Bikesrepublic

Berita Terkini

Meskipun pasaran motosikal dunia terkesan susulan pandemik Covid-19 namun penurunan tersebut berjalan secara perlahan terutamanya bagi pengeluar motosikal Jepun, Honda.

Sebelum ini, India muncul sebagai pasaran terbesar Honda namun dipintas Indonesia bagi tahun 2020.

Berdasarkan Tahun Kewangan (FY) 2020, Indonesia merekodkan penjualan 4.85 juta unit memintas India dengan 4.7 juta unit.

Meskipun kedua-dua angka tersebut merupakan penurunan daripada FY2019 namun penjualan Honda di Indonesia tetap melebihi pasaran India sekitar 150,000 unit.

Antara faktor penurunan penjualan di India melibatkan pengenalan kepada piawaian emisi BS-6 yang telah memberi kesan kepada kenaikan harga dan kos insurans di samping pandemik Covid-19 yang memberi impak terhadap kuasa pembeli.

Bagaimanapun, Honda Motorcycle & Scooter India (HMSI), YS Guleria kekal optimis dengan penjualan jenama itu di India dengan lebih 10,000 unit telah pun terjual seminggu selepas sekatan dibuka. – Money Control

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Kalau dakwaan timbul daripada pihak lain mungkin kami sendiri akan menganggap laporan itu sebagai bicara kosong tetapi jika sumber itu datangnya dari Young Machine, lain pula ceritanya.

Majalah dua roda dari Jepun itu melaporkan Kawasaki bakal memperkenalkan Vulcan dengan enjin H2 supercas (supercharge) 1000cc!

Imej render yang dikongsikan memberi bayangan rupa Vulcan dengan enjin supercas tersebut termasuk corong udara ikonik yang terdapat pada jenter supercas Kawasaki lain seperti H2 dan H2SX.

Sementara aspek lain mengekalkan elemen cruiser yang terdapat pada model Vulcan sebelumnya.

Bagaimanapun, sekiranya dakwaan Young Machine betul (mereka jarang membuat dakwaan yang salah), Vulcan dengan enjin supercas bakal muncul sebagai motosikal cruiser paling berkuasa – tatkala enjin H2 tersebut berupaya menghasilkan lebih 200hp.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Sumber: JackMiller43

Ducati Corse mengumumkan Jack Miller sebagai pelumba pasukan MotoGP Ducati bagi musim 2021.

Ducati dan Miller telah pun mencapai persetujuan tersebut dengan opsyen untuk melanjutkan kontrak sehingga 2022.

Miller meluahkan rasa bangga atas peluang yang diberikan.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Paolo Campinoti, Francesco Guidottti dan seluruh pasukan Pramac Racing atas sokongan yang diberikan kepada saya dalam tempoh dua tahun setengah ini.

“Adalah satu kebanggaan dapat meneruskan karier dalam MotoGP bersama Borgo Panigale jadi saya ingin ucap terima kasih kepada Claudio, Gigi, Paolo and Davide kerana memberi kepercayaan kepada saya.

“Saya tidak sabar untuk memulakan perlumbaan tahun ini dan kemudian meneruskan komitmen baharu sebagai rider Ducati pada 2021,” jelasnya.

Miller membuat penampilan sulung di MotoGP pada 2015 di usia 20 tahun sebelum sertai Pramac Racing (pasukan satelit Ducati) tiga tahun kemudian.

Dia menamatkan musim 2019 di kedudukan kelapan keseluruhan setelah merekodkan lima podium pada tahun sama.

Benelli 600RR merupakan percubaan sulung syarikat Itali/China itu dalam segmen sports bike kelas menengah (middle-weight).

Model tersebut dijangka akan memberi saingan terhadap segmen 650cc lain antaranya Kawasaki Ninja 650 dan CBR650R.

Mengguna pakai enjin 4-silinder yang terdapat pada Benelli 600i, model ini dijangka menawarkan 84hp dan 54Nm.

Pada masa sama, model ini turut dijangka didatangkan dengan fork USD, brek Brembo dan paparan TFT.

Sementara itu, 600RR ini turut didatangkan dengan identiti Benelli apabila menawarkan berat sekitar 215 kilogram – Ninja 650 (186kg), CBR650R (207kg).

Ketika ini masih tiada pengumuman rasmi mengenai tarikh pelancaran model ini untuk pasaran dunia namun kami jangkakan Benelli akan perkenalkan jentera ini dalam masa terdekat. – VisorDown

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Kecoh di media sosial semalam apabila laman Facebook, Info Roadblock JPJ/Polis memuat naik rakaman kekecohan yang berlaku di Bazar Ramadan, Bukit Sentosa.

Dalam rakaman tersebut jelas memaparkan sebuah trak pikap memandu dalam keadaan tak terkawal dan cuba merempuh orang awam yang berada di sekitar bazar tersebut.

Tindakan pemandu kereta jenis Toyota Hilux itu meletakkan semua yang berada di tapak tersebut berada dalam keadaan bahaya.

Difahamkan, motif kejadian masih belum dikenal pasti namun pelaku tersebut telah pun ditahan di Balai Polis Bukit Sentosa untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, diharapkan si pelaku dikenakan tindakan setimpal atas tindakannya membahayakn memandu secara melulu dan membahayakan nyawa orang lain.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Jentera superbike terulung BMW Motorrad, BMW S 1000 RR serba baharu akhirnya mendarat di Malaysia.

Mengekalkan rekaan ikonik seperti yang ditawarkan varian pakej M Sport tahun lalu, BMW S 1000 RR ini menawarkan inovasi enjin terbaru termasuk penggunaan Flex Frame.

Model baharu ini dikusakan dengan enjin 4-silinder sebaris dengan sesaran 999cc yang menghasilkan 207hp pada 13,500rpm dan mampu mencapai kelajuan maksima lebih 200km/j.

BMW S 1000 RR terbaru ini turut menawarkan tork yang lebih tinggi (113Nm pada 11,000rpm).

Menariknya, model ini turut dilengkapi teknologi baharu BMW Motorrad, BWM ShiftCam Technology yang memastikan kelancaran saluran kuasa enjin ketika berada dalam RPM rendah atau tinggi.

Sementara itu, lampu depan dan belakang dilengkapi teknologi LED dengan lampu belakang menawarkan elemen kompak (nyalaan lampu brek dan isyarat bersama).

Antara ciri lain yang ditawarkan:

  • empat mod tunggangn – Rain, Road, Dynamic, Dynamic Pro
  • Dynamic Traction Control (DTC)
  • ABS Pro
  • BMW Motorrad Integral ABS
  • Hill Start Control
  • Quickshifter (HP Shift Assistant Pro)
  • Steering stabiliser boleh laras

Seperti model lain dalam keluarga BMW Motorrad, S 1000 RR ini turut didatangkan dengan paparan skrin berwarna (TFT) 6.5 inci yang mudah dilihat dan dikawal menerusi Multi Controller yang terletak di bar handel kiri.

BMW S 1000 RR baharu ini boleh didapati di semua pengedar BMW Motorrad bermula hari ini, 22 Mei 2020 dengan harga RM116,500!

BMW turut menawarkan Financing Plan menerusi BMW Group Financial Services Malaysia yang membolehkan orang ramai memiliki superbike premium ini dengan hanya RM1,420 sebulan (berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh 4 tahun).

BMW S 1000 RR didatangkan dengan waranti 3 tahun termasuk Program Bantuan Tepi Jalan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube