Bikesrepublic

Video Usikan Motosikal Cas Lampau (Supercharge) Kawasaki Terbaru!

 

  • Kawasaki baru sahaja telah menayangkan sebuah video usikan pendek yang menandakan mereka akan melancarkan sebuah lagi motosikal yang dicas lampau pada Pertunjukan EICMA tahun ini di Milan, Itali.
  • Dengan slogannya yang berbunyi “Supercharge your journey”, jentera yang terbaru ini mungkin sekali adalah sebuah jentera versi ‘sport touring’ bagi motosikal hebat mereka, Kawasaki H2.
  • Desas-desus juga telah mengatakan yang ianya mungkin sekali sebuah motosikal 1400 GTR serba baru yang dicas lampau namun kita hanya akan mendapat kepastiannya pada 7 November 2017 nanti.


Khabar angin sebelum ini yang mengatakan salah sebuah pengeluar utama Jepun akan melancarkan sebuah lagi jentera yang dicas lampau yang mengujakan tampaknya akan menjadi kenyataan, tuan-tuan dan puan-puan. Hanya selang beberapa hari yang lalu, Kawasaki telah mengeluarkan sebuah video usikan pendek mengumumkan bahawa sebuah motosikal baru akan diperkenalkan pada 7 November 2017 semasa EICMA 2017 atau juga dikenali sebagai Pertunjukan Motosikal Milan.

Beserta dengan cogan kata “Supercharge your journey“, terdapat kemungkinan yang besar bahawa ianya mungkin sekali sebuah motosikal versi ‘sport touring‘ bagi motosikal Kawasaki H2 yang tersohor dan hebat itu. Di mana kita sudah sedia maklum yang motosikal H2 dan H2R tertumpu pada mencatatkan rekod masa terpantas di atas mana-mana litar yang ada, tambahan terbaru ini tampak lebih fokus kepada membekalkan pengalaman menunggang yang lebih mendalam semasa di atas jalan raya yang terbentang.

Motosikal ‘super tourer‘ semasa Kawasaki, 1400 GTR, merupakan sebuah jentera yang cukup mengujakan yang dapat merentasi jarak yang jauh di atas lebuh raya di samping menawarkan prestasi yang hebat sewaktu menangani selekoh, dan ada sesetengah orang mengatakan yang motosikal yang bakal diperkenalkan nanti adalah motosikal GTR serba baru. Jadi, yang mana satukah yang anda rasa akan diperkenalkan nanti? sebuah motosikal H2 versi ‘sport touring‘ atau sebuah GTR yang dicas lampau?

Kami telah pun membuat laporan akan kemungkinan lebih banyak motosikal dicas lampau yang akan dihasilkan oleh Kawasaki pada bulan Julai yang lalu. Sejak dari waktu itu sekalipun, penggemar permotoran telah mula mengandaikan kemungkinan sebuah jentera H2 versi ‘sport touring’. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai laporan kami itu, TEKAN SINI.

Walau apa pun jua, kami berasa yakin untuk mengatakan yang ianya sudah pasti akan membawa keterujaan yang lebih hebat ke dalam dunia ‘sport touring’. Untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai pertunjukan EICMA di Milan, Itali pada tahun ini, teruskan setia bersama kami di MotoMalaya.

Untuk melihat model peragaan Kawasaki pada acara EICMA tahun lalu, TEKAN SINI.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan