Bikesrepublic

Berita Terkini

BMW R 1300 GS Adventure (2025) – atau lebih dikenali dengan singkatan “GSA” – telah tiba di Malaysia. Motosikal ini dilancarkan di Malaysia Autoshow 2025.

Saravanan Krishnan, BMW Motorrad Area Manager

Bagi yang tertanya-tanya maksud varian “Adventure”, ia menawarkan tangki minyak lebih besar dan beberapa ciri eksklusif berbanding versi “GS” yang standard. Dengan ciri-ciri ini, R 1300 GSA menempatkan dirinya sebagai motosikal kembara dan jelajah terulung.

Menariknya, sebelum ini BMW Motorrad Malaysia menjual lebih banyak unit GSA berbanding versi standard. Jadi, ia akan menjadi satu perkembangan menarik untuk dilihat sama ada ini akan berterusan dengan model terbaharu ini.

DARIPADA KENYATAAN MEDIA RASMI
  • Enjin, casis, badan, reka bentuk dan konsep storan yang direka bentuk semula sepenuhnya.
  • Enjin Boxer 1300cc baharu dengan BMW ShiftCam, menghasilkan 145 hp (107 kW) pada 7,750 RPM dan 149 Nm pada 6,500 RPM.
  • Transmisi 6-kelajuan baharu diletakkan di bawah enjin untuk lebih padat.

  • Sistem ekzos 2-dalam-1 keluli tahan karat yang ringan.
  • Tangki bahan api aluminium 30 liter serba baharu menawarkan jarak yang lebih jauh.
  • Roda jejari silang dengan gelang rim aluminium untuk prestasi off-road.

  • Sebagai sebahagian daripada Dynamic Package standard, Riding Modes Pro menyertakan “Eco” untuk kecekapan dan “Enduro” untuk pengembaraan off-road selain “Rain”, “Road”, “Dynamic”, “Dynamic Pro”, dan “Enduro Pro”.
  • Sports Brake adalah peralatan standard untuk model.
  • Juga sebahagian daripada Dynamic Package ialah transmisi automatik Automated Shift Assistant (ASA).

  • ASA tersedia sebagai ciri standard untuk BMW R 1300 GS Adventure (2025) bagi pilihan warna Style GS Trophy, Triple Black, dan Option 719 “Karakorum”, manakala versi Racing Red menampilkan Shift Assistant Pro sebagai standard.
  • Touring Package juga adalah standard bagi semua varian, termasuk topang utama, ekzos bersalut krom, penyediaan peranti navigasi, cermin depan boleh laras elektrik, pemegang kotak simpanan barang atas dan pemegang kotak simpanan barang aluminium.
  • Rangka BMW R 1300 GS Adventure (2025) kini termasuk rangka utama logam kepingan keluli, dan rangka belakang tiub aluminium untuk meningkatkan ketegaran.

  • Suspensi depan EVO Telelever dan suspensi belakang EVO Paralever yang disemak memberikan ketepatan stereng dan kestabilan.
  • Pelarasan  dinamik pada redaman hadapan dan belakang boleh dilakukan lagi dengan Dynamic Suspension Adjustment (DSA) baharu.
  • Dengan kawalan ketinggian kenderaan adaptif sebagai standard, BMW R 1300 GS Adventure 2023 juga menawarkan pelarasan automatik sepenuhnya bagi ketinggian kenderaan untuk disesuaikan dengan keadaan operasi.

  • Pelana Comfort untuk penunggang dan penumpang adalah standard.
  • Lampu depan LED Matriks yang terdiri daripada unit LED tunggal untuk lampu rendah dan tinggi, bersama empat unit LED tambahan untuk lampu nyalaan siang hari dan lampu sisi.
  • Dengan Headlight Pro sebagai standard, lampu depan dilaraskan secara dinamik.

  • Melengkapkan ini ialah dua lampu depan tambahan rata dengan teknologi LED yang menyepadukan mereka ke dalam badan motosikal.
  • Penunjuk membelok LED yang direkabentuk baru disepadukan ke dalam pelindung tangan di depan dan disepadukan fungsi di belakang.
  • Ciri standard lanjutan lain ialah Dynamic Traction Control (DTC), Engine drag torque control (MSR), Dynamic Brake Control (DBC), serta Hill Start Control (HSC), ABS Pro.

  • Bantuan tunggangan seterusnya termasuk Active Cruise Control (ACC), Front Collision Warning (FCW), Lane Change Warning, dan Rear End Collision Warning (RECW) yang juga merupakan ciri standard.
  • Paparan TFT warna penuh 6.5 inci, menawarkan maklumat masa nyata seperti kelajuan, tahap bahan api, mod tunggangan dan banyak lagi.
  • Skrin Sport tambahan tersedia, membolehkan paparan maklumat tambahan tentang sudut condong, cengkaman tayar, dan tingkah laku brek, serta meter RPM sport dengan penunjuk gear.

  • Aplikasi BMW Motorrad Connected disepadukan dengan lancar dengan paparan, membolehkan penunggang mengakses status kenderaan, navigasi dan data prestasi melalui telefon pintar mereka.
  • Paparan boleh dikendalikan dengan mudah melalui pengawal multi-controller BMW Motorrad.
  • Peralatan standard lain pada BMW R 1300 GS Adventure (2025) termasuk RDC, genggaman dipanaskan, Keyless Ride, dan petak pengecasan telefon pintar dengan soket USB bersepadu dan soket kuasa 12V.

Pilihan Warna

BMW R 1300 GS Adventure (2025) hadir dalam empat varian: Racing Red, Triple Black, GS Trophy dan Option 719 Karakorum. Pelana penunggang Comfort dan pemanasan pelana datang sebagai ciri standard pada semua varian.

Racing Red

  • Dikemas dalam warna Racing Red, BMW R 1300 GS Adventure serba baharu mempamerkan rupa atletik dan dinamik dengan tangki warna perak, dengan pelana hitam dan merah serta sambungan pelindung tangan merah.

Triple Black

  • Varian Triple Black menghadirkan rupa yang lebih halus dengan roda jejari silang berwarna hitam dan tangki bahan api yang disiapkan dalam aluminium yang diberus dengan lapisan jernih gelap.
  • Ia menampilkan panel sisi atas, penutup tangki tengah dan penutup petak penyimpanan dalam logam Blackstorm dan bar hendal dalam warna hitam, manakala pelana penunggang dan penumpang berwarna hitam dan kelabu.

Style GS Trophy

  • Varian Style GS Trophy dicat dengan Racing Blue metalik, dan ditambahkan dengan jalur Light White dan Racing Red.
  • Motosikal ini menampilkan bahagian bersalut serbuk bertekstur dalam Avus Black metalik, dan sambungan pelindung tangan merah digabungkan dengan bar perlindungan enjin keluli tahan karat dan roda jejari silang emask.
  • Cermin depan Sport, pemegang pegangan penumpang sukan, dan rak tangki bahan api aluminium menekankan lagi watak lasak.
  • Penutup radiator besar dan rak tangki bahan api aluminium.

Option 719 Karakorum

  • Varian Option 719 Karakorum menonjol dalam Aurelius Green matt metallic yang eksklusif.
  • Hendal dan rim roda beranodis emas, bersama lencana “Opt. 719” pada tangki penutup.
  • Garisan berwarna emas meningkatkan penampilan berkualiti tinggi, bersama-sama dengan lencana “Opt. 719” pada penutup tangki.
  • Komponen anodis emas, termasuk rim roda dan bar hendal.
  • Bar perlindungan enjin dicat hitam dan sambungan pelindung tangan berwarna kelabu.
  • Penutup radiator aluminium kecil dan gril pelindung pada lampu depan tambahan.
  • Dua pelana hitam/kelabu yang dipanaskan, rak bagasi dan cermin depan sukan kecil melengkapkan rupa, menawarkan gaya dan fungsi.

Untuk maklumat lanjut tentang BMW R 1300 GS Adventure Serba Baharu, lawati laman web BMW Motorrad Malaysia website.

Anggaran harga jualan asas untuk BMW R 1300 GS Adventure (2025) bermula dari:

  • RM150,000 dengan transmisi manual.
  • RM155,000 untuk transmisi automatik Automated Shift Assistant (ASA).

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan dan Kemalangan (Vehicle Theft and Accident Reduction Council/VTREC) mendapati bahawa 70 peratus daripada kemalangan jalan raya melibatkan motosikal. Namun, hanya 13 peratus daripada jumlah itu disebabkan oleh penunggang motosikal itu sendiri, manakala 87 peratus disebabkan oleh pemandu kenderaan lain.

Daripada itu, 67 peratus kemalangan motosikal yang melibatkan kenderaan lain disebabkan oleh kenderaan persendirian, dan 20 peratus lagi disebabkan oleh kenderaan komersil.

Penunggang dan pembonceng motosikal merupakan golongan yang paling berisiko tinggi di atas jalan raya. Secara purata, seramai 6,000 pengguna jalan raya terkorban setiap tahun, dan daripada angka tersebut, 4,200 orang merupakan pengguna motosikal

Menurut Penyelaras VTREC Cik Mas Tina Abdul Hamid lagi, statistik menunjukkan bahawa jumlah kemalangan motosikal ialah 12 kali ganda daripada kemalangan yang melibatkan kereta.

“Selalunya penunggang motosikal disalahkan apabila terlibat di dalam kemalangan, namun kami telah mendapat tahu bahawa pemandu kereta perlulah meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya serta terdapat keperluan pendidikan pemanduan berjaga-jaga,” katanya lagi.

“Purata tahunan kematian kekal membimbangkan. Kematian tahunan akibat kemalangan boleh memenuhi kubur yang memerlukan ruang sebesar enam padang bola.

“Secara purata, seorang pengguna jalan raya terbunuh setiap 80 minit.

“Kesilapan manusia merupakan punca utama kemalangan jalan raya, menyumbang kepada lapan daripada 10 faktor yang menyebabkan kemalangan lalu lintas,” tambah Mas Tina.

Industri insurans kenderaan mencatatkan 266,716 tuntutan kemalangan pada 2024 yang merupakan penurunan sebanyak 11% berbanding 299,657 kes pada tahun 2023.

**Nota daripada Pengarang: Data VTREC dikumpulkan melalui tuntutan insuran. Oleh yang demikian, ia tidak dapat merangkumi kes-kes kemalangan yang tidak dilaporkan dan dituntut. Maksudnya angka kemalangan sebenarnya lebih tinggi daripada yang dilaporkan oleh pihak berkuasa.

BMW R 12 nineT (2025) yang terbaru telah tiba di Malaysia dengan harga bermula dari RM124,500. R 12 nineT merupakan pengganti kepada model asal R nineT yang dilancarkan pada 2014.

Walaupun ia mengekalkan enjin yang sama seperti model sebelumnya, motosikal baharu ini telah melalui banyak penyempurnaan dan dilengkapi dengan pelbagai ciri terkini. Oleh itu, ia dianggap sebagai model yang benar-benar baharu.

Daripada Siaran Media BMW Motorrad

BMW R 12 nineT Serba Baharu mengekalkan kuasa dan karakter enjin boxer ikonik yang sememangnya sinonim dengan keunggulan jenama ini, digabungkan dengan pesona abadi motosikal klasik. Pada masa yang sama, ia menawarkan reka bentuk modular yang pelbagai untuk penyesuaian peribadi mengikut cita rasa penunggang. Antara sorotan utama model ini adalah rangka keluli tiub berstruktur jambatan yang direka semula  sepenuhnya, menghapuskan keperluan terhadap sambungan-sambungan terdahulu, sekali gus menghasilkan struktur yang lebih ringan serta penampilan yang lebih kemas dan klasik. Rangka belakang yang turut diperbuat daripada keluli tiub, dipasang dengan kemas dan bersambung terus pada rangka utama.

Tangki bahan api aluminium dengan panel sisi berkemasan logam berus dan salutan lutsinar, digabungkan dengan tempat duduk serta bonggol belakang, membentuk garis dinamik yang menaik dan menyerlahkan profil motosikal yang ramping. Fork jenis terbalik (upside-down) bukan sahaja menyumbang kepada penampilan yang bergaya, malah menawarkan kawalan pengendalian yang cemerlang. Angkup brek jenis radial bersama brek cakera berkembar di hadapan memastikan kuasa pemberhentian yang mantap. Ciri menonjol lain termasuk paip ekzos dengan kemasan krom serta roda aloi ringan bersaiz 17 inci, yang menambah karakter berani pada motosikal ini. Bagi meningkatkan keselesaan ergonomik, kedudukan penunggang direka lebih hampir ke hendal, membolehkan sentuhan lutut yang lebih baik dan postur tunggangan yang lebih ke hadapan. Dua instrumen bulat analog memaparkan kelajuan dan putaran enjin (RPM), dilengkapi dengan port USB-C di sebelah kiri dan soket 12V di sebelah kanan.

Menjadi nadi kepada BMW R 12 nineT Serba Baharu adalah enjin Boxer 2-silinder, 4-lejang, 1,170cc yang disejukkan dengan air, mampu menghasilkan kuasa hebat sebanyak 109 hp (80kW) pada 7,000 rpm dan tork 115 Nm pada 6,500 rpm. Kuasa ini disalurkan secara lancar menerusi transmisi 6-kelajuan jenis claw-shift dan klac kering yang dikendalikan secara hidraulik. Ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam hanya 3.6 saat, dengan kelajuan maksimum melebihi 200 km/j, serta penggunaan bahan api sekitar 5.1 liter setiap 100 km (mengikut piawaian WLTP).

BMW R 12 nineT Serba Baharu hadir dengan kelengkapan standard merangkumi set ciri
keselamatan yang komprehensif, direka untuk meningkatkan keselamatan sepanjang penunggangan. Antara ciri utama termasuklah Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) bagi memastikan kestabilan dan kawalan di pelbagai permukaan jalan, serta BMW Motorrad ABS Pro yang memberikan prestasi brek cemerlang walaupun ketika motosikal berada pada sudut condong.

Lampu Hadapan LED dan Lampu Siang turut memastikan tahap penglihatan yang jelas, manakala sistem Lampu Hadapan Pro Adaptif melaras secara automatik mengikut keadaan pencahayaan, menawarkan pencahayaan unggul sama ada dalam cahaya terang mahupun dalam persekitaran pencahayaan rendah.

Untuk pengalaman tunggangan yang lebih intuitif dan terhubung, ciri Tunggangan Tanpa Kunci dan Kawalan Tunggangan Terhubung disediakan sebagai standard bagi BMW R 12 nineT Serba Baharu. Di samping itu, Pakej Comfort merangkumi pelbagai kemudahan seperti Kawalan Penunggangan, Kawalan Permulaan Curam, serta Pemanas Pemegang, memastikan perjalanan jarak jauh kekal selesa dan menyeronokkan. Dengan kehadiran pilihan mod Rain, Road, dan Dynamic, setiap tunggangan boleh disesuaikan mengikut keadaan dan gaya penunggangan peribadi.

BMW R 12 nineT Serba Baharu ditawarkan dalam satu warna eksklusif iaitu Black Storm Metallic.

​Servis Kewangan​

Dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan bagi BMW R 12 nineT Serba Baharu bermula daripada RM 1,738.00 sebulan, (berdasarkan anggaran Pelan Pembiayaan Straight Line dengan pinjaman sebanyak 90 peratus bagi tempoh tujuh tahun). Pemilik juga boleh menikmati faedah tambahan menerusi Program Minyak Enjin Premium Terkemuka dalam Industri, Servis Inklusif, dan Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia.

Harga jualan (atas jalan, dengan Program Waranti Tiga Tahun dan Program Bantuan Tepi Jalan Tiga Tahun BMW Motorrad Malaysia yang baharu, tanpa insurans) bagi BMW R 12 nineT Serba Baharu adalah BMW R 12 nineT Serba Baharu RM 124,500.00.

Untuk maklumat lanjut mengenai BMW R 12 nineT (2025) Baharu, sila layari laman web BMW Motorrad Malaysia.

BMW F 900 XR (2025) telah tiba di Malaysia, dengan harga jualanRM82,500 (bukan di atas jalan).

BMW F 900 XR merupakan varian sport-tourer dalam keluarga F 900, manakala F 900 GS ialah jenis adventure, dan F 900 R ialah roadster.

Dengan beberapa peningkatan visual dan teknikal, BMW Motorrad menyatakan bahawa motosikal ini “menawarkan keseimbangan sempurna antara prestasi dan keserbagunaan untuk mereka yang menginginkan pengendalian dinamik dan keselesaan jarak jauh.”

Sorotan Utama:

  • Fork baharu jenis terbalik dengan tiub 43mm yang lebih tegar.
  • Redaman lantunan dan mampatan, serta pra-beban spring kini boleh dilaras.
  • Roda aluminium tuangan 17 inci baharu lebih ringan sebanyak 1.8 kg berbanding model sebelumnya. Digabungkan dengan bateri 0.8 kg lebih ringan, jumlah pengurangan berat model ini ialah 3 kg.

  • Penambahan spoiler enjin menonjolkan ciri berorientasikan prestasi dan meningkatkan kecekapan aerodinamik.
  • Aerodinamik baharu untuk fairing depan, penghadang angin dan pelindung tangan yang direka semula.
  • Ciri Headlight Pro sebagai standard, manakala bahagian belakang direka semula dengan lampu penunjuk arah terintegrasi.
  • Port pengecasan USB-C di sebelah kanan cockpit dengan arus maksimum 2.4 A.
  • Pemanas pemegang handel.

  • Dilengkapi enjin 2-silinder sebaris 895cc, penyejukan cecair, 4-lejang yang menghasilkan 105 hp (77 kW) pada 7,500 RPM dan tork 93 Nm pada 6,750 RPM.
  • Mencapai 0-100 km/j dalam hanya 3.6 saat.
  • Kelajuan maksimum melebihi 200 km/j.
  • Dynamic Brake Control (DBC) menghalang pecutan tidak sengaja semasa brek.
  • BMW Motorrad ABS Pro meningkatkan keselamatan ketika membelok dengan membenarkan brek berbantu ABS pada sudut condong.
  • Digabungkan dengan Dynamic ESA, memberikan rasa keselamatan baharu ketika menunggang.

  • Gear Shift Assistant Pro membolehkan penukaran gear tanpa klac dengan lancar.
  • Tyre Pressure Control (TPC) memantau tekanan tayar dan memberi amaran kepada penunggang.
  • Keyless Ride menghapuskan keperluan kunci fizikal.
  • Sistem Cruise Control meningkatkan keselesaan untuk perjalanan jarak jauh.
  • Pemegang kotak simpanan barang di bahagian belakang memudahkan pemasangan bagasi.
  • BMW F 900 XR (2025) boleh didapati dalam warna-warna Racing Blue/Lightwhite uni yang memaparkan pelana hitam, spoiler enjin di dalam warna Racing Blue Metallic, rim berwarna Racing Red, dan enjin berwarna Avus Black.
Perkhidmatan Kewangan

Dengan Pelan Pembiayaan dari BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW F 900 XR 2025 bermula dari RM1,158 sebulan (berdasarkan anggoran pembiayaan 90% untuk tempoh 7 tahun). Pemilik juga boleh menikmati faedah tambahan seperti Premium Engine Oil Inclusive, Service Inclusive, and Warranty Extension Programmes oleh BMW Motorrad Malaysia.

Harga jualan (di atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun dan Program Bantuan Jalan Raya 3 Tahun BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans): RM82,500.00.

Jenama motosikal Amerika yang satu lagi, dan tidak kurang terkenal, ialah Indian Motorcycle, dan mereka kembali ke Malaysia.

Kini, jenama ini di bawah naungan Spirit Lake Motor Sdn. Bhd., yang merupakan anak syarikat AFY Mobility Industries—syarikat yang juga pengedar rasmi motosikal Suzuki dan MODA.

Walaupun laman web menyenaraikan semua model pengeluar tersebut, hanya tiga model yang kini tersedia:

  1. Scout ABS Icon;
  2. Scout Bobber ABS;
  3. Scout Rogue ABS.

Sila kunjungi laman web rasmi Indian Motorcycle Malaysia di https://www.indianmotorcycle.com.my.

Pada masa yang sama, showroom rasmi Indian Motorcycle Malaysia terletak di:

2, Lorong 51A/227A,
Seksyen 51A,
46100 Petaling Jaya, Selangor.

Showroom ini beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu, dari pukul 9:00 pagi hingga 6:00 petang.

Indian Motorcycle merupakan salah satu jenama motosikal tertua, malah lebih awal daripada jenama motosikal Amerika yang lain. Indian bermula pada tahun 1901 sebagai Hendee Manufacturing Company, berpusat di Springfield, Massachusetts. Namanya kemudian ditukar kepada Indian Motorcycle Company pada tahun 1923.

Pengeluar ini terkenal selepas memenangi lumba Isle of Man Tourist Trophy pada tahun 1911, menjadi pengeluar pertama yang menduduki ketiga-tiga tempat teratas.

Walaubagaimanapun, syarikat ini berhenti beroperasi pada tahun 1953.

Pada tahun 2011, Polaris Industries memperoleh jenama ini dan memasarkannya bersama jenama sedia ada mereka, Victory. Victory kemudian dihentikan apabila Polaris menumpukan semua sumber mereka kepada Indian.

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. telah memperkenalkan beberapa warna baharu untuk Honda ADV160 (2025).

Honda ADV160 ialah skuter ‘adventure‘ (kembara) berkapasiti kecil dan ringan yang mencatatkan jualan cemerlang di seluruh negara. Warna-warna baharu ini menyegarkan semula model yang telah dijual sejak 2023.

Terdapat dua kategori warna untuk motosikal ini – satu ialah edisi standard, manakala satu lagi ialah edisi khas.

Edisi Standard

Terdapat dua pilihan warna baharu di sini: Matte Black (Hitam) dan Red (Merah), yang dijual bersama warna White (Putih) sedia ada. Warna-warna baharu ini menampilkan reka bentuk jalur yang elegan bagi menyerlahkan penampilan advan skuter ini. Ketiga-tiga pilihan ini dijual pada harga bermula dari RM13,249.00 (harga jualan asas, bukan di atas jalan).

Edisi Khas

Honda menggambarkan edisi khas ini sebagai penampilan yang lebih elegan untuk Honda ADV160. Warna baharu ini dipanggil Grey (Kelabu), sebagai tambahan kepada warna Matte Green (Hijau) sedia ada. Warna edisi khas ini dijual pada harga bermula dari RM13,549.00 (bukan atas jalan), iaitu tambahan RM300.00.

Ketersediaan

Honda ADV160 2025 dengan warna-warna baharu ini akan tersedia di semua showroom IMPIAN X dan pengedar Honda yang berautoriti di seluruh negara, dijangka mulai 8 Mei 2025.

Mengenai Honda ADV160

Honda ADV160 dikuasakan oleh enjin 157cc dengan ciri Enhanced Smart Power Plus (eSP+), yang menawarkan kecekapan bahan api yang cemerlang, prestasi lebih lancar, dan pelepasan lebih rendah melalui rekabentuk pembakaran termaju dan suntikan bahan api PGM-FI yang tepat.

  • Keselamatan diberi keutamaan dengan ciri seperti Honda Selectable Torque Control (HSTC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) – semuanya direka untuk memastikan kestabilan optimum dan keyakinan penunggang dalam pelbagai keadaan.

  • Kemudahan dan keselamatan ditingkatkan dengan Honda Smart Key, yang dilengkapi ciri penggera anti-kecurian, dan fungsi answer-back (jawab balik).

  • Kebolehgunaan harian dipertingkat dengan pengecas USB terbina dalam, petak penyimpanan luas 30L di bawah tempat duduk, dan meter LCD pelbagai fungsi untuk maklumat perjalanan penting.

  • Keselesaan penunggang diperhalusi lagi dengan skrin penahan angin boleh laras dua peringkat, jarak tanah yang lebih rendah, dan tangki bahan api besar 8.1L yang memberikan perjalanan lebih jauh tanpa gangguan.

  • Inovasi tambahan seperti Idling Stop System (ISS) dan pencahayaan LED penuh melengkapkan motosikal yang bukan sahaja pintar dan cekap, tetapi juga sedia untuk mengembara.

Boon Siew Honda menawarkan waranti pembuatan dua tahun atau 20,000km, mengikut mana yang terdahulu. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://boonsiewhonda.com.my/product/adv160 atau kunjungi Honda Impian X terdekat. Pelanggan juga boleh menghubungi BSH melalui nombor talian bebas tol 1-800-88-3993.

Galeri Foto

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube