Bikesrepublic

Taman Medan, Lembah Subang Antara Kawasan Kes Curi Motosikal Tertinggi Di Petaling Jaya

Kes kecurian motosikal serta pecah rumah merupakan jenayah tertinggi direkodkan di Petaling Jaya dengan 68 peratus daripada jumlah kes jenayah yang direkodkan dibawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, tahun lalu.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Menurutnya, kes kecurian motosikal paling banyak dilaporkan di Taman Medan, Sri Damansara, Damansara Damai dan Lembah Subang.

Walaupun kes pecah rumah menunjukkan penurunan 11 peratus antara Januari hingga April tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu namun kes curi motosikal mencatatkan peningkatan 13 peratus.

Menyedari perkara itu, Fakhrudin menjelaskan bahawa pihaknya akan meningkatkan rondaan kereta peronda polis (MPV) dan unit motosikal bagi Ops Bersepadu Cegah Jenayah yang akan berjalan sepanjang Ops Selamat kali ini.

Di samping itu, petugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) juga akan turun padang bagi memberikan tumpuan terhadap kawasan ‘blackspot’ (kawasan kerap berlaku kemalangan).

“Kita telah mengesan tiga laluan yang mencatatkan kekerapan kemalangan iaitu di Jalan Lapangan Terbang Subang, Lebuhraya Persekutuan dan Persiaran Surian.

“Bagi mengurangkan kadar kes kemalangan, petugas BSPT akan mengeluarkan saman ke atas pemandu jika melakukan kesalahan seperti memandu melebihi had laju, tidak patuh lampu isyarat, memotong barisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan mengunakan telefon bimbit semasa memandu,” jelasnya. – Kosmo

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan