Bikesrepublic

Vespa Notte Sprint 150 & GTS Super 300 2019 edisi khas dilancarkan! Dari RM17,700

Naza Premira Sdn Bhd iaitu pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia telah melancarkan dua model edisi khas Notte hari ini iaitu Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS dan Vespa Notte GTS Super 300 ABS untuk permulaan 2019. Model istimewa Notte ini direkabentuk berasaskan unsur kepakaran teknikal dan mekanikal yang digunakan dalam pembinaan semua Vespa moden.

Edisi khas ‘Notte’ yang bermaksud ‘malam’ memberi sebuah imej skuter yang penuh misteri tapi elegan khas untuk mereka yang menitikberatkan gaya terperinci. Dengan unsur grafik hitam sepenuhnya, gaya ‘total black’ warna hitam matt diserlahkan lagi dengan bahagian hitam yang lain seperti cermin sisi, bahagian ‘tie’ hadapan, hujung bar pemegang dan banyak lagi.

Kedua-dua model Notte Sprint 150 dan GTS Super 300 juga dilengkapi dengan tempat duduk hitam, lencana logo edisi khas, dan rim serta penghadang ekzos jenis ‘glossy’.

Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang penuh bergaya, lincah dan juga ‘sporty’, model Vespa Notte Sprint 150 i-Get ABS 2019 boleh menjadi pilihan sesuai untuk anda pada harga jualan RM17,700 (tanpa insurans).

Dengan enjin 155cc i-Get satu silinder dengan sistem suntikan bahan api, model Sprint 150 ini mampu menjana 12.7hp pada 7,750rpm dan 12.8Nm tork maksimum pada 6,500rpm. Ini memberi daya pecutan yang lebih menarik kepada skuter seberat 120kg sahaja.

Model Notte Sprint 150 ini juga dilengkapi dengan sistem ekzos dan transmisi yang direkakhas untuk gaya tunggangan yang lebih selesa dan juga senyap.

Inginkan sesuatu yang lebih berkuasa? Vespa Notte GTS Super 300 ABS 2019 dilengkapi dengan enjin 278cc Quasar satu silinder bersama sistem ‘Start & Stop’ yang bukan sahaja berkuasa tinggi malah menjimatkan penggunaan bahan api. Model GTS Super 300 ini juga mampu menjana 21hp pada 7,750rpm dan 22Nm tork maksimum serendah 5,000rpm.

Model Vespa Notte GTS Super 300 ABS akan ditawarkan pada harga RM29,000 (harga asas tanpa insurans) dan boleh didapati di semua pusat pameran rasmi Vespa di seluruh negara.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube