Bikesrepublic

Berita Terkini

Perodua mengumumkan penurunan harga kenderaan di antara 3 hingga 6 peratus melalui rebat tunai selaras dengan pengumuman pengecualian cukai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

Meskipun, tempoh pengecualian cukai bermula 15 Jun ini, Perodua menawarkan rebat tunai tersebut bermula hari ini.

Perkara itu disahkan sendiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Kami ingin membolehkan orang ramai mengambil kesempatan ini untuk memiliki kenderaan Perodua tanpa berasa ketinggalan. Sila kunjungi mana-mana pusat jualan Perodua dan bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah untuk mengetahui amaun rebat tunai yang ditawarkan serta senarai harga penuh yang akan berkuatkuasa 15hb Jun,” jelasnya.

Pengecualian cukai tersebut merupakan antara langkah dalam Rancangan Pemulihan Ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri pada 5 Jun lalu.

Pengecualian cukai 100 peratus ditawarkan bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus bagi kenderaan import (CBU).

Pada masa sama, pengecualian cukai dalam bentuk rebat tunai itu ditawarkan bagi semua model Perodua – Myvi, Axia, Bezza, Aruz dan Alza.

Ikuti kami di YouTube dan Instagram!

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan waranti lanjutan baharu, program perlindungan bagi semua motosikal BMW termasuk lima tahun waranti bagi helmet BMW.

Lanjutan perlindungan ini berlangsung sehingga 1 Julai 2020 bagi motosikal BMW yang waranti berakhir di antara 18 Mac hingga 1 Jun 2020.

Bukan itu sahaja, BMW Motorrad turut mengumumkan kempen khas bagi membantu pemilik yang mengalami masalah bateri dengan memperkenalkan beberapa harga menarik bagi semua bateri dan pengecas bateri.

Kempen ini berlangsung sehingga 10 Julai 2020.

Pengarah Urusan BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley menyifatkan lanjutan waranti ini sebagai inisiatif untuk membantu para pemilik motosikal BMW kembali menunggang.

“Kita kini telah memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekaligus pemilik motosikal sudah boleh kembali melakukan aktiviti berkonvoi.

“Bagi memudahkan semua pihak, kami di BMW Motorrad akan memastikan setiap ‘rider’ menerima pengalaman pemilikan premium terbaik terutamanya di masa sekarang.

“Kami teruja untuk membantu mengembalikan semua ‘rider’ kembali di atas jalan raya menerusi program lanjutan waranti, bateri dan helmet,” katanya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Pengendali Petronas SRT, Dato Razlan Razali mendedahkan perbincangan bersama juara dunia 9 kali, Valentino Rossi, tampak positif.

Rossi dicanang bakal sertai Petronas SRT bagi musim 2021 setelah tempatnya di pasukan Factory Yamaha diambil alih Fabio Quartararo musim depan.

Menurut Berita Harian, senario antara Rossi dan Petronas SRT akan diketahui sebelum perlumbaan musim ini kembali membuka tirai.

Rossi pada awalnya merancang menggunakan perlumbaan musim ini untuk menentukan hala tuju kariernya namun segalanya terbantut susulan pandemik Covid-19.

Meskipun begitu, dia kini hampir pasti mahu meneruskan aksi sehingga musim depan menggunakan jentera factory Yamaha M1, peluang yang hanya mampu ditawarkan Petronas SRT.

Razlan turut mendedahkan pihaknya akan membuat sidang video bersama Rossi bagi membincangkan jangkaan pasukan terhadap pelumba berusia 41 tahun itu sekiranya segala termeterai.

“Kita akan buat satu sidang video bersama Rossi nanti. Dia ingin tahu apakah jangkaan pasukan terhadapnya… bukan kerana dia terpaksa atau kita perlu mengambilnya. Sekiranya musim ini berlangsung dengan baik, kita mungkin tidak melihatnya sebagai pilihan,”jelas Razlan.

Sebelum ini, Razlan turut menegaskan bahawa dia enggan Rossi menganggap Petrona SRT sebagai medan persaraan sebaliknya memberi saingan terhadap kejuaraan dunia.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

SUMBER: Berita Harian

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan warna baharu bagi Yamaha MT-09 terutamanya bagi varian warna biru ikonik.

Warna yang dikemaskini itu meliputi beberapa panel di seluruh jentera yang kini didatangkan dengan warna kelabu berbanding hitam sebelum ini.

Jika dilihat dengan teliti, warna baharu itu melibatkan mudguard depan, winglet di lampu hadapan dan set pelindung di bahagian sisi belakang tempat duduk.

Bagaimanapun, HLYM mengumumkan bahawa kemaskini ini tidak memberi kesan kepada harga yang masih ditawarkan pada RM48,920 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Yamaha MT-09 merupakan motosikal jenis naked yang kekal popular di pasaran Malaysia tatkala menawarkan 115hp pada 10,000rpm dan 87.6Nm pada 8,500rpm hasil daripada enjin DOHC 847cc tiga sebaris.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan Ford Ranger FX4 untuk pasaran Malaysia menerusi siaran strim langsung hari ini.

Pelancaran tersebut turut menandakan sejarah baharu bagi sebuah trak pikap yang dilancarkan menerusi atas talian.

Ford Ranger FX4 ini didatangkan dengan rekaan gril depan baharu, rim gloss black 18 inci dengan tayar All-Terrain sekaligus menawarkan identiti serba baharu.

Ruang dalam turut menampilkan ciri berlainan dengan penggunaan kerusi kulit yang turut menampakkan logo FX4 termasuk sulaman berwarna merah yang menonjolkan rupa ‘jahat’ Ranger FX4.

Menurut Ford, FX4 direka untuk pelanggan yang bukan sahaja mencari trak pikap untuk kegunaan bandar malah bagi yang meminat aktiviti adventure di hujung minggu.

Ford Ranger FX4 ini didatangkan dengan enjin Duratorq 2.2L turbodiesel yag menawarkan 159hp dan 385Nm.

Meskipun membawa imej trak pikap, Ranger FX4 ini turut dilengkapi pelbagai sistem dan teknologi terkini antaranya:

  • paparan sesentuh 8′
  • sistem multimedia SYNC
  • reverse camera
  • electronic shift-on-the-fly 4×4
  • rain-sensing wipers
  • Electric Power Assisted Steering (EPAS)
  • Daytime Running Light (DRL)
  • dua bag udara
  • Limited Slip Differential
  • Hill Descent Control
  • Hill Launch Assist
  • Antilock Braking System (ABS)
  • Emergency Brake Assist (EBA)
  • Electronic Brake Force Distribution (EBD)
  • Electronic Stability Control dan Traction Control
  • Rollover Mitigation
  • Trailer Sway Control dan Load Control

Dalam bahasa mudah, Ford Ranger FX4 menawarkan ciri keselamatan terbaik untuk pelanggannya.

Bukan itu sahaja, model ini turut dilengkapi mount tempat duduk kanak-kanak ISOFIX sekaligus menjaminkan keselamatan anak anda.

Menariknya, SDAC menawarkan aksesori tambahan bernilai RM5,398 bagi 150 pelanggan pertama yang membuat tempahan.

Ford Ranger FX4 ditawarkan dengan harga RM126,888 dan turut disertakan bersama waranti tiga tahun atau 100,000km (mana yang sampai dulu).

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Ford Malaysia menerusi jurujual digital secara WhatsApp di +6019-204 1200 dari 9 pagi hingga 4 petang.

Layari https://www.sdacford.com.my untuk maklumat lanjut.

Honda Motor Japan telah memfailkan saman terhadap Hero Electric atas dakwaan rekaan skuter elektrik syarikat itu diciplak daripada Honda Moove.

Saman yang difailkan pada 22 Mei lalu itu menyatakan bahawa Hero Electric telah meniru rekaan bahagian depan dan belakang termasuk lampu daripada Honda Moove.

Honda turut meminta Hero Electric menghentingkan pengeluaran Hero Dash yang telah dilancarkan di India pada Ogos tahun lalu.

Menurut laporan ET Auto, Mahkamah Tinggi Delhi mengarahkan Hero Electric untuk menjawab segala dakwaan yang diajukan Honda Motor.

Hero Dash merupakan skuter elektrik yang menawarkan jarak tunggangan sehingga 60km bagi setiap cas penuh (4 jam).

Dash EV turut didatangkan dengan lampu LED dengan DRL, port mengecas USB dan paparan digital.- ET Auto

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube