Bikesrepublic

Berita Terkini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah merekodkan kutipan lebih RM3.4 juta bagi nombar pendaftaran SYG yang dikeluarkan JPJ Sabah.

Kutipan itu mengatasi jumlah bidaan bagi nombor pendaftaran ALL oleh JPJ Perak sebanyak RM100,254 sebelum ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid mendedahkan nombor pendaftaran SYG 1 mencatatkan bidaan tertinggi dengan RM115,000.

Sementara bidaan kedua tertinggi melibatkan SYG 8 (RM70,000), diikuti SYG 9 (RM52,000) dan SYG 10 (RM50,000).

Difahamkan, sejumlah 7,424 pembida telah terlibat dengan pembidaan nombor pendaftaran SYG ini. – BH

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Mampu.

Perkataan paling mudah yang boleh menggambarkan kemampuan Toyota RAV4 selepas selesai sesi pandu uji media di UMW Toyota sehari sebelum pelancaran model itu untuk pasaran tempatan, hari ini.

Didatangkan dengan dua varian, 2.0L dan 2.5L, Toyota RAV4 generasi kelima ini ternyata menghadirkan pengalaman pemanduan yang berbeza.

Toyota RAV4 generasi pertama mula diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan 90an dan ketika itu lagi fokus utama model ini adalah menawarkan pemanduan seakan kereta sedan.

Kehadapan lebih 20 tahun kemudian, Toyota RAV4 2020 kembali dengan ciri lebih dipertingkat namun masih menawarkan pemanduan seakan kereta sedan.

Bagaimanapun, ciri paling baharu ditawarkan model 2020 ini penggunaan platform Toyota New Global Architecture (TNGA), platform sama yang diperkenalkan pada model Camry.

Platfrom ini menjaminkan kestabilan dan ketangkasan pemanduan di samping menawarkan penglihatan yang jelas.

Prestasi enjin juga tidak mengecewakan, berkuasa tapi lancar menerusi enjin Dynamic Force dengan VVT-iE yang menawarkan 207hp pada 6,600rpm dan 243Nm pada 5,000rpm.

Pemanduan juga lancar dengan bantuan transmisi Direct Shift 8-kelajuan AT – CVT pada varian 2.0 – yang turut menawarkan penjimatan terbaik terutamanya ketika pemanduan di lebuh raya.

Rekaan keseluruhan tampak moden dengan berkonsepkan cross-oktagon dan penggunaan gril trapezoid menampakkan lagi gaya SUV.

Walaupun enjin dan platform RAV4 2020 harus diberikan pujian, kami juga perlu menghamburkan kata positif terhadap bahagian roda stereng yang mudah dikendalikan dan selesa.

Pemandu dan penumpang juga boleh menghargai rekaan dalam yang jelas diberikan penumpuan sama seperti bahagian luar.

Penggunaan kusyen tebal dan kemasan kulit di bahagian dashboard dan pintu memberikan imej mewah.

Paparan TFT berwarna 7-inci MID (Multi Information Display) dan paparan meter TFT menawarkan visual moden dan jelas kepada pemandu dan penumpang.

Tempat duduk belakang juga boleh memuatkan tiga orang dewasa dengan ruang letak kaki yang selesa.

Pelanggan yang mempunyai anak kecil juga boleh berasa selamat dengan adanya ciri ISOFIX di tempat duduk belakang.

Ruang tempat letak barang juga sangat luas yang boleh diakses dengan menggunakan kaki menerusi ‘Kick-Sensor’.

Pemandu dan penumpang akan mengalami pemanduan yang sangat selesa tanpa mengira situasi hasil daripada ‘floor silencer’ dan bahan penebat yang mengurangkan bunyi dan haba serta gegaran.

Ciri keselamatan terbaik turut diperkenalkan terhadap Toyota RAV4 ini menerusi Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi:

  • Pre-Collision System
  • Lane Departure Alert dengan Steering Assist dan Lane Tracking Assist
  • Dynamic Radar Cruise Control
  • Automatic High Beam
  • Blind Spot Monitor
  • Vehicle Stability Control
  • Anti-lock Brake System
  • Hill-start Assist
  • Emergency Stop Signal
  • Parking Sensors
  • Tyre Pressure Warning System
  • 7 bag udara SRS

Toyota RAV4 2020 telah pun diperkenalkan untuk pasaran tempatan secara strim langsung hari ini dengan varian 2.0 ditawarkan pada harga RM196,436 dan 2.5L, RM215,665.

Mencari SUV yang selamat, lancar dan tangkas di samping jimat minyak? Kami cadangkan pandu uji Toyota RAV4 serba baharu ini dan rasai sendiri pengalaman pemanduan terbaik.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan mengambil tindakan terhadap 2 juta rakyat Malaysia dengan lesen dan cukai jalan tamat tempoh sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Perkara itu disahkan sendiri Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

Menurut rekod dari 18 Mac sehingga 14 Jun, sejumlah 2,119,653 cukai jalan dan 2,184,508 lesen masih belum diperbaharui.

“JPJ tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka yang dikecualikan daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen dalam tempoh PKP,” katanya.

Bagaimanapun, JPJ menjelaskan setiap pengguna jalan raya perlu mempunyai insurans perlindungan yang sah.

Kaunter JPJ telah pun kembali beroperasi sepenuhnya dengan orang ramai turut boleh memperbaharui cukai jalan secara atas talian menerusi aplikasi mySikap. – The Star

Perkara yang paling meresahkan ketika motor rosak adalah mencari jalan untuk membawa jentera kesayangan ke bengkel dengan mudah dan selamat.

Memahami perkara ini, Modenas Power Store Kota Damansara kini menawarkan khidmat towing menerusi Moto Aid bagi motosikal jenis Pulsar NS200/RS200, Dominar D400 dan V15.

Moto Aid merupakan antara syarikat towing dipercayai di Malaysia dengan hampir 10 tahun pengalaman mengendalikan motosikal rosak atau kemalangan di sekitar Lembah Klang, bahagian Selatan dan Utara tanah air.

Menariknya, perkhidmatan Moto Aid beroperasi selama 24 jam seminggu, 365 hari sekaligus memudahkan pemilik yang memerlukan jentera mereka untuk dihantar ke Modenas Power Store.

Menerusi kerjasama ini, pelanggan yang mahu menghantar jentera mereka ke Modenas Power Store akan ditawarkan dengan harga istimewa.

Bagi yang berminat untuk menghantar jentera untuk dibaik pulih atau membuat tuntutan insurans ekoran kemalangan, diminta hubungi Modenas Power Store di +60128003470.

Kalau ada yang bercadang untuk meraikan tahun 2020 dengan Ducati Hypermotard 950, mungkin rancangan itu perlu ditangguh kerana Ducati baharu sahaja melancarkan Hypermotard 950 RVE.

Versi baharu ini mendapat perhatian umum apabila dipaparkan sebagai jentera konsep di Concorso d’Eleganza Villa d’Este 2019.

Model ini menampakkan grafiti yang menonjol dengan perkataan Hyper di samping dinaik taraf dengan quickshifter (DQS) yang didatangkan secara standard yang sebelum ini hanya ditawarkan pada varian SP.

Bagaimanapun, tidak seperti SP, RVE tidak dilengkapi dengan rim aluminium Marchesini dan penyerap tekanan Ohlins namun rekaan grafik itu sudah cukup membuatkan model ini menonjol.

Ducati Hypermotard 950 RVE masih lagi didatangkan dengan enjin 937cc V-Twin Testatretta 11° yang menawarkan 114hp dan 96Nm tork di samping ciri menarik lain antaranya Bosch Cornering ABS EVO, Ducatio Traction Control (DTV) EVO dan Ducati Wheelie COntrol (DWC) EVO.

Ketika ini, tiada maklumat rasmi sama ada varian RVE ini akan diperkenalkan di Malaysia namun orang ramai masih lagi mendapatkan varian standard pada haga RM75,900.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan dengan pengecualian cukai penjualan, Proton menawarkan diskaun sehingga RM7,0000.

Disebabkan kesemua model dipasang secara tempatan sekaligus menjadikan model Proton layak mendapat pengecualian cukai 100 peratus berbanding unit import (CBU) yang hanya layak menerima 50 peratus pengecualian.

Rujuk senarai harga baharu di bawah selepas pengecualian cukai:

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube