Bikesrepublic

Berita Terkini

Teringat lagi bila Metallica digandingkan dengan San Francisco Symphony Orchestra, gabungan tersebut menghasilkan melodi yang cukup gah.

Kini melodi menjadi turut didengarkan 14,220 kilometer dari California, menerusi Kawasaki Indonesia.

Dalam tempoh beberapa bulan ini, Kawasaki Indonesia sering memuat naik beberapa video berkaitan Kawasaki ZX-25R di laman YouTube.

Bagaimanapun, video terbaru paling mencuri tumpuan apabila jentera 250cc 4-silinder tersebut dipasang ekzos Yoshimura.

Video berdurasi 1 minit 53 saat itu memaparkan bunyi yang dihasilkan dan ternyata cukup mengujakan.

Dengarkan bunyi 4-silinder ZX-25R menerusi ekzos Yoshimura di bawah!

https://www.youtube.com/watch?v=hG8mJ9ztepY?autoplay=1

Kawasaki dijangka melancarkan ZX-25R tahun ini.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Bagi meringankan beban orang ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun 50 peratus bagi bayaran saman terpilih.

Tempoh diskaun bayaran saman itu akan bermula 18 hingga 21 Mei.

Bagi memudahkan pembayaran saman selain di kaunter pembayaran saman ibu pejabat polis daerah, orang ramai boleh menyelesaikan saman secara atas talian di MyEg dan Rilek.

Sementara itu, bagi ibu pejabat PDRM di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), perkhidmatan kaunter akan dibuka dari Isnin hingga Rabu dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Manakala kaunter di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan dibuka pada Isnin, Rabu dan Ahad dari 9 pagi hingga 2 petang.

Pada masa sama, orang ramai diingatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.- BH

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Seorang penunggang motosikal telah maut manakala seorang lagi cedera parah apabila dilanggar sebuah Perodua Myvi yang melawan arus di Pulau Pinang.

Kejadian tersebut berlaku dari tol Jambatan Pulau Pinang menghala ke Lebuhraya Utara-Selatan.

Menurut ketua polis daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad, pemandu Myvi tersebut disyaki memandu dengan laju sebelum merempuh dua motosikal tersebut.

Mohamad Hafiz Bakri, 31 tahun maut ditempat kejadian manakala Lim Kar Tian, 34 tahun mengalami kecederaan serius di bahagian kaki.

Shafee turut mengesahkan bahawa pemandu tersebut melarikan diri sebaik mencetuskan perlanggaran dan ketika ini pihaknya sedang memeriksa CCTV di kawasan berkenaan bagi mengenal pasti pelaku.

Pada masa sama, dia menggesa orang ramai yang mempunyai informasi berkaitan kejadian untuk tampil ke balai polis berdekatan.- FMT

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

HJC Helmet Malaysia memperkenalkan Program Trade-In untuk rakyat Malaysia.

Menerusi program ini, orang ramai yang memiliki helmet lama – tak kira jenama – boleh ‘trade-in’ helmet tersebut dan nikmati diskaun RM400 bagi HJC IS-17 bernilai RM1,0009!

Program ini berjalan di semua pengedar rasmi helmet HJC seluruh negara selagi stok masih ada.

Berikut ciri yang terdapat pada HJC IS-17:

  • Advanced Polycarbonate Compact Shell
  • One-Touch Integrated Smoke-Tinted Sunshield
  • Optically-superior Anti-scratch Pinlock face shield
  • Rapid-fire Shield Replacement System
  • CS Advanced Channeling Ventilation System

Sementara itu, program ini turut boleh dinikmati di Modenas Power Store Kota Damansara.

Sementara itu, HJC Helmet Malaysia turut menawarkan diskaun sehingga 30 peratus sempena promosi Aidilfitri.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan kembali beroperasi sepenuhnya termasuk di cawangan Pos Malaysia bermula 18 Mei ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan ketika ini semua kakitangan JPJ sedang membuat persiapan untuk kembali beroperasi.

Kaunter JPJ akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4 petang (hari bekerja) dan dari 8 pagi hingga 1 tengah hari (hujung minggu) selama tujuh hari seminggu bagi memastikan segala urusan yang tertangguh sebelum ini diselesaikan sehingga diberitahu.

Sementara itu, setiap kaunter hanya akan menerima bayaran tunai dari jam 8 pagi hingga 11 pagi sementara selebihnya untuk bayaran secara e-tunai.

Bagaimanapun, Dr Wee mengingatkan orang ramai bahawa pengecualian pembaharuan lesen memandu dan menunggang motosikal masih lagi berkuatkuasa.

Sebelum ini, kaunter JPJ hanya dibuka bagi urusan kenderaan komersil sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – The Star

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Sejak MV Augusta mendedahkan Superveloce Ottocento (800) akan dipasarkan pada tahun 2020, ramai yang mula teruja.

Diklasifikasikan sebagai superbike neo-retro – gabungan superbike dengan elemen retro – motosikal ini didatangkan dengan enjin 798cc tiga silinder yang didakwa mampu menghasilkan 148hp pada 13,000rpm dan 88Nm pada 10,600rpm.

Kini MV Agusta menawarkan dua warna pilihan kepada orang ramai:

  • Ago Red dan Silver
  • Metallic Carbon Black dan Metallic Dark Gray

Kedua-dua pilihan warna ini didatangkan dengan rim berwarna emas matte.

MV Agusta Superveloce 800 ini – yang menawarkan berat sekitar 174 kilogram – turut didatangkan dengan beberapa ciri lain antaranya, fork Marzocchi boleh laras dan penyerap mono Sachs, ABS Bosch 9+, traction control lapan peringkat, dan ECU Eldor EM2.0.

Menariknya, kedua-dua warna ini ditawarkan pada harga sama sekitar EUR19,990 (RM93,635).

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube