Bikesrepublic

Berita Terkini

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menyambut baik insentif yang disediakan kerajaan untuk industri automotif menerusi pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Melalu insentif itu, kerajaan membenarkan pengecualian cukai jualan – 100 peratus bagi CKD dan 50 peratus bagi CBU – bagi pembelian kereta baharu dari 15 Jun 31 Disember 2020.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K menyambut baik pengumuman baharu itu.

“Ini merupakan berita baik bagi industri automotif dan kami bersyukur dengan kerajaan kerana membantu sektor ini. Kami mengharapkan pengecualian cukai ini akan kembali menghidupkan industri automotif,” jelasnya.

UMWT turut akan melaksanakan beberapa perubahan harga bermula 15 Jun ini.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Pelumba Ducati, Danilo Petrucci, mendedahkan perancangan utamanya adalah untuk kekal dalam MotoGP dengan menjadikan Aprilia dan KTM sebagai destinasi berikutnya bagi musim 2021.

Selepas kehilangan tempatnya bersama pasukan Borgo Panigale bagi musim 2021 kepada Jack Miller, Plan A Petrucci adalah untuk terus kekal dalam MotoGP meskipun terdapat khabar angin dia akan dipancing pasukan WorldSBK.

Bagaimanapun, dia melihat Aprilia dan KTM sebagai destinasi seterusnya.

Aprilia telah pun beberapa kali mendekati Petrucci sebelum ini namun dia memilih untuk kekal bersama Ducati namun peluang itu masih terbuka seandainya Andrea Iannone perlu menjalani penggantungan 18 bulan susulan gagal ujian doping.

“Sebelum ini, kami telah pun beberapa kali berbincang dengan Aprilia tetapi saya terus kekal bersama Ducati.

“Jentera baharu Aprilia menampakkan peningkatan tetapi mereka juga sedang berdepan situasi rumit dengan pelumba mereka,” Petrucci memberitahu SkySport.it.

Pada masa sama, peluang untuk berhijrah ke KTM turut terbuka tatkala pelumba utama, Pol Espargarao dikhabarkan bakal berhijrah ke Repsol Honda.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

(SUMBER: Crash.net)

Pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, Didi Resourecs Sdn Bhd melancarkan Vespa Primavera S Special Edition 150 dan Sprint S 150 di Gasket Alley, hari ini.

Kedua-dua model Vespa tersebut merupakan barisan terbaru yang ditawarkan kepada pelanggan bagi tahun 2020.

Primavera S Special Edition kini tampil lebih sporty dan pengayaan yang berani menerusi pilihan warna dan rekaan yang lebih menonjol.

Model ini turut didatangkan dengan rim 12 inci yang diperbuat daripada aloi aluminium dengan rekaan lima jejari, lampu LED depan dan belakang termasuk DRL, sistem anti-pencuri (Immobilizer) dan ABS.

Bagi memudahkan penunggang, model ini turut dilengkapi dengan pengecas USB.

Vespa Primavera didatangkan dengan enjin iGet 150cc dengan penyejukkan udara dengan bahagian ekzos dan bekas transmisi direka khas agar menjaminkan tunggangan lancar dan senyap.

Sementara itu, Vespa Sprint S 150 kini ditawarkan dengan tiga pilihan warna baharu yang merangkumi Yellow Sole, Black Opaco dan White Innocenza di samping yang tersedia popular Grey Materia.

Model ini turut didatangkan dengan enjin iGet 150cc satu silinder empat lejang dengan sensor barometric bagi menjaminkan tunggangan selesa dan tahan lasak di kawasan bandar.

Kedua-dua model ini bleh didapati di semua pengedar rasmi Vespa seluruh negara dengan harga:

  • Vespa Primavera S Special Edition 150 – RM18,300
  • Vespa Sprint S 150 – RM16,900

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Pengeluar motosikal China, Zhejiang Qianjiang yang juga pemegang jenama Benelli telah memperkenalkan QJ SRK 600 untuk pasaran negara itu.

Bagaimanapun, dijangka model tersebut akan membawa nama Benelli TNT600i apabila dilancarkan untuk pasaran luar.

Antara ciri baharu yang diperkenalkan adalah penggunaan ekzos berkembar dibahagian bawah enjin di samping rekaan tangki, kemasan dan lampu depan turut dikemaskini.

Pada masa sama, model ini turut dilengkapi dengan paparan sesentuh berwarna, keyless dan lampu LED.

TNT600i turut dilaporkan menghasilkan sekitar 80hp pada 11,000rpm dan 54Nm.

Menurut laporan, terdapat tiga varian akan ditawarkan dengan model dengan spesifikasi tertinggi menawarkan fork Marzocchi, penyerap hentakan KYB dan brek Brembo.

Ketika ini, tiada pengesahan sama ada model ini akan diperkenalkan di luar pasaran China terutamanya Malaysia.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Jenama helmet Thailand, Bilmola, melancarkan helmet baharu hasil daripada kolaborasi dengan Mobile Suit Gundam.

Kerjasama ini melibatkan tiga rekaan helmet yang memaparkan RX-78-2 GUNDAM, MS-09 DOM dan MS-06S CHAR’S ZAKU sebagai penghargaan kepada ulang tahun ke-40 Mobile Suit Gundam.

Bilmola turut menerima kebenaran daripada pemegang hak tunggal Mobile Suit Gundam, sotsu-Sunrise untuk menghasilkan helmet edisi khas ini.

Helmet ini mengguna pakai bahan thermoplastic tahan gegar dan visor policarbonate anti-calar bagi menepati spesifikasi ECE.

Corong udara empat saluran turut memastikan pengudaraan yang cukup bagi keselesaan si pemakai.

Setiap helmet turut didatangkan dengan kotak yang memaparkan watak Mobile Suit Gundam masing-masing.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Yamaha didakwa bakal menghasilkan sebuah motosikal retro berdasarkan jentera naked popular, MT-09.

Macam biasa, kalau laporan tersebut tidak diketahu asal usulnya, kami sendiri akan tepis dakwaan tersebut tetapi jika Young Machine yang dedahkan, lain pula ceritanya.

Kami berasakan Young Machine mempunyai kenalan ‘orang dalam’ di Jepun.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, pengeluar motosikal Jepun itu dikhabarkan bakal menghasilkan sebuah jentera yang diinspirasikan daripada era 80an dan 90an.

Penghasilan semula motosikal berkonsepkan retro semakin mendapat tempat dengan Suzuki Katana, Honda CB650R, Kawasaki Z900 RS dan Yamaha XSR900 kini popular.

Tambahan pula populariti enjin CP3 ditawarkan Yamaha MT-09 sangat ditagih tidak hairan jika jentera retro ini akan turut mengukir populariti sendiri.

Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube