Bikesrepublic

Berita Terkini

Kerajaan tidak membenarkan pergerakan rentas negeri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, masih ada yang mencuba nasib untuk pulang ke kampung dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan lebih 3,212 kereta telah diarah untuk patah balik Selasa lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mendedahkan rata-rata yang ditahan ketika sekatan mengakui hendak pulang ke kampung bagi sambutan Hari Raya.

Sebanyak 216 sekatan jalan raya telah diwujudkan setakat ini dengan lebih 318,082 kenderaan diperiksa.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata angka tersebut dijangka meningkat tatkala Aidilfitri semakin hampir.

Bagi memastikan pematuhan PKPB, PDRM turut diarahkan menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi memastikan tiada pihak yang berjaya meloloskan diri pulang ke kampung.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

LiveWire 2018

Sebelum pandemik Covid-19 melanda, Harley-Davidson (HD) telah pun berdepan pelbagai masalah susulan gagal merekodkan penjualan memberangsangkan.

Kini setelah kilang HD di Amerika Syarikat kembali beroperasi, syarikat itu merancang untuk mengurangkan kadar pengeluaran motosikal.

Bukan itu sahaja, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan, HD turut akan mengurangkan model, varian dan pilihan warna.

Perancangan itu didakwa dibangkitkan sendiri pengendali baharu syarikat itu, Jochen Zeitz yang mahu menjadikan HD sebagai jenama eksklusif dalam usaha meningkatkan kembali penjualan.

Dalam penjelasan mudah, Harley-Davidson merancang menjadi eksklusif seperti Ferrari, dengan mempamerkan hanya beberapa model dan segala pembuatan motosikal akan dibuat berdasarkan tempahan.

Bagaimanapun, keputusan itu dijangka memberi kesan terhadap pengedar di AS dengan Beth Truett, pengarah pemasaran produk HD mendedahkan lebih 70 peratus pengedar di negara itu tidak akan menerima model baharu tahun ini.

Pan America

Dalam perkembangan lain, HD turut menunda pelancaran Pan America dan Bronx yang sepatutnya dilancarkan tahun ini ke 2021.- WSJ

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

SYM VF3i merupakan motosikal supermoped yang memiliki enjin terbesar dalam segmennya.

Bagaimanapun, bagi tahun 2020 MForce Bike Holdings – selaku pengendar tunggal jenama SYM di Malaysia -melancarkan versi yang telah dinaik taraf dengan ciri Anti-Lock Braking System (ABS).

Ini sekaligus menjadikan VF3i satu-satunya supermoped dengan kemampuan ABS di Malaysia.

Sistem ABS tersebut merangkumi cakera hadapan tunggal 250mm depan dan 200mm belakang, tayar 17 inci dengan 90/80 depan dan 120/70 di belakang.

Bukan itu sahaja, edisi terhad ini turut didatangkan badan pendikit (throttle body) 30mm lebih besar berbanding sebelum ini sekaligus menawarkan respon enjin yang lebih baik.

Manakala enjin 183cc (EURO 3) dengan penyejukan cecair itu kini menawarkan 19.7hp pada 9,000rpm dan 17.4Nm pada 7,500rpm yang disalurkan menerusi transmisi enam kelajuan.

Pencahayaan juga dipertingkat dengan penggunaan Daytime Running Light (DRL) dan penggunaan lampu LED di bahagian belakang.

Speedometer turut dikemaskini dengna rekaan baharu bagi memaparkan ABS di samping penghadang angin yang baru bagi meningkatkan aerodinamik di atas jalan raya.

SYM VF3i 185 LE didatangkan dengan warna pilihan baharu ‘Hitam Matte’ dan ditawarkan pada harga RM9,338.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Imej ‘spy shot’ tular di internet memaparkan model baharu daripada Benelli, SRK600.

Berdasarkan gambar tersebut, jelas Benelli SRK600 kini berada di peringkat akhir pengeluaran dan hampir pasti akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, model ini masih lagi mengekalkan kerangka trellis bagi mengekalkan identiti ‘Itali’ yang dibawa jenama Benelli.

Sementara itu, rekaan lampu depan seakan membawa aura Kawasaki Z1000 namun ciri paling menonjol adalah penggunaan skrin TFT berwarna termasuk sistem keyless.

Pada masa sama, sistem penyerap hentakan didakwa mengguna pakai jenama Matsuchi sementara sistem membrek dikendalikan kaliper monoblock M4 Brembo termasuk ABS.

Ketika ini masih tiada maklumat rasmi mengenai pelancaran model ini namun berdasarkan imej tersebut jelas pelancaran akan dilaksanakan dalam masa terdekat bergantung kepada situasi semasa pandemik Covid-19. – Visordown

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Bukan salah ejaan ataupun ‘typo’, Bodo merupakan jenama kereta elektrik berkuasa rendah yang popular di China.

Menurut laporan Wall Street Journal, kereta elektrik ini merupakan jenis Low Speed Electric Vehicle (LSVE) dan cukup popular di negara tersebut sebagai kenderaan jarak dekat.

Dikenali sebagai Bodo Chronus (kami dah ‘check’ beberapa kali memang itulah namanya), kereta ini tidak memerlukan lesen untuk dipandu dan hanya boleh merekodkan kelajuan maksima sekitar 69 km/j sahaja.

Bodo mendakwa Chronus dikuasakan dengan motor 7.5kw dan menawarkan 10hp dan didakwa mampu pergi sejauh 120 kilometer dengan setiap caj penuh.

Bodo juga telah pun  memecah pasaran Eropah menerusi Cyprus, Bulgaria, Malta dan Greece sekaligus membuktikan mereka sebenarnya agak bijak.

Bagaimanapun, meskipun tampak sebagai kereta murah, Bodo Chronus ditawarkan sekitar EUR12,900 (RM61,000).  Terkejut? Kami pun sama.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) bakal melancarkan Ford Ranger FX4 baharu pada 3 Jun ini.

Pelancaran itu dijadualkan akan diadakan secara strim langsung pada jam 11 pagi menerusi saluran YouTube dan Facebook.

Meskipun menampilkan rekaan luar yang lasak dan garang namun Ranger FX4 dilengkapi pelbagai teknologi pintar terkini antaranya:

  • 4X4 Shift-On-The-Fly
  • EPAS (Electric Power Assisted Steering)
  • DRIL (Daytime Running Light)
  • Limited Slip Differential
  • Hill Descent Control
  • Hill Launch Assist
  • ABS (Anti-Lock Braking System)
  • EBA (Emergency Brake Assist)
  • EBD (Electronic Brake Force Distribution
  • ISOFIX
  • ESC (Electronic Stability Control)
  • Traction Control
  • Rollover Mitigation
  • Trailer Sway Control
  • Adaptive Load Control

Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, menyifatkan pelancaran secara atas talian adalah norma baharu yang harus dipraktikan.

““Dengan norma baharu yang kita amalkan kini, kami turut mempraktikkan cara baharu dalam memberikan keseronokan kepada para pelanggan, lantas menjadi trak pikap pertama di negara ini yang dilancarkan secara langsung dalam talian dan serentak melalui Facebook LIVE dan YouTube,” jelasnya.

Menariknya, SDAC turut menawarkan aksesori bernilai RM5,398 bagi 150 pelanggan pertama yang membuat pembelian.

Aksesori tersebut melibatkan bar sport hitam, cermin gelap eksekutif, dan sistem DVR dengan mod rakaman malam, berdefinisi tinggi termasuk kad memori 8GB.

Orang ramai yang mahu merebut peluang ini boleh menghubungi Jurujual Digital secara WhatsApp di +6019-2041200 dari 9 pagi hingga 4 petang!

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube