Bikesrepublic

Covid-19: JPJ Seluruh Negara Ditutup

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat keputusan untuk menutup semua perkhidmatan kaunter JPJ seluruh negara dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

Menurut info dikongsikan JPJ, seluruh pusat kaunter akan ditutup bermula 20 Mac sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Notis penutupan ini juga selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, baru-baru ini.

Sebelum ini, JPJ meminta orang ramai untuk hanya datang berseorangan ke kaunter di samping mengenakan topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada masa sama, JPJ turut memendekkan masa operasi dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Bagaimanapun, menurut laporan Bernama terdapat ramai individu yang ingkar terhadap arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan masih menyerbu kaunter JPJ seperti biasa sekaligus mendedahkan semua pihak terhadap Covid-19.

Setakat ini, Malaysia telah pun merekodkan 900 kes dengan dua menurut outbreak.my.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan