Bikesrepublic

Trend Sewa Petak Parkir Untuk Kegunaan Sendiri Cetus Masalah – DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan merombak kriteria kelayakan untuk memohon tempat letak kereta khas di sekitar Kuala Lumpur.

Pada awalnya, sebanyak 3,000 petak – daripada 40,000 – telah diperuntukkan sebelum DBKL mengarahkan pengurusan parkir Vista Summerose Sdn Bhd untuk menggantung sebarang permohonan untuk menyewa parkir, hujung tahun lalu lantas meyerahkan parkir tersebut untuk kegunaan orang ramai.

Meskipun menerima banyak permohonan terutamanya daripada penyewa parkir sebelum ini namun, Pengarah Jabatan Ekonomi, Perancangan dan Pembangunan DBKL, Azmi Abdul Hamid berkata pihaknya sedang mengkaji siapakah yang benar-benar layak untuk memohon.

“Kami mendapat permohonan daripada pihak klinik untuk meletakkan kenderaan kecemasan, agensi kerajaan untuk meletakkan kenderaan rasmi sementara restoran makanan segera menggunakan petak tersebut untuk meletakkan motosikal penghantar makanan.

“Namun kami menyedari terdapat trend untuk menyewa petak parkir untuk kegunaan pemilik perniagaan dan bukannya untuk kemudahan pelanggan yang singgah ke kedai mereka.

“Sebagai contoh, kami menerima permohonan parkir pihak klinik bagi memudahkan pesakit yang datang atau kegunaan ambulans tetapi kebanyakkan daripadanya digunakan oleh doktor,”katanya.

Azmi turut menegur penyewa yang gagal mengikut peraturan bahawa kegunaan parkir khas hanya dibenarkan diantara 7.30 pagi hingga 6 petang.

“Tempat letak kereta adalah untuk kegunaan orang ramai, ia menjadi satu kesalahan sekiranya menjadikan petak khas ini seolah-olah milik penyewa. Kami tidak mahu trend ini berterusan,”tambahnya.

Bagaimanapun, pengecualian akan diberikan seandainya pemilik syarikat adalah orang kurang upaya (OKU).

(Sumber: The Star)

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan