Bikesrepublic

Vespa X Dior 946: Ini Baru Hypebeast!

Jenama Vespa dan Dior berkongsi satu persamaan dengan kedua-duanya ditubuhkan pada tahun 1946.

Bagaimanapun, kedua-dua jenama itu tidak pernah menjalinkan sebarang kolaborasi, sehinggalah hari ini apabila Vespa dan Dior bekerjasama dalam menghasilkan skuter edisi terhad 946.

Vespa 946 merupakan model perdana dalam keluarga Vespa dan terkenal sebagai skuter pilihan pereka Itali, Giorgio Armani.

Memasuki tahun 2020, Vespa 946 kini mendapat sentuhan Pengarah Artistik Dior bagi pakaian wanita, Maria Grazia Chiuri.

Vespa 946 X Dior ini menampilkan warna ‘beige’ dan keemasan di samping logo Dior yang terpapar di bawah tempat duduk.

Bukan itu sahaja, model ini turut didatangkan dengan helmet dan tempat letak barang Dior Oblique.

Dior dan Vespa akan memperkenalkan skuter edisi terhad ini pada 2021.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube