Boon Siew Honda baru sahaja mengumumkan penambahan dua pilihan warna terbaharu untuk model Honda Rebel 2025.
Sebagai sebuah motosikal kruiser bersaiz sederhana, Honda Rebel amat sesuai untuk penunggang yang menginginkan kruiser dengan kawalan lebih mudah, dan peminat modifikasi – boleh diubahsuai daripada versi sederhana hingga ekstrem

Ciri-ciri utama:
- Enjin 471cc berkembar selari, disejukkan cecair yang memberikan tork rendah yang kuat dan kuasa linear yang licin.
- Ia menghasilkan 45.6 hp pada 8,500 RPM dan 43 Nm pada 6,500 RPM.
- Kuasa enjin dihantar melalui assist dan klac slipper.
- Sistem Programmed Fuel Injection (PGM-FI) memastikan kuasa, mengurangkan pelepasan, dan meningkatkan kecekapan bahan api, di samping memudahkan penyelenggaraan.
- ABS dwi-salur untuk keselamatan.
- Lampu-lampu LED memberikan pencahayaan yang lebih selamat.
- Meter laju terkandung dalam bulatan 100m dengan paparan LCD negatif dan lampu latar putih.
- Data lain yang dipaparkan ialah kedudukan gear, penggunaan bahan api dan jarak batuan.
- Tangki minyak 11.2 liter.
Dua warna baharu itu dinamakan Pearl Sugarcane Beige dan Matte Dim Grey Metallic.

Honda Rebel 2025 berharga RM33,899.00 (harga runcit yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran). Ia boleh didapati di semua pengedar Honda Big Wing mulai hari ini, 18 Jun 2025.