini akan diperkenalkan di S 1000 RR tidak lama lagi, tetapi seperti semua teknologi menarik yang dibawa ke MotoGP dari Aprilia, Ducati, dan Honda—aero aktif adalah haram dalam MotoGP.

– Teknologi ini munkin akan sampai ke pengguna biasa dan sesuatu yang sejajar dengan spesifikasi homologasi. Fikirkan tentang Ducati Panigale V4 SP2, Honda Fireblade SP, dan BMW M 1000 RR.

– Mengenai bagaimana sistem BMW akan berfungsi, itu masih dirahsiakan kerana paten tidak memberikan banyak butiran selain daripada winglet yang berkait dengan aktuator.

– Tetapi kerana pengesan sudut condong adalah peralatan standard pada hampir setiap motosikal baru, dan yang membantu superbike moden dengan kawalan daya cengkaman, kawalan kestabilan, ada kemungkinan yang BMW akan mengaitkannya dengan sistem-sistem itu.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube