Bikesrepublic

Berita Terkini

Ford Ranger merupakan trak pikap paling diminati di Malaysia dari Ranger XL sehinggalah ke Ranger Raptor tatkala setiap varian menawarkan ciri kelas dunia. Hari ini, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan memperkenalkan ahli baharu dalam keluarga Ford Ranger. SDAC akan melancarkan Ford Ranger FX4 secara strim langsung menerusi Facebook Ford Malaysia dan di YouTube pada jam 11 pagi! Ford Ranger FX4 didatangkan dengan enjin 2.2 TDCi VGT yang menawarkan 157hp dan 385 NM. Menariknya, SDAC menawarkan aksesori bernilai RM5,398 bagi 150 pelanggan pertama!

Perodua merekodkan penjualan 7,886 unit kenderaan pada bulan Mei sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 52,920 unit bagi tahun 2020 setakat ini.

Meskipun negara ketika ini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) namun Perodua masih mampu merekodkan penjualan lebih 7 ribu unit menghampiri catatan bulan Mac, 8,601 unit.

“Situasi COVID-19 yang masih berlangsung ini telah memberi kesan yang ketara terhadap jualan kenderaan di Malaysia selama dua bulan.

“Namun kami bersyukur kerana dalam tempoh hanya tiga minggu sejak kami kembali beroperasi di seluruh negara, kami berjaya mendekati angka jualan Mac kami pra-Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” jelasnya Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato Zainal Abidin Ahmad.

Catatan bulan Mei melibatkan penjualan seperti berikut:

  • Myvi – 2612
  • Axia – 2028
  • Bezza – 1820
  • Aruz – 950
  • Alza – 476

“Dalam era penjarakkan sosial dan tahap kesedaran kebersihan yang tinggi, pengangkutan persendirian memainkan peranan yang lebih penting. Kenderaan diperlukan untuk perjalanan singkat dan dekat bagi membeli keperluan rumah. Pemandu e-hailing juga telah bermula menggunakan kenderaan mereka untuk menghantar barang di samping mengangkut penumpang.

“Kenderaan Perodua amatlah sesuai untuk tujuan-tujuan tersebut, kerana kompak, mampu milik, cekap bahan api, boleh dipercayai, luas dan mudah dipandu,” tambah Dato Zainal.

Penjualan memberangsangkan ini turut disumbang menerusi kempen Sambutan Bermakna Perodua yang menawarkan rebat tunai sehingga RM1,300 bagi Perodua Aruz dan Myvi terpilih termasuk e-baucar RM300.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

GP Jepun yang sepatutnya berlangsung pada 18 Oktober ini muncul venue keenam MotoGP yang turut dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

Mengikut perancangan awal, Litar Motegi sepatutnya menjadi tuan rumah MotoGP diantara Thailand dan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta mengesahkan perkara itu.

Dia turut mendedahkan bahawa segala venue yang membabitkan penerbangan akan dibatalkan sehinggalah pertengahan bulan November.

Meskipun Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dijadualkan pada 1 November namun peluang penganjuran itu masih ada bergantung pada situasi ketika itu.

“Dengan dukacita kami mengumumkan pembatalan GP Japan di litar Motegi. Ini merupakan julung kalinya Jepun tiada dalam kalendar MotoGP sejak 1986.

“Bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk memulakan semula MotoGP musim 2020 dan cuba menganjurkan sebanyak perlumbaan yang mungkin,” jelas Ezpeleta.

Menurut Ezpeleta lagi, fokus FIM dan Dorna ketika ini hanyalah terarah kepada penganjuran MotoGP di benua Eropah sehingga pertengahan bulan November.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Bagi memudahkan orang ramai merasai pemandu kereta Hyundai tanpa perlu keluar dari rumah, Sime Darby Auto Hyundai memperkenalkan kempen SDAH Test Drive to You.

Melalui kempen ini, pelanggan boleh merasai sendiri kereta Hyundai di depan pintu rumah!.

Pengarah Urusan, Hyundai-Sime Darby Motors, Low Yuan Lung mendedahkan kempen ini ditawarkan kesemua enam pusat jualan SDAH di Semenanjung Malaysia.

Kempen baharu ini bukan sahaja memudahkan malah mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan dalam memastikan kelestarian pelanggan terjamin.

  • Kenderaan akan disanitasi sebelum dan selepas sesi pandu uji
  • Hanya perunding jualan dan pelanggan dibenarkan berada dalam kenderaan sambil memakai topeng muka
  • Pelanggan perlu mengenakan hand sanitizer
  • Pemeriksaan suhu badan akan dilakukan sebelum sesi ujian

Orang ramai hanya perlu mendaftar dengan KLIK SINI dan pihak SDAH akan menguruskan sesi pandu uji di rumah pelanggan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Jika anda antara yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), AEON menawarkan jawatan sebagai rider dengan kontrak setahun dalam usaha membantu meringankan beban.

AEON akan menyediakan motosikal kepada rider berkenaan namun apa yang menarik perhatian, jentera tersebut akan menjadi milik rider berkenaan selepas kontrak setahun itu berakhir!

Berikut syarat-syarat yang ditetapkan AEON:

  • kontrak 1 tahun
  • waktu bekerja dar 11 pagi hingga 6 petang (termasuk cuti umum)
  • 1 hari cuti setiap minggu
  • berusia 25 hingga 40 tahun
  • rakyat Malaysia
  • kehilangan pendapatan atau pekerjaan susulan pandemik Covid-19
  • memiliki lesen B/B2
  • tidak memiliki sebarang kenderaan
  • tiada rekod jenayah lampau

Pihak AEON turut akan menyediakan latihan kepada para rider.

Jika anda antara yang terkesan, sila mendaftar nama menerusi aplikasi WhatsApp di +60123709750/+60123728406.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Orang ramai yang masih dalam proses mendapatkan lesen memandu boleh menarik nafas lega selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membenarkan sekolah memandu kembali beroperasi, 1 Jun ini.

JPJ menjelaskan bahawa waktu operasi sekolah memandu adalah dari 8 pagi hingga 4 petang.

Bagaimanapun, setiap sekolah memandu dan orang ramai yang hadir perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan dalam memastikan penularan Covid-19 dibendung.

Antaranya penjagaan jarak, pemakaian topeng muka dan penggunaan hand sanitisers. – The Star

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube