Bikesrepublic

Berita Terkini

Selepas dua bulan ditutup susulan pandemik Covid-19, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kini kembali beroperasi.

Bagi menjamin kesejahteraan kakitangan , pelumba, pasukan dan pengunjung, keseluruhan fasiliti telah pun disanitasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, SIC telah menetapkan beberapa langkah yang perlu diambil semua pihak yang hadir ke Litar Sepang.

Pengunjung perlu mendaftarkan diri dan menjalani pemeriksaan suhu badan di kawasan khas sebelum memasuki premis.

Penjarakan sosial 1 meter perlu dipatuhi dengan mengikut tanda yang telah diletakkan sementara penggunaan ‘hand sanitizer’ dan topeng muka disediakan pihak SIC.

Pada masa sama, SIC menegaskan tidak lebih daripada 10 individu (peserta dan kru) dibenarkan dalam satu sesi namun sebarang acara perlumbaan masih belum dibenarkan.

SIC akan beroperasi dari jam 9 pagi hinga 4 petang.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Carlos Sainz Jr bakal menggantikan Sebastian Vettel di Ferrari bagi musim 2021.

Meskipun tiada pengesahan rasmi namun media melaporkan Ferrari kini sedang mengadakan perbincangan bersama pelumba berusia 25 tahun itu.

Daniel Ricciardo yang akan tamat kontrak bersama Renault hujung musim ini dikhabarkan akan menggantikan Sainz di McLaren.

Vettel dan Ferrari telah pun mengumumkan perpisahan mereka hujung musim ini.

Meskipun merekodkan 14 kemenangan bersama Ferrari, pelumba Jerman itu gagal menghadirkan sebarang kejuaraan dunia.

Pada masa sama, wartawan F1, Ralf Bach memberitahu Auto Bild bahawa Vettel letih dengan permainan politik dalaman Ferrari yang melebihkan rakan pasukan, Charles Leclerc.

Senario itu membuatkan kedua-dua pihak menyedari mereka tidak lagi mampu meneruskan hubungan sehingga musim depan.

Sainz Jr membuat penampilan sulung di F1 pada 2015 bersama Max Verstappen di Toro Rosso namun bergelut sementara rakan pasukannya berjaya sertai Red Bull pada musim berikutnya.

Sainz kemudiannya berhijrah ke Renault pada 2017 namun musim 2019 merupakan tahun terbaiknya bersama McLaren apabila menamatkan kejuaraan di kedudukan keenam. – SkySports

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir, HJC Helmet Malaysia menawarkan diskaun sehingga 30 peratus.

HJC RPHA 11 Deadpool

Promosi Hari Raya ini telah pun bermula sejak 1 Mei lalu dan akan berlangsung sehingga 31 Mei.

HJC CS-15

Berikut senarai diskaun bagi model helmet yang ditawarkan:

  • siri RPHA – diskaun 20 peratus
  • siri FG – diskaun 30 peratus
  • siri IS – diskaun 30 peratus
  • siri CS – diskaun 30 peratus
  • lain-lain model – diskaun 30 peratus
HJC C70

Orang ramai yang berminat boleh kunjungi pengedar rasmi HJC seluruh negara untuk menikmati diskaun di atas.

Diskaun sama turut boleh dinikmati di Modenas Power Store Kota Damansara dan menerusi atas talian di https://bikesrepublic.com/store/.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan penggunaan logo baharu Volkswagen di setiap pengedar dan fasiliti seluruh negara.

Pengeluar kereta Jerman itu telah pun memulakan penggunaan logo baharu tersebut sejak tahun lalu dengan lebih 70,000 logo di 10,000 pengedar dalam 171 pasaran dunia telah pun dilaksanakan.

Visual baharu ini menampakkan perbezaan paling ketara berbanding logo sebelumnya yang kini mencerminkan aplikasi digital dan elemen kemanusiaan.

Bukan itu sahaja, logo baharu ini turut menampilkan perubahan terhadap imej, tipografi, warna dan susun atur.

Simbol baharu ini tampil lebih moden dan sederhana dengan elemen rata dan dua dimensi sekaligus sesuai dengan arus digital semasa.

“Kami sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif digital baharu termasuk menjual kereta menerusi platform e-dagang dan melancarkan pusat pameran digital.

“Kami juga mengenal pasti kepentingan memfokuskan terhadap pelanggan jadi perubahan baharu ini melengkapkan lagi transformasi kami.

“Prinsip baharu ini akan mengorak masa depan yang lebih baik dalam menghasilkan pengalaman terbaik untuk pelanggan Volkswagen,” jelas Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.

Difahamkan, lebih 21 pengedar akan menjalani perubahan secara berperingkat dalam tempoh beberapa bulan ini termasuk laman sesawang rasmi Volkswagen Malaysia.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Perkara itu disahkan menerusi paten yang difailkan pengeluar motosikal Jepun itu yang memaparkan sebuah enjin V-Twin.

Paten tersebut menunjukkan sebuah enjin V-Twin bersaiz serdahana (dijangka sekitar 650-750cc) yang diletakkan pada sebuah jentera naked.

Bagaimanapun, paten tersebut hanya mendedahkan enjin yang dibangunkan tanpa sebarang info mengenai sesaran dan kuasa yang bakal dihasilkan.

Namun, seperti paten yang didedahkan, kemungkinan enjin ini akan diguna pakai varian Neo Sports Cafe baharu melainkan Honda bercadang menghidupkan semula model terdahulu antaranya NT650 dan VT500.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

China sememangnya terkenal sebagai negara yang dikaitkan dengan produk tiruan daripada barangan aksesori sehinggalah ke automotif.

Jentera dua roda juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa produk tiruan di negara dengan penduduk lebih 1.3 bilion itu.

Beriktu 10 motosikal yang secara terang-terangan meniru rekaan jenama motosikal lain:

10. Skyteam YCF Urban

Sekali pandang, langsung tak tumpah seperti Honda Grom (MSX125) namun penggunaan bahan murah jelas kelihatan sekaligus menjadikan model ini jauh berbeza daripada Grom.

Harga: Sekitar RM5,000

9. Jiajue R15

Tengok pada nama sudah cukup menjelaskan Jiajue R15 ini mendapat ‘inspirasi’ daripada Yamaha R15 namun rekaan lampu depan pula tampak seiras CBR150R.

Harga: Sekitar RM9,000

8. Jonway JJ250

Model ini merupakan produk tiruan BMW F650CS namun menawarkan enjin 250cc. Penggunaan bahan plastik murah jelas melitupi keseluruhan bahagian motosikal. Nampak ada yang tak kena dari depan hingga belakang. (Hakikatnya, rekaan BMW F650CS sendiri nampak tak sekata.)

Harga: Tak dapat dipastikan

7. Jiajue C8 150

Ini bukan lagi tiruan tetapi boleh dianggap sebagai motosikal klon.

Tekaan yang tepat, Jiajue C8 menawarkan motosikal ‘beginner’ yang lebih mampu milik, lebih perlahan (top speed hanya 90km/j) dan kurang selamat berbanding KTM Duke 200. Slogan mereka, Jiajue ‘Ready To Jog’.

Harga: Sekitar RM6,000

6. Kengo R350

Segala aspek rekaan motosikal ini melaung nama Kawasaki Ninja 250. Menariknya, ‘redline’ RPM diletakkan pada 15,000rpm tetapi hanya mampu melakukan 8,500rpm.

Lagi tak masuk akal, adalah harga yang ditawarkan.

Harga: Sekitar RM22,000

5. Kengo X350

Model ini pula merupakan Kengo R350 versi naked – atau Kawasaki Z250. Rekaan tampak sama tapi prestasi jauh berbeza.

Maklumat dan spesifikasi model ini juga sukar dijumpai.

Harga: Tak dapat dipastikan

4. Jiajue 400

Bukan hanya rekaan malah pilihan warna juga merupakan klon daripada Kawasaki Z1000 tetapi menghasilkan 116hp lebih rendah (Z1000 menawarkan 136hp, Jiajue 400 hanya 20hp).

Harga: Sekitar RM9,000

3. Winjan WJ300

Adik tiri Ducati Streefighter lain ibu lain ayah lain kilang dan lain negara.

Harga: Sekitar RM10,000

2. Lifan Hunter 125

Pilihan murah bagi yang meminati rekaan Ducati Scrambler Icon 800. Lifan Hunter didatangkan dengan enjin 125cc.

Harga: Sekitar RM7,200

1. WONJAN WJ300GS

Jika Winjan WJ300 merupakan klon Streetfighter, WJ300GS ini pula model tiruan bagi Ducati 1098.

Wonjan menyifatkan model ini sebagai karya agung dan mampu mencatat kelajuan maksima sekitar 115km/j.

Harga: Sekitar RM11,500

Apa pendapat anda mengenai model buatan China di atas? Kongsikan pendapat diruangan komen.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube