Bikesrepublic

Berita Terkini

Bagi meringankan beban Itali dalam menangani pandemik Covid-19, Brembo telah menyalurkan bantuan sebanyak EUR1 juta (RM4.7 juta).

Dana itu dibahagiakan kepada tiga pusat perubatan, Fondazione per la Ricerca Ospedale di Bergamo, Hospital Papa Giovanni XXIII dan Institut Mario Negri.

Ibu pejabat Brembo terletak di Bandar Bergamo, utara Itali dan merupakan antara daerah yang terkesan teruk dengan pandemik tersebut.

Menurut kenyataan, inisiatif penyaluran dana itu adalah bertujuan untuk membantu dalam penyelidikan vaksin Covid-19.

Itali merupakan antara negara yang paling terjejas teruk dengan pandemik ini dengan lebih 181,228 kes positif direkodkan dan 24,114 kematian.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Agensi Polis Thailand menerima keluarga baharu dikalangan kereta peronda apabila menerima tujuh unit Tesla Model 3.

Difahamkan, tujuh unit Model 3 itu dipinjamkan untuk lima tahun dan menelan belanja lebih USD2.7 juta (RM11 juta) atau USD385,714 seunit.

Ketujuh-tujuh unit tersebut telah pun selamat tiba di ibu pejabat polis Thailand di Dusit, Bangkok dan dilengkapi kelengkapan polis antaranya komputer dan siren.

Difahamkan, penggunaan kereta Tesla menjimatkan perbelanjaan penyelenggaraan kereta polis susulan kos penjagaan yang rendah sekaligus mengurangkan penggunaan duit pembayar cukai.

Tidak hairanlah, penggunaan kereta Tesla sebagai kereta peronda turut dilaksanakan beberapa jabatan polis di Amerika Syarikat antaranya Fremont, Bargersville, dan Westport.  – driveteslacanada

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

Norton Commando Sport

Minggu lalu, pengeluar motosikal India, TVS Motor Company telah berjaya memperoleh Norton Motorcycles dengan pembelian RM87.4 juta (GBP16 juta).

Bagaimanapun, TVS Motor Company tidak bercadang untuk memindahkan kilang pengeluaran motosikal Norton ke India sebaliknya akan kekal dihasilkan di United Kingdom.

Perkara itu disahkan sendiri Pengarah Urusan TVS Motor Company, Sudarshan Venu yang turut mengesahkan bahawa mereka akan mengekalkan pereka dan pekerja yang sama.

Pembelian Norton Motorcycle oleh TVS dianggap sebagai ‘win-win situation’ dengan kedua-kedua jenama mampu pergi lebih jauh selepas ini.

Norton yang sebelum ini terpalit hutang mampu menjadi stabil sementara TVS boleh melebarkan sayap ke negara lain. – carandbike

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Alex Rins akan terus kekal bersama Suzuki Ecstar untuk dua musim lagi setelah menandatangani kontrak sehingga 2022.

Meskipun MotoGP musim 2020 masih terumbang-ambing susulan pandemik Covid-19 namun itu tidak menyekat Rins untuk terus setia bersama pasukannya sejak 2017.

Meskipun musim pertamanya dipalit kecederaan namun dia mula bangkit dan pamer keputusan cemerlang.

Tahun lalu, Rins berjaya menamatkan musim 2019 dikedudukan lima terbaik di samping merekodkan dua kemenangan ketika di GP Texas dan Silverstone.

“Saya sentiasa merancang untuk kekal bersama Suzuki itulah yang saya lakukan.

“Saya percaya kami memiliki projek terbaik untuk merekodkan kemenangan. Ini adalah tempat terbaik untuk saya dan saya yakin dengan kemampuan pasukan ini,” jelas pelumba berusia 24 tahun itu.

Sementara itu, Pengurus Suzuki Ecstar, Davide Brivio meluahkan rasa teruja kerana berjaya mengekalkan pelumba tonggak mereka.

“Kami sangat teruja Rins kekal sebagai pelumba pasukan ini untuk dua musim lagi. Ini bermakna Rins akan bersama kami untuk enam tahun dan kami percaya akan membawa stabiliti kepada seluruh pasukan ini,” katanya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Super Soco TC

Jenama motosikal elektrik China, Super Soco, dikhabarkan bakal melebarkan sayap ke Malaysia.

Perkara itu didedahkan menerusi akaun Instagram @supersoco_malaysia yang baru sahaja diwujudkan empat hari lalu.

Berdasarkan akaun tersebut – sekiranya benar – jenama motosikal elektrik dari China itu akan memasuki pasaran negara dalam masa terdekat!

Soco merupakan sebuah syarikat yang baru diwujudkan pada 2015 namun bingkas bertapak dalam arena mobiliti elektrik hasil kerjasama nama besar antaranya Xiaomi dan Ducati.

Super Soco TS

Ketika ini, Super Soco menawarkan tiga model motosikal elektrik, TC, TS dan CUx.

Super Soco CUx

TC menawarkan motosikal jenis cafe racer sementara TS dan CUx memperagakan motosikal jenis naked dan skuter.

Pastinya menari untuk melihat jenama motosikal elektrik bertapak di Malaysia sekaligus menawarkan lebih banyak pilihan berbanding motosikal petrol sedia ada.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Meskipun dunia berada dalam keadaan sekatan pergerakan (lockdown) namun itu tidak menyekat pembangunan produk BMW Motorrad.

Selepas melancarkan BMW R18 beberapa minggu lalu, BMW kini sedang giat menjalankan ujian terhadap model G 310 GS dan G 310 R.

KLIK SINI untuk lihat spyshot oleh RideApart.

Model paling kecil dalam keluarga BMW Motorrad ini didapati menjalani ujian di atas jalan raya dan jelas kelihatan terdapat beberapa kemas kini yang telah dilakukan.

Kedua-dua model ini tampil dengan rekaan lampu depan baharu dengan LED.

Sementara model GS pula tampak lebih agresif berbanding model sebelumnya.

Bagaimanapun, dijangkakan bahawa enjin kedua-dua model turut mendapat suntikan kuasa bagi mematuhi piawaian Euro 5 dan BS6 di India.- RideApart

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube