Bikesrepublic

Berita Terkini

Pada Ogos tahun lalu, KTM telah menjual hak rekaan dan penghasilan enjin LC8 kepada CFMoto.

CFMoto dan KTM memiliki hubungan kerjasama yang sudah pun terjalin beberapa tahun dengan 390 Duke merupakan anak pertama dihasilkan.

Kerjasama tersebut tidak berhenti setakat itu, enjin 799cc yang terdapat pada Duke 790 turut lahir daripada kilang CFMoto di Hangzhou.

Sementara itu, enjin LC8 yang kini dibangunkan CFMoto membawa kepada penghasilan enjin 1279cc V-Twin yang didakwa menjana sekitar 140hp pada 8,500rpm dan 120Nm pada 7,000rpm!

Dikenali sebagai CF1250J, jentera tersebut kini dipasarkan khas untuk anggota polis di China.

Bagaimanapun, Bennetts melaporkan, CFMoto bakal memperkenalkan CF1250G, model yang akan dijual kepada orang awam.

Difahamkan, rekaan keseluruhan CF1250 ini tela direka oleh Kiska, syarikat rekaan yang juga mempunyai jalinan kerjasama dengan KTM.

Antara ciri menarik yang terdapat pada CF1250J adalah:

  • fork depan USD
  • paparan TFT 12.3 inci
  • lampu LED
  • penghadang angin boleh laras

Seandainya penghasilan CF1250G – untuk orang awam – direalisasikan pastinya model ini akan memberi saingan sengit terhadap jenama Jepun dan Eropah lain sedia ada. – Bennetts

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Yamaha TMAX 2020

Perseteruan Yamaha dan Honda antara yang terbesar dalam sejarah motosikal dunia jadi tidak hairanlah kedua-duanya sering bertarung untuk menampilkan jentera lain dari yang lain.

Menerusi laporan Motociclismo, Yamaha mendedahkan pihaknya tidak akan mengikut jejak seterunya dalam menghasilkan skuter jenis ADV – sepertimana yang ditawarkan Honda menerusi X-ADV 750 dan ADV 150 – meskipun terdapat permintaan tinggi dikalangan peminat dua roda.

Motosikal kacukan dua elemen berbeza seperti Honda X-ADV 750 – yang menggabungkan ciri skuter dan adventure – adalah bukti orang ramai mahukan jentera sebegini.

Honda X-ADV 750

Honda membuktikannya seawal era 70an menerusi siri model CT yang didatangkan dengan ciri tahan lasak dan tayar knobby yang membolehkan pengguna menunggang di atas permukaan tak rata.

Pemahaman itu membawa kepada lahirnya X-ADV 750, ADV 150 dan terbaru CT125 Hunter Cub yang dilancarkan dalam masa terdekat.

Meskipun mengakui X-ADV adalah idea yang baik tetapi Pengarah Pemasaran Yamaha Motor Europe, Paolo Pavesio mendedahkan mereka tidak bercadang untuk menghasilkan skuter seperti itu.

“Bukan dalam DNA kami untuk menghasilkan motosikal sepertimana yang dilakukan orang lain tetapi jelas terdapat permintaan dalam menggabungkan dua ciri dalam satu jentera.

“Ketika ini masih tiada keputusan dilakukan tetapi sekiranya ada sebarang perubahan, pastinya tidak akan berlaku dalam tempoh dua tahun ini,” jelasnya. – Motociclismo

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Pengguna Facebook, Shafie Wazir, memuat naik video yang memaparkan rakaman seorang penunggang motosikal yang menunggang Yamaha R1 bersama rakannya mencuri helmet miliknya.

Rakaman litar tertutup berdurasi 43 saat itu jelas memaparkan pelaku yang memakai helmet Airoh bersama rakannya – disyaki wanita – sedang giat cuba mencuri helmet terbabit.

Kami di MotoMalaya berjaya menghubungi mangsa dan dia menjelaskan insiden tersebut berlaku siang tadi di Setapak Central Mall, Kuala Lumpur.

Helmet yang dilarikan itu adalah model KYT Leopard yang dianggarkan bernilai sekitar RM400.

Berdasarkan gambar yang dikongsi tempat duduk belakang turut dikopak bagi membolehkan helmet tersebut dilarikan.

Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku dalam video tersebut.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Scorpio Electric merancang untuk memperkenalkan motosikal sulung syarikat itu pertengahan tahun ini untuk pasaran Asia Tenggara.

Meskipun dunia ketika ini dilanda pandemik Covid-19 termasuk Singapura yang kini merekodkan lebih 23,822 kes positif dengan 20 kematian, situasi itu tidak mengekang hasrat Scorpio Electric.

Sebaliknya, ketua operasi, Muhammad Taureza menganggap senario semasa hanya memberi impak kecil terhadap syarikat itu.

Menurutnya, mereka kini masih meneruskan perancangan untuk melancarkan motosikal elektrik pintar tahun ini.

Scorpio Electric merupakan anak syarikat EuroSports Technologies yang didukung oleh EuroSports Global.

Menurut laporan, Scorpio Electric menawarkan fasiliti seluas 12,000 meter persegi yang menempatkan kilang dan gudang.

Menariknya, fasiliti itu dijangka mampu menghasilkan lebih 8,000 unit mtoosikal elektrik setahun.

Difahamkan, motosikal elektrik pintar ini mengguna pakai teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dan analisis data yang bertindak membuat tetapan tunggangan mengikut senario semasa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Tham Kwang Sheun menyifatkan motosikal elektrik sebagai masa depan baharu dalam usaha mengurangkan kadar emisi di Asia Tenggara. – Channel News Asia

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

MODENAS kini menawarkan rebat RM1,000 bagi setiap pembelian Modenas Dominar D400.

Rebat ini merupakan salah satu inisiatif kempen Dominasi Impianmu dalam usaha melunaskan impian peminat motosikal di Malaysia dalam memiliki jentera idaman.

Bermula dari 2 Mei hingga 31 Ogos 2020, Modenas menawarkan rebat tunai RM1,000 bagi pembeli Modenas Dominar D400.

Ini sekaligus menjadikan Dominar D400 motosikal touring 400cc paling mampu milik dalam pasaran.

Modenas Dominar D400 didatangkan dengan enjin satu silinder dengan penyejukan cecair yang menjana 34.5hp pada 8,000rpm dan 35Nm pada 6,500rpm.

Dominar D400 didatangkan dengan waranti dua tahun atau 20,000km (mana yang sampai dulu).

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Baru-baru ini, Datuk Razlan Razali mengesahkan pasukannya, Petronas Sepang Racing Team (SRT) sedia menerima cadangan penyertaan Valentino Rossi bagi musim 2021.

Kini, timbul laporan media mendakwa Rossi hampir pasti berhijrah ke Petronas SRT musim depan.

Juara dunia sembilan kali itu (tujuh kali di kelas premier) kehilangan tempatnya bersama Factory Yamaha selepas pasukan itu memikat Fabio Quartararo dari Petronas SRT.

Sekiranya, Petronas SRT berjaya memeterai perjanjian bersama Rossi, pelumba berusia 41 tahun itu akan digandingkan bersama Franco Morbidelli.

Morbidelli menamatkan musim 2019 di kedudukan ke-10 keseluruhan sementara Quartararo lebih cemerlang di kedudukan kelima selepas merekodkan enam petak pertama dan tujuh podium meskipun baru dalam musim sulung di kelas premier.

Musim ini, Quartararo diberi peluang berlumba dengan jentera spesifikasi factory sebagai persediaan untuk musim depan.

Difahamkan, perjanjian di antara Rossi dan Petronas SRT akan diumumkan dalam masa terdekat.- GP One

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube