Bikesrepublic

Berita Terkini

National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) di Amerika Syarikat telah memanggil semula 97 unit Ducati 1299 Superleggera susulan masalah brek.

Difahamkan, masalah tersebut melibatkan pad brek mudah terhakis lantas memberi kesan terhadap daya membrek jentera.

Hakisan tersebut boleh menyebabkan bahan geseran dalam pad brek tercabut daripada plat belakang pad brek terbabit.

Berdasarkan pengumuman panggil semula yang dikemukakan Brembo – pembekal sistem brek Ducati – punca utama masalah pad brek adalah seperti berikut:

  • penumpuan Nikel yang tinggi dalam kompaun menganggu proses sinter di bahagian plat belakang lantas menjejaskan tahap efisien membrek.
  • rongga yang luas dalam kompaun memudahkan kemasukan air dan garam lantas menyebabkan pad brek lebih mudah terhakis daripada tahap maksimum.

Senario ini boleh menyebabkan pad brek tercabut daripada plat belakang ketika motosikal sedang ditunggang.

Meskipun panggilan semula ini dibuat oleh Brembo, Ducati akan memaklumkan kesemua pemilik 97 unit 1299 Superleggera bagi menggantikan keseluruhan sistem brek secara percuma bermula Jun 2020.

Suzuki akan terus mempertaruhkan Alex Rins dan Joan Mir selepas kedua-duanya menandatangani kontrak lanjutan sehingga 2022.

Mir mengesahkan tempatnya bersama Suzuki selepas Rins turut membuat keputusan sama minggu lalu.

“Saya mengumumkan bahawa akan kekal bersama Suzuki bagi musim 2021 dan 2022.

“Kami telah mempamerkan kemajuan setiap kali ujian jadi saya yakin kami berpotensi besar.

“Sasaran saya adalah untuk menjadi antara pelumba terbaik MotoGP bersama Suzuki, kerana itulah saya memilih untuk kekal,” jelas Mir dalam satu kenyataan.

Mir muncul pelumba keenam untuk mengesahakn tempat di grid bagi musim depan dan hanya pasukan kedua yang telah melengkapkan barisan pelumba selepas pasukan factory Yamaha.

Sementara itu, pengurus pasukan, Davide Brivio meluahkan rasa gembira dengan persetujuan dicapai bersama Mir.

“Saya mahu berterima kasih kepada Mir kerana memberi kepercayaan kami dan seluruh Suzuki Motor Corporation yang sering menyokong kami.

“Kejayaan mengekalkan kedua-dua pelumba memberi harapan besar kepada kami,” katanya.

Sementara itu, MotoGP musim 2020 masih lagi terkandas susulan pandemik Covid-19 dengan terbaru, tiga pusingan telah pun dibatalkan melibatkan GP Jerman, Belanda dan Finland.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Gambar hiasan

Seorang penghantar makanan telah dirompak dua lelaki yang kononnya mengalami kerosakan motosikal di tepi jalan dalam satu insiden di Lahad Datu, Sabah.

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Assistant Commissioner Nasri Mansor.

Menurutnya, mangsa yang berusia 20 tahun sedang dalam perjalanan untuk menghantar minuman kepada pelanggan di Kampung Tabanak.

Mangsa kemudian terserempak dengan dua lelaki yang dilihat mengalami kerosakan motosikal lalu menghulur bantuan dengan menolak sehingga ke roundabout berhampiran.

Kemudian, salah seorang suspek minta untuk pinjam telefon mangsa untuk membuat panggilan sebelum rakan suspek menarik bag mangsa lalu melarikan diri.

Penghantar makanan berusia 20 tahun itu turut mengalami kecederaan di kaki susulan kejadian itu.

Sementara itu, orang ramai diminta untuk berjaga-jaga dengan pelbagai taktik yang digunakan individu tidak bertanggunjawab untuk melakukan jenayah.- NST

Aprilia RS250 sememangnya cukup ikonik apatah lagi pernah ditunggang Valentino Rossi.

Jentera ini turut mencetuskan fenomena bukan sahaja di litar malah di atas jalan raya dengan banyak model replika dihasilkan.

Jentera 250cc dua lejang semakin menyepi dengan kehadiran enjin empat lejang yang lebih mesra alam namun segmen itu kini semakin mendapat tempat menerusi Honda CBR250RR dan akan datang, Kawasaki ZX-25R.

Aprilia bakal merancakkan lagi segmen 250cc menerusi RS250 SP, jentera yang dibina khas untuk litar lumba itu ditawarkan dengan harga EUR9,700 (RM46,248)!

Dibina hasil kerjasama dengan pakar motosikal mini, Ovale, projek ini merupakan inisiatif Aprilia untuk membantu melahirkan lebih ramai pelumba muda di Itali yang ketika ini ketinggalan di belakang Sepanyol.

Aprilia RS250 SP ini memiliki berat hanya 105 kilogram dan menawarkan 28hp.

Antara ciri menarik lain:

  • penyerap hentakan Ohlins
  • brek Brembo
  • rim ringan Marchesini

Menurut info, jentera ini telah direka khas untuk penunggang seawal 11 tahun!

Ketika ini tiada maklumat sama ada Aprilia bercadang untuk menghasilkan versi jalan raya.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

Beberapa gambar yang memaparkan sebuah kereta elektrik Mini EV X2 berlegar di laman sosial Facebook menarik perhatian netizen.

Hal ini kerana, kereta elektrik tersebut dikhabarkan akan dijual dengan hanya RM13,800 (harga promosi berbanding RM18,800) sahaja menurut risalah yang dikongsikan.

Bukan itu sahaja, rekaan keseluruhan yang kompak dan comel di samping menawarkan motor elektrik pastinya mengujakan rakyat Malaysia yang mengharapkan kenderaan empat roda dengan harga mampu milik.

Sebuah laman sesawang khas miniev.online dan akaun Facebook turut diwujudkan bagi rakyat Malaysia yang memaparkan maklumat dan risalah lebih terperinci mengenai model elektrik ini.

Menurut info yang dikongsikan, Mini EV X2 mampu bergerak sejauh 120km dengan setiap – 8 jam – cas penuh dan menawarkan kelajuan maksima di antara 50 hingga 80 km/j.

Ciri menarik lain yang ditawarkan:

  • paparan meter digital
  • skrin sesentuh 9 inci
  • lampu LED
  • kamera undur
  • cakera brek depan dan belakang
  • ruang tempat letak barang 850L *tak dapat dipastikan kebenaran sebab macam tak masuk akal*

Sekiranya ada yang berminat, disarankan untuk bersabar kerana berdasarkan info dikongsikan Abang Gan dari Pandulaju, semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati tiada sebarang permohonan diterima mengenai kenderaan terbabit.

Mini EV X2 ini juga belum mendapat kelulusan VAT untuk berada di atas jalan raya.

Oleh itu, orang ramai diminta untuk tidak  melakukan sebarang tempahan atau permohonan terlebih dahulu terhadap sebarang kenderaan yang masih belum menerima kelulusan VAT daripada pihak JPJ.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

 

 

 

Umum mengetahui, Aprilia telah memperkenalkan Tuono 660 bersama RS660 ketika di EICMA, November tahun lalu.

Namun begitu, tidak banyak maklumat mengenai Tuono 660 didedahkan berbanding RS660 yang kini disahkan akan memasuki pasaran dunia tahun ini termasuk Malaysia.

Kini timbul laporan bahawa Tuono 660 – yang menggunakan platform sama seperti RS600 – menghasilkan kuasa sekitar 95hp berbanding 100hp ditawarkan RS660.

Tuono 660 masih lagi mengekalkan identiti sama dengan memastikan chassis dan keseluruhan ergonomik sama seperti sebuah sports bike.

Bahagian fairing turut menampakkan rekaan sama yang terdapat pada RS660 dan RSV4.

Dijangka Tuono 660 turut akan dilengkapi sistem elektronik yang sama terdapat pada RS660 sekaligus menjadikan model ini motosikal middle-weight yang paling maju dalam segmennya.

Antara sistem elektronik ditawarkan:

  • Traction control
  • Cornering ABS
  • Engine braking control
  • Kaliper brek Brembo
  • Lampu depan LED
  • Quickshifter
  • Cruise control

Mengikut jangkaan, Aprilia akan memperkenalkan Tuono 660 sekitar awal 2021.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube