Bikesrepublic

Berita Terkini

Baru-baru ini, lebih 97 unit Ducati 1299 Superleggera telah dipanggil semula susulan masalah pad brek mudah terhakis dan kini isu itu turut membabitkan lebih 3,691 unit Triumph.

Triumph muncul jenama kedua yang dipanggil National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) di Amerika Syarikat atas isu sama selepas Ducati 1299 Superleggera.

Isu ini membabitkan pad brek mudah terhakis lalu memberi kesan terhadap daya membrek motosikal.

Bagi yang mahu memahami lebih lanjut sila KLIK SINI.

Model Triumph yang terkesan adalah seperti berikut:

  • Street Triple RS (2018-2020)
  • Tiger 1200 XCx (2018-2020)
  • Tiger 1200 XCA (2018-2020)
  • Speed Triple S (2019-2020)
  • Speed Triple RS (2019-2020)
  • Tiger 1200 XRT (2018-2019)
  • Tiger 1200 XR (2018-2019)
  • Tiger 1200 XRx (2018-2019)
  • Tiger 1299 XRx LRH (2018-2019)
  • Tiger 1200 Alpine/Desert Edition (2020)

Pertukaran pad brek depan akan dilaksanakan secara percuma bagi setiap pemilik jentera yang terkesan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Bagi meringankan beban kewangan terhadap orang ramai yang telah lama mengidam untuk memiliki sebuah Ford Ranger WildTrak, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menawarkan rebat tunai RM7,000!

Rebat tunai itu menanti semua pemilik baharu Ford Ranger WildTrak!

Inisiatif SDAC selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia hadir selepas mengambil kira keadaan semasa di samping bebanan kewangan yang dihadapi bakal pemilik baharu.

Sementara itu, bagi memudahkan orang ramai untuk membuat pembelian sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), SDAC-Ford turut memperkenalkan Jurujual Digital yang boleh dihubungi menerusi WhatsApp di +60192041200 bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, Isnin-Jumaat.

Menerusi aplikasi ini, pelanggan yang berminat boleh membuat pertanyaan dan pembelian model Ford Ranger WildTrak tanpa perlu keluar rumah!

Ford Ranger WildTrak dengan enjin 2.0-liter Bi-Turbo mampu menjana 210hp pada 3,750rpm dan 500Nm tork maksimum serendah 1,750rpm.

 

Dari aspek kuasa, Ford Ranger WildTrak menggunakan pakej enjin yang sama dengan Ford Ranger Raptor yang mempunyai 52hp dan 115Nm tork lebih dari model Ford Ranger XL 2.2-liter.

Ciri menarik yang terdapat pada Ford Ranger generasi baharu (selain dari enjin berkuasa tinggi) adalah sistem transmisi 10-kelajuan automatik dengan ‘Selectshift’.

Ini merupakan sistem pertama dalam kategori kenderaan trak pikap dan menurut Ford Malaysia, ia merupakan satu revolusi dalam prestasi dari segi penghantaran kuasa, tork dan juga memberi pertukaran gear yang lebih pantas dan tepat.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi rebat tunai RM7,000 bagi Ford Ranger WildTrak, layari https://www.sdacford.com.my/bm/terkini/promosi/raya-promosi.

Pusat jualan dan servis Toyota dan Lexus yang terletak dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kembali beroperasi hari ini.
 
Pengumuman itu dibuat UMW Toyota Motor (UMWT) yang membuka semula operasi dan premis tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) mengikut negeri masing-masing.
 
Semua cawangan akan beroperasi mengikut garis panduan yang wajib dipatuhi antaranya penjarakan sosial, sanitasi kerap serta bayaran tanpa tunai (cashless) bagi mengurangkan interaksi antara kakitangan dan pelanggan.
 
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K menegaskan pihaknya akan menggariskan SOP ketat di semua cawangan.
 
“Kami akan mengikut panduan serta SOP yang gariskan dengan ketat di semua cawangan-cawangan rasmi yang mula beroperasi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan dan juga pekerja.
 
“Diharapkan para pelanggan dapat memahami semua keperluan yang diambil ini bagi menjamin kepentingan dan keselamatan umum,”jelasnya.
 
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi 1800-8-TOYOTA (869682) atau 1-800-88-LEXUS (54987).

Susulan pengumuman baharu kerajaan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), promoter Cub Prix, Safe Aim Mutual (SAM) yakin sukan itu dapat dianjurkan tahun ini.

Ini kerana, menurut pengumuman kerajaan sebarang aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan (body contact) atau pengunjung yang ramai adalah dibenarkan.

Perkara itu sekaligus membuatkan Pengarah Urusan SAM, Ron Hogg yakin Cub Prix dapat dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Sukan permotoran memakan belanja besar jadi keputusan untuk membatalkan penganjuran akan membawa impak negatif.

“Tetapi menerusi pengumuman baharu ini sedikit sebanyak akan kembalikan keyakinan para penaja,” jelasnya.

Penganjuran Cub Prix sepatutnya telah pun membuka tirai 14 Mac lalu namun ditunda susulan pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, Ron yakin pihaknya dapat mematuhi SOP baharu ini dalam meneruskan sukan itu.

“Keselamatan adalah faktor utama, kami mungkin akan mengurangkan jumlah kakitangan di paddock di samping mematuhi penjarakan sosial,” tambah Ron. – The Star

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Gambar di atas merujuk kepada sebuah motosikal jenama dari China, Haojue DR300 yang dijual di pasaran Asia terutamanya Asia Tenggara.

Haojue DR300 merupakan produk hasil kerjasama Suzuki bersama rakan teknikal dari China, Changzhou Haojue Suzuki Motorcycle Co.

Difahamkan, model tersebut akan dijenamakan semula sebagai Suzuki GSX-S300 untuk pasaran dunia.

Suzuki GSX-S300 ini memiliki enjin 298cc silinder berkembar dengan penyejukan cecair yang menjana 29hp pada 8,500rpm dan 27.8Nm pada 6,500rpm yang disalurkan menerusi tranmisi enam kelajuan.

Jentera ini menawarkan beberapa ciri menarik antaranya fork USD, lampu depan dan belakang LED serta paparan digital.

Jika spesifikasi keseluruhan yang terdapat pada DR300 dikekalkan, GSX-S300 ini akan dilengkapi dengan penyerap-mono boleh laras (preload).

Model ini turut didatangkan dengan ABS dwi-saluran Bosch.

Ketika ini tiada maklumat rasmi mengenai tarikh pelancaran model ini namun pastinya akan merancakkan lagi segmen motosikal 250 hingga 300cc.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa hari ini, PROTON akan kembali memulakan operasi bermula esok (5 Mei 2020).

Operasi tersebut melibatkan pusat jualan dan servis yang akan bermula secara berperingkat dan hanya tertakluk kepada pusat yang terletak di zon kuning dan hijau sahaja.

Kilang pengeluaran di Tanjung Malim dan Shah Alam dan Pusat Kecemerlangan (COE) turut akan kembali beroperasi.

Menurut kenyataan dikeluarkan, setiap pusat yang beroperasi akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha membendung Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong menegaskan keselamatan pelanggan dan kakitangan sentiasa menjadi keutamaan.

“PROTON akan kembali memulakan semua aktiviti perniagaan secara berperingkat.

“Namun, kami tetap akanmengutamakan keselamatan pelanggan dan kakitangan kami dan selari dengan seruan Perdana Menteri untuk menyesuaikan keadaan dengan norma baharu, kami akan memperkenalkan satu protokol khas di semua kawasan,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, layari proton.com atau hubungi khidmat pelanggan di 1-800-88-8398.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube