Pelumba negara, Hakim Danish telah menjuarai Perlumbaan Kedua Red Bull Rookies Cup 2025 yang berlangsung di litar Aragon, Sepanyol, semalam.
Hakim berjaya memintas pencabar kejohanan yang terdekat, Brian Uriarte serta David Gonzalez di selekoh terakhir untuk menjejakkan kaki di podium teratas kali ini.
Bercakap mengenai kemenangannya di laman web Red Bull Rookies Cup, Hakim berkata, “Akhirnya, kami di P1. Perlumbaan ini sangat hebat dan sukar kerana prestasi tayar kami menurun dengan sangat pantas. Saya cuba menguruskan tayar dengan sebaik mungkin. Kemudian, pada pusingan terakhir, saya cuba memecut lebih awal di selekoh akhir, jadi saya berjaya melintas garisan penamat di P1.”
“Saya terpaksa berusaha keras untuk menang kerana pada pusingan kedua terakhir, saya tersilap gear di selekoh akhir lalu hilang kedudukan terdepan dan jatuh beberapa tempat. Saya berjuang untuk bangkit semula, memotong penunggang lain di mana sahaja boleh. Entah bagaimana saya berjaya, tapi akhirnya berjaya juga.”
Hakim telah mendudukki tempat kedua berturut-turut lima kali di dalam 5 perlumbaan sebelum ini. Dia juga merupakan penunggang di kolompok atas yang paling konsistan. Dengan itu, dia mendahalui kedudukan pungutan mata keseleruhan dengan 125 mata, diikuti oleh Uriarte dengan 95 mata, dan Benat Fernandez dengan 63 mata.