Bikesrepublic

Berita Terkini

Permainan konsol popular, Gran Turismo kembali dengan edisi ke-7 menerusi platfrom Playstation 5.

Poliphony Digital menayangkan trailer pertama bagi Gran Turismo 7 susulan pelancaran Play Station 5 hari ini.

Gran Turismo merupakan simulator perlumbaan paling popular khas bagi konsol Play Station dalam tempoh tujuh tahun ini.

Berdasarkan trailer tersebut, jelas terdapat penambahbaikan daripada aspek grafik dan kelancaran permainan berbanding Gran Turismo Sport sebelumnya.

Antara model baharu yang diperkenalkan bagi GT7 adalah seperti berikut:

  • Aston Martin DB11
  • Aston Martin DBR9*
  • BAC Mono*
  • Chevrolet C2 Corvette
  • Chevrolet C3 Corvette
  • Chevrolet C7 R
  • Dodge Viper GTS
  • Dodge Viper GT3
  • Ford GT40
  • Ford GT
  • Honda NSX
  • Honda NSX GT3
  • Jaguar E-Type
  • Lamborghini Murcielago*
  • Lamborghini Diablo
  • Mazda RX-Vision GT3
  • Porsche 917K*
  • Porsche Carrera GT*
  • Porsche 996 GT1*
  • Subaru WRX GT3
  • Toyota Supra GT3

Ketika ini tiada tarikh rasmi bagi pelancaran GT7 bagaimanapun dijangka akan diperkenalkan tahun ini sekitar tarikh sama bagi PS5 di antara bulan Oktober hingga Disember.

MotoGP bakal membuka tirai musim 2020 di Litar Jerez, Sepanyol, Julai ini dengan sejumlah 13 pusingan diadakan di sekitar benua Eropah sahaja.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor semasa pandemik Covid-19.

Berdasarkan jadual baharu itu, Jerez bakal menjadi tuan rumah sulung musim ini pada 16 Julai diikuti perlumbaan kedua di medan sama 10 hari kemudian.

Jadual perlumbaan seperti berikut:

  • 19 Julai – GP Sepanyol (Jerez)
  • 26 Julai – GP Andalusia (Jerez)
  • 9 Ogos – GP Czech Republic (Brno)
  • 16 Ogos – GP Austria (Red Bull Ring)
  • 23 Ogos – GP Styria (Red Bull Ring)
  • 13 September – GP San Marino (Misano)
  • 20 September – GP Emila Romagna (Misano)
  • 27 September – GP Catalunya (Barcelona)
  • 11 Oktober – GP Perancis (Le Mans)
  • 18 Oktober – GP Aragon (Aragon)
  • 25 Oktober – GP Teruel (Aragon)
  • 8 November – GP Eropah (Ricardo Tormo)
  • 15 November – GP Comunitat Valenciana (Ricardo Tormo)

Sementara itu, empat litar lain, Buriram, Sepang, COTA dan Termas de Rio Honda masih lagi belum ditentukan manakala GP Qatar, Itali, Jerman, Belanda, Finland, Great Britain, Jepun dan Australia telah pun disahkan sebagai batal.

Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) mahu penggantungan empat tahun dikenakan terhadap Andrea Iannone.

Iannone dikenakan penggantungan 18 bulan oleh FIM setelah didapati gagal ujian doping yang dijalankan terhadapnya secara rawak ketika di GP Malaysia, tahun lalu.

Bagaimanapun, dia berpeluang mengurangkan tempoh penggantungan menerusi Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Meskipun begitu, dia kini berdepan laluan berliku tatkala WADA mahukan tindakan penggantungan maksimum – empat tahun – dikenakan terhadap pelumba Aprilia itu.

Perkara itu disahkan sendiri Presiden FIM, Jorge Viegas.

“WADA berasakan penggantungan – 18 bulan – itu tidak memadai,” jelasnya.

Senario ini sekaligus bakal memberi kesan besar terhadap karier Iannone yang mungkin perlu mengumumkan persaraan sekiranya keputusan CAS berpihak kepada WADA.

CAS dalam satu kenyataan turut menjelaskan bahawa mereka telah menerima rayuan daripada Iannone dan WADA berkenaan dengan keputusan diambil oleh FIM bertarikh 31 Mac 2020 dengan mengenakan penggantungan 18 bulan.

“Iannone mahu mencabar keputusan FIM sementara WADA mahukan penggantungan empat tahun terhadap pelumba itu.”

Iannone yang sebelum ini perlu menjalani penggantungan sehingga 16 Jun 2021, kini berdepan masa depan yang tidak menentu setelah ujian doping mendapati dia positif drostanolone, sejenis sterod dalam ujian sampel A dan B.

Sempena dengan kempen Unbelievable Deals, Sime Darby Motors melancarkan program korporat, inisiatif khas kepada klien korporat untuk memiliki kereta idaman dengan tawaran istimewa.

Kempen ini merangkumi semua jenama di bawah payung Sime Darby Motors antaranya, BMW, MINI, BMW Motorrad, Volvo, Jaguar, Land Rover, Ford dan Hyundai.

Pengarah Urusan Pemasaran dan Pengedaran Sime Darby Motors, Jeffrey Gan menyifatkan program ini direka khas bagi memberi ganjaran kepada pelanggan setia Sime Darby Motors Malaysia.

“Objektif kami adalah menyediakan pakej menarik kepada pelanggan di samping memastikan keperluan selepas jualan dijaga oleh individu profesional yang akan memastikan servis terbaik,” jelasnya.

Pada masa sama, Jeffrey menegaskan pihaknya akan terus mengekalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang ditetapkan kerajaan dalam menjamin keselamatan pelanggan dan kakitangan.

Kerajaan Perikatan Nasional telah membatalkan perintah harga siling bagi minyak petrol RON95 dan diesel.

Perkara itu disahkan menerusi Warta Kerajaan yang dikeluarkan pada 3 Jun lalu.

Menurut warta tersebut, Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) (No 8) (Pembatalan) 2020, mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) dibuat Pengawal Harga, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad pada 10 April lalu dengan kelulusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Warta tersebut membatalkan perintah harga siling RON95 pada RM2.08 seliter berbanding RM2.20 seliter dan diesel pada RM2.18 yang dilaksanakan sebelum ini ketika di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

 

UMW Toyota Motor kini membuka tempahan bagi Japan Car of The Year 2019, Toyota RAV4, hari ini.

RAV4 generasi kelima ini dibangunkan dengan platform enjin Dynamic Force serta Toyota New Global Architecture (TNGA) yang memberikan tahap kuasa lebih tinggi.

Ciri keselamatan turut dipertingkat menerusi Toyota Safety Sense yang merangkumi:

  • Sistem Pra-Perlanggaran
  • Amaran Penukaran Lorong dengan Bantuan Stereng
  • Bantuan Pengesanan Lorong
  • Kawalan Melayar Radar Dinamik
  • Lampu Tinggi Automatik

Model baharu ini didatangkan dengan dua varian:

  • Toyota RAV4 2.5L – RM223,880
  • Toyota RAV4 2.0L – RM203,880

Senarai harga yang dikemaskini juga akan diumumkan kemudian termaktub kepada pengencualian cukai seperti yang diumumkan Perdan Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Layari www.toyota.com.my untuk maklumat lanjut.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube