Bikesrepublic

Berita Terkini

MotoGP merancang untuk mengadakan dua perlumbaan berturut-turut di Litar Jerez dalam percubaan untuk menyelamatkan musim 2020.

Difahamkan, Dorna merancang dua perlumbaan tersebut berlangsung pada 17-19 Julai dan 24-26 Julai.

Perancangan bangkit selepas sesi perbincangan video di antara Ketua Pegawai Eksekutif Dorna, Carmelo Ezpeleta bersama wakil kerajaan Andalusia dan datuk bandar Jerez.

Bagaimanapun, perancangan tersebut bergantung kepada sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan kerajaan Sepanyol ketika ini.

Sementara itu, kedua-dua perlumbaan tersebut dijangka akan dilaksanakan secara tertutup tanpa sebarang penonton kecuali kakitangan perlu sahaja.

Terbaru, GP Jerman, Belanda dan Finland telah pun dibatalkan termasuk aksi pembukaan GP Qatar sementara GP Perancis, Catalunya dan Itali telah ditunda ke tarikh lain.

Dorna dijangka akan melakukan perubahan jadual bergantung kepada situasi semasa pandemik Covid-19 dalam usaha menghidupkan semula musim 2020.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Piaggio Group Amerika telah memanggil semula dua unit Aprilia, RSV4 dan Tuono susulan masalah pad brek Brembo.

National Highway Transportation Safety Administration (NHTSA) memanggil semula lebih 3,287 unit – melibatkan RSV4 dan Tuono – yang dijual di Amerika Syarikat.

 

Model yang terlibat adalah:

  • Aprilia Tuono 1100 RR dan RF (2017-2020)
  • Aprilia RSV4 1000 RF (2017-2020)
  • Aprilia RSV4 1000 RR (2017-2020)

Berdasarkan laporan sebelum ini, Brembo telah mengumumkan terdapat masalah membabitkan pad brek yang mudah terhakis sekaligus memberi kesan terhadap sistem membrek motosikal.

Antara yang terkesan adalah Ducati 1299 Superleggera dan beberapa model Triumph.

Dijangkakan beberapa model lain yang mengguna pakai Brembo turut akan dipanggil semula dalam tempoh terdekat.- NHTSA

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Pengeluar motosikal Korea, Hyosung bakal melancarkan GV 300 S Bobber sebuah motosikal berkonsepkan bobber untuk pasaran Eropah.

Menawarkan ketinggian tempat duduk hanya 710mm, rekaan keseluruhan bobber ini tampak praktikal untuk kegunaan harian.

Hyosung GV 300 S Bobber dikuasakan dengan enjin 300cc V-Twin yang menghasilkan 30hp pada 8,500rpm dan tork sekitar 25.6Nm pada 6,000rpm.

Model ini ditawarkan pada harga sekitar EUR4,990 (RM23,390).

Hyosung sememangnya terkenal dengan penggunaan enjin bersesaran kecil tetapi V-Twin sekaligus menghasilkan bunyi yang sedap didengar.

Pasaran Malaysia mendapat motosikal Hyosung menerusi penjenamaan semula oleh Naza Bikes.- Bike Wale

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Pegawai polis Utah Higway Patrol mendakwa telah menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang sedang memandu kereta.

Menurut info yang dikongsikan di Twitter Utah Highway Patrol, kanak-kanak tersebut meninggalkan rumah selepas bertekak dengan emaknya.

Perselisihan itu berlaku ekoran kanak-kanak tersebut kecewa si emak enggan melunaskan permintaannya untuk membeli sebuah Lamborghini.

Dia kemudiannya bertindak memandu kereta milik ibunya untuk ke California dengan tujuan untuk membeli kereta jenama Itali itu.

Bagaimanapun, pihak polis mendapati kanak-kanak itu hanya memiliki USD3 (RM12.97) di dalam koceknya.(bagi seorang kanak-kanak berusia 5 tahun, USD3 sudah dianggap sebagai satu jumlah yang besar)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Syarikat pengeluar helmet terkenal dunia, Arai, telah memperkenalkan kit aerodinamik bagi helmet RX-7X.

Arai sememangnya jenama yang terkenal dengan ciri keselamatan terbaik terutamanya dengan penggunaan bahan seperti Fiber Reinforced Plastic (FRP) dan sistem visor luaran yang kukuh.

Bagi memastikan kualiti terjamin, setiap helmet Arai adalah buatan tangan.

Bagaimanapun, syarikat berpangkalan di Saitama, Jepun itu kini turut memberi fokus kepada penghasilan helmet sedia berlumba menerusi kit aerodinamik bagi RX-7X.

Kit tersebut berfungsi dengan melancarkan laluan udara daripada bahagian belakang helmet kepada bahagian ‘aero hump’ di bahagian belakang pelumba.

Rekaan baharu ini lebih efisien berbanding prototaip yang dihasilkan sebelum ini oleh pelumba yang mengenakan helmet Arai.

Arai turut mendakwa kit tersebut akan memberi kesan lebih menonjol ketika dalam kelajuan tinggi.

Kit aerodinamik itu didatangkan dengan enam warna pilihan; putih, hitam, putih kaca, hitam kaca, hitam flat dan light smoke.

Ketika ini, kit tersebut hanya boleh didapati di Jepun dengan harga di antara JPY4,400 (RM179) hingga JPY5500 (RM223).

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

MODENAS telah menambah hari operasi pusat servis terpilih daripada dua kepada empat hari ini seminggu selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan kerajaan minggu lalu.

Bagaimanapun, operasi pusat servis MODENAS akan tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Pusat servis MODENAS yang terpilih beroperasi adalah:

  • Pusat Servis MODENAS Subang, Selangor
  • Pusat Servis MODENAS Ipoh, Perak
  • Pusat Servis MODENAS Gurun, Kedah
  • Pusat Servis MODENAS Kuantan, Pahang
  • Pusat Servis MODENAS Johor Bahru, Johor

Waktu operasi adalah Isnin hingga Khamis dari 10 pagi hingga 3 petang.

Sementara itu, MODENAS Power Store Kota Damansara telah pun beroperasi sepanjang PKP pada kadar minima dan menawarkan khidmat servis seperti biasa kepada pemilik Modenas Pulsar NS/RS200, NS160, Dominar D400 dan V15.

Orang ramai hanya perlu menghubungi +60128003470 untuk membuat janji temu.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube